Semalam di rumah mertua, mak mertuaku bercerita tentang seseorang yang sombong. Menurut mak mertuaku, ketika mengundur kereta di sebuah pasaraya tempoh hari, tak terperasan pula ada kereta lain di belakang yang mengundur sama. Sedar-sedar sudah bertembung belakang kereta kedua-duanya. Jadinya mak mertuaku pun cepat-cepat keluar dari kereta. Awak tak dengar ke saya dah hon? Tak semena-mena mak mertuaku dijerkah oleh seorang perempuan muda bertudung yang cantik wajahnya. Dengan menggunakan bahasa awak-awak pula tu. Langsung tak hormat dengan menggunakan panggilan sepatutnya dengan orang yang lebih tua.
Kalaulah mak mertuaku dengar bunyi hon itu, takkanlah mak mertuaku mahu terus mengundur. Dan dia pula bila dah menyedari keadaan itu kenapa tidak cepat-cepat mengelak saja. Tidak mahu memanjangkan cerita mak mertuaku segera meminta maaf. Tapi perempuan muda yang cantik itu terus mengomel sedangkan bukan remuk pun keretanya. Hanya secalit garisan yang tidak begitu kelihatan. Tapi bila perempuan itu terus buat bising mak mertuaku pun menawarkan untuk membayar ganti rugi. Tapi penawaran itu terus di tolak. Sambil itu sibuk mulutnya mengatakan dia ada banyak urusan lain selain mahu pergi membaiki kereta yang tercalar sedikit itu.
Kalau sudah begitu apa lagilah yang mak mertuaku boleh buat kan. Dia terus mengomel tak puas hati dengan mengatakan mak mertuaku sengaja melanggar belakang keretanya. Mak mertuaku terus beristighfar berkali-kali dengan tuduhannya. Melihat keadaan itu boleh pula dia menjerkah mak mertuaku lagi. Hah.. beristighfarlah banyak-banyak? Boleh pula dia berkata begitu. Bukankan itu yang sepatutnya dikeluarkan dan lebih baik diucapkan dari mulut seseorang daripada mengeluarkan maki seranah. Aku yang dengar pun jadi sakit hati.
Aku pasti perempuan itu mestinya cukup cantik. Jika tidak takkanlah mak mertuaku tetap memujinya walaupun perempuan itu sudah membuat perangai yang tidak molek. Memang ramai orang-orang yang sebegitu disekeliling kita. Berwajah cantik tapi begitu buruk dalam berbudi bahasa. Berpangkat tinggi dan berpelajaran tinggi, tapi mempunyai budi bahasa yang rendah nilainya. Harap-harap kita semua terhindar dari mempunyai perangai buruk seperti itu. Biarlah wajah kita tidak secantik mana. Asalkan kita berbudi bahasa, tentunya kita nampak lebih cantik dari orang yang cantik bergaya tapi tidak pandai berbudi bahasa.
Dunia ini kan bulat. Pusing-pusing mana tahu suatu hari nanti bertemu juga. Bayangkan jika suatu hari nanti bertembung semula. Manalah nak letak muka kalau sudah mempamer akhlak yang sebegitu rupa di saat pertama kali bersua. Kalau aku, tentunya terasa malu tak terhingga..
40 comments:
Ya Allah Hanis. Betullah, yus yang baca ni pun terasa sakit hati.
Langsung tiada hormat kepada mak mertua Hanis, yang sepatutnya di panggil emak juga oleh dia kan...
Kenapa nak menegakkan kebenaran, sedangkan dia pun salah juga. Kalau dah dia nampak, dialah bertindak, memang tak patut sungguh.
Moga kita semua terhindar dari melakukan perkara serupa
aduhh mcm tu pun ada ye...sayang la muka cntik kalau tk pndai hormat org tua...
mak mertua u sikit punya bagus nak bayar gantirugi pun mulut masih pot pet pot pet..perempuan macam tu patut berlanggar dgn lori balak aja..baru dia tau...:P
mgkin perempuan tu ada masalah kot psl tu kesabarannya hilang..apa pon entri eh mengingatkan sy juga spy sentiasa bersabar dlm apa jua keadaan..
sayangnya ciptaan Allah itu, sungguh la perangai mcm itu minta d'jauhi, kasihan yr MIL, x baik tau perempuan cantik itu mcm itu, sudah tidak cantik dalamannya itu.
ish, tak patut..dah lah salah tak hormat pada orang yang lebih tua..
kadang-kadang disebabkan kecantikan tuh lah merek nih berlagak..hehe...mentang2 la cantik...
MasyaAllah, beristighfar pun boleh disergahnya, sangat ego orangnya kalau macam tu, bukan saja sesama manusia tapi dengan Allah jugak
kat mana? siapa? eh! geram pulaklah kak liza ni. at least hormatlah org tua. bukannya mak hanis marah2 pun.. siap minta maaf lagi.
teringat masa duk umah sewa dulu..Sy beristighfar sbb house mate marah2 kesnye sy suruh dia undur kereta skit sbb kereta sy tak lepas nak kuar..boleh dia cakap.."ape astaghfirullah astafirullah???" ehehhe..mcm2 org ade kan?
rupa aje cantik..tapi otak mereng
ermm orang cantik tu ingat cantik tu as tiket utk dia besar diri la tu..padahal ZERO marks for her bila buat perangai macam tu..
Tak tahu nak komen apa
kesian dgn org yang tak tahu berbahasa dgn orang tua, ke memang macam tu cara dia bercakap dgn mak dia kot?
em tulah kan,kalau la mk mertua akak tu ada anak bujang encem ke,tetiba dia terpeot kat adik ipar akak tu..kan esok lusa dh malu nk cium tgn mak mertua...hmmm esok lusa kenalah btg idung dia yg cantik tu :P
Lorrr .. pakai tudung tp perangai macam harammm je ye .. apa punya org ni .. tu org kata, don't judge the book by its cover .. mmg tepatlah tu .. kalau aida ni, dah kena sembur dah minah tu .. tp kak hanis jgn risau, skang ni semer cash .. hmmmm
Harap guper jer cantik kan??? budi pekerti 00000...
bila dah bangga diri mcm tu lah jadinya....
huhu...saya kalo kena langgar cuakk gila..kdg2 org len salah saya yang cuak lebeh..pernah dilanggar oleh moto yg ditunggangi pk cik mk cik...xsmpai ati nak marah...
*salam singgah :)
tapi biasa manusia agungkan kecantikan..sbb tu org cantik jadi sombong n bangga diri..irg hoduh terus rasa rendah diri..:)
~yus~ : itulah.. rasa tak patut betul bila berperangai spt itu dgn org yg lebih tua.. mmg harap2 sgt agar kita dan anak2 kita terhindar dari berperangai sebegitu..
fieza : sayangkan.. klu perangainya cantik.. tentulah lebih baik lagi..
daddy ziyyad : itulah, org dah berlembut masih nak bising2.. agaknya kalau kena sembur baru dia tahu diam kot..
rina avail aka cik betty : mungkin juga dia ada masalah.. tp mcm tak patut pula bila lepaskan pada iorg lain.. harap2 kita sentiasa dpt bersabar bila berdepan dgn perkara yg mcm itu kan...
aien : itulah, terasa sayang sgt.. sia2 saja berwajah cantik klu yg dalaman tidak dijaga sebaiknya..
cik puan zura : tak patut kan buat mcm tu..
farah fauzi : mungkin juga kot farah.. ingat bila dah cantik nak berperangai tak cantik pun masih lagi bagus..
ummiross : itulah ummi.. bab nak sergah sebab kereta tu boleh terima lagi.. tp bab yg istighfar tu rasa mcm tak boleh nak terima pula..
adzriel ab : kat kajang kak.. itulah, org dah minta maaf.. patutnya klu tak puas hati ambil aje ganti rugi tu.. tak pun buat aje report.. ini nak lepaskan marah dia kan org tua pulak..
rose ibu rafiq : pelik kan.. istighfar pun jd salah.. rupanya rose pernah ada pengalaman gitu juga yer..
lydzar : walau cantik pun tak perlu nak besar diri kan.. sbb kita semua ni sama aje..
tak pe lah...moga si cantik itu mnyesal dgn ksilapn dia tuuu
crita yg mnarik n pnuh pngajarn... thanx hanis sudi bkongsi ;D
diana : itulah jdinya bila tak tahu nak hormat org.. tak kira org tua ke muda, semuanya berani di sergah..
sayangsayang ibu : itu.. mmg kesian juga dgn org yg macam tu..
maya mayana : klu mcm tu mcm mana nak salam ekk.. klu nak minta pertolongan ke suatu hari nnt, tentu sendiri yg segan..
aida : betullah.. tak boleh nak menilai org berdasarkan paras rupa seseorang..
be simple be (BSB) : itulah..
munna : minta dijauhkan kita dari berperangai spt itu..
pikah yg baik : klu akak pun gitu.. cuak semacam.. tak beraninya nak sergah2 org mcm tu..
Salam kenal juga yer..
bunga : harap2 kita sentiasa tahu berbudi bahasa tak kiralah kita ni cantik ataupun sebaliknya kan..
so shy lady : kita sama2 doakan yg terbaik utk dia.. semoga dia menjadi yg lebih baik lagi dan semoga kita sama2 ambil iktibar dari sikapnya yg begitu..
semua org xingin mende buruk terjadi..jika terjadi jugak..pasti secara xsengajakan..
mungkin gadis itu tgh stress kot..tu psl cenggitu..hilang hormat kat org lain..
sama2lah kita beringat2..jgn sampai hilang kesopanan dan kesusilaan...
sarah najwan : mungkin juga dia stree.. kita tak tahu apa masalah org kan.. semoga jd ingata utk kita biar selalu beringat utk menjaga budi bahasa kita..
byk org mcmtu..cantik luar tp dlm busuk bau longkang..
haishhh!
baca pun panas hati, dengan org yg lebih tua pun nak maki hamun, tak guna betul. takda sapa yg suka terlibat dgn kemalangan pun.
konpem takda akai.
mak dara terdiva : selalu kita jumpa org2 mcm tu kan.. semoga kita sentiasa terjaga akhlak dan budi bahasanya..
dinas aldi : betul kak.. takde siapa yg mahu perkara yg macam itu berlaku dgn sengaja.. kdg2 bila tgh panas hati, org tak boleh berfikir dgn baik.. itu yg keluar segala benda yg tak patut tu..
Budi Bahasa kan jiwa Bangsa ...Tidak sepatutnya dia menjerkah org yg lebih usia biar apa pun alasanya...Kesian MIL Hanis ni...apalah sgt kerosakan kereta tu jika dibandingkan dengan martabat kecantikannya yg memang dah sedia hancur saat dia meninggikan suara pada ur MIL ....
eee gram betul dgn MK tu (minah kekwat hehe), dah nampak org tgh undur takyah la hon apa salahnya mengalah dulu ish laaa... betul tu kak what goes around comes around... huhu... sian mak mertua akak takpelah benda dh nk jadi, ambil sebagai pengajaran
kuang ajarnya pompuan tu kak..cntik sgt ke? xguna cntik tp perangai xsemenggah cmtu.. isshh!
mak aihh..walaupun akak kata cantik tp orang camtu takut plak sy nak wat bini..kang mengomel jer keje dia..hahaha
Regards,
-Strider-
Cantik pada wajah tapi sifar dari segi akhlak. itulah kesimpulannya ttg akhlak wanita muda tu.
akhlak mau jaga cakap mau lembut supaya semua org suka
dunia sudah hampir akhir zaman
pasti dia dpt bayaran 'cash'
tak lama lagi...
eye_nee : klu org taknak amalkan, biarlah kita terus mengamalkan dan ajar anak2 kita utk membudayakan budi bahasa kita tu kan kak..
hanis MY : klu kita fikir logik patutnya mcm itulah kan.. tp ada org tak fikir mcm tu.. sbb tulah perkara2 mcm ni boleh terjadi.. sedihnya..
-sara- : kecantikan budi bahasa lagi bermakna kan sara..
Azlan hasan : semoga awak bertemu dgn jodoh yg cantik lagi berbudi bahasa.. InsyaAllah..
shameel iskandar : semoga kita cantik kedua2nya..
sud@is : betul... setuju sgt..
ati masrif : kita sama2 doakan agar dia boleh berubah menjadi seorang yng cantik budi bahasanya agar secantik dgn wajahnya..
kurang ajar perempuan tu,wajah je cantik.hati kosong.dah la tak hormat org lbh tua,sombong lak tu.sepatutnya syukur kemalangan tu cuma kecil sgt2.klu remuk br tau camner.tak bersyukur langsung.
klulah budi bahasanya secantik wajah, tentunya lebih baik kan..
sabar jek la perangai camtu..kalu dilla jadi mil akak tu, terus jek la sound die..abih perangai cantekkk sgt camtu...
hamboiii..cantiknya bahasa marah2 org lagi tua..
dia tengah 'period' kot kak..hehehe~
dilla ady : klu kita mmg dah sound balik agaknya.. tp biasalah, org tua.. mana suka nak berkasar dgn org mcm tu..
hanys : agaknyalah hanis.. itu yg temper aje tu..
Post a Comment