Friday, August 19, 2011

Kalau bukan kita siapa lagi...

Cuti nuzul quran baru ni, pagi sampai ke petang memang aku tak ke mana-mana. Sebab en.asben berkerja makanya nak keluar pun terasa tiada mood. Jadinya masa yang ada di isi dengan mengemas rumah untuk raya. Settle habuk dan sawang semua. Sepuluh kali aaaaachuummm sebab aku memang alah dengan habuk. Waktu mengemas di luar terdengar suara budak memberi salam di rumah jiran. Dari rumah depan ke rumah sebelah. Namun memang tiada siapa yang keluar. Memang begitulah kebiasaannya. Kalau di dalam rumah selalu tak dengar orang memberi salam kalau salam itu setakat dari pintu pagar. Rumah aku pun begitu juga selalunya.

Kebetulan aku berada di luar, jadinya memang aku mendengar salam yang di beri. Selepas menjawab salam aku mengamit mereka ke dalam pagar. Sepasang budak lelaki dan perempuan. Adik beradik katanya. Anak orang Myanmar. Yatim piatu yang kini tinggal bersama makciknya. Kakaknya dalam awal belasan tahun. Dan adiknya berumur 7 tahun. Minta derma makcik katanya sambil menghulurkan surat yang ada cop bagai. Aku tengok sekali lalu saja. Masuk ke dalam ambil purse dan hulurkan sedikit sumbangan. Sebelum berlalu si kakak bertanyakan kalau-kalau ada biskut yang boleh di makan oleh adiknya yang katanya sedang lapar. Tak puasa? Si kakak mengatakan yang dia berpuasa. Si adik menjawab soalanku dengan mengeleng. 

Aku nak bersoal jawab. Tapi mujur aku segera sedar walaupun umurnya sebaya dengan anak bongsuku tapi keadaanya tidak sama. Budak itu terpaksa berjalan dari rumah  ke rumah di bawah terik matahari. Sedangkan anak aku duduk santai di dalam rumah dengan kipas dan aircond. Jadinya aku tak boleh samakan dengan anakku yang sudah mampu berpuasa pada umur yang sama. Melihat tangannya memegang botol mineral kosong membuatkan aku terpanggil untuk mengisikan air ke dalam botol kosongnya itu. Mereka pun berlalu pergi dengan ucapan terima kasih selepas aku memulangkan botol air yang sudah di isi dan beberapa peket biskut kepada mereka.  

Ada orang kata jangan percaya sangat dengan orang yang minta derma seperti ini. Mungkin ada sindiket di sebaliknya. Orang kata, sindiket ini menjadi-jadi kerana masih ramai yang tidak kisah untuk terus menghulurkan bantuan untuk mereka. Entahlah, pada aku kita derma seikhlas hati kita. Kalau memang sindiket aku tetap halalkan. Itu antara mereka dengan Allah. Tapi kalau bukan sindiket tentu lebih kasihan. Mereka yang memerlukan bantuan tidak di bantu. Kalau bukan kita sesama islam yang membantu siapa lagi kan. Tentu lebih buruk keadaannya kalau orang luar yang ada agenda membantu mereka. Sumbangan kita mungkin sedikit, namun siapa tahu mungkin sumbangan yang sedikit ini dapat membantu mereka dan menyelamatkan akidah dan pegangan agama mereka. InsyaAllah.

34 comments:

wahida said...

pada saya, kalau kita ikhlas nak menderma, jgn la pertikaikan mereka tu sindiket atau pun tak...nak derma, derma saja lah...seikhlas hati...
kalau rasa ragu2 baik sedekahkan saja kat masjid2...

kalau saya jadi akak pun, saya derma dan bg sikit biskut pada budak2 tu...

semoga Allah melindungi mereka...

Rina Rahamat said...

kalau sindiket pon kasihan juga mereka kan..kalau x dpt apa-apa teruk kena belasah..

Unknown said...

setuju dengan hanis...

kalau sindiket, mereka pun susah juga, dahlah tak dapat apa, kena marah lagi ada...huhu.

Menderma biarlah seikhlas hati...

Ibu Muda 30series said...

kalau duit tu untuk sindiket, tp air dan biskut tu tetap akan menjadi darah daging mereka dan kita yg memberikannya.

sbb tu kalau wani, lebih cenderung nk bg makanan dari duit..nak2 lg kalo sah2 sindiket. kita nk tolong depa dibebaskan dr sindiket tu tak mampu, bg depa makan je lah

tp ada jugak bebudak yg takut nk terima mknan walau hakikat mereka lapar...sbb takut tak hit target kutip derma :(

sedih la... nak2 lg lepas tgok kisah sindiket di tv-citer kasih alia.

Unknown said...

teringat cerita kasih alia pulak..

hari pegi sogo..ada juga 2-3org perempuan duduk tepi jalanan sambil miintak derma. yg sedih sbb dorg bwk baby bersama. kesian tgk baby yg tidur atas lapik kain diatas lantai batu...sedih.

safurara said...

saye kesian kat budak2 tu je kak.

-Sara- said...

sedih tgk dorg kan kak..kalo sindiket pon bkn salah dorg..

merahitujambu said...

biarlah derma dengan ikhlas..yang lain antara dia dgn tuhan

Dr K said...

Kalau saya, saya ambil langkah mudah. Andai terdetik di hati 'ehh..ni tipu ke ni? sindiket ke ni'..memang saya tak akan derma. Sebab apa? Sebab derma itu perlukan keihklasan. Sia sia derma tapi hati tak ikhlas.

Tapi mmg sedih tgk kanak kanak tu jadi mangsa. At least beri mereka makanan/air.

Hudalatip said...

Kalau saya pun insyaallah akan derma pada mereka..kalau tipu, itu urusan dia dengan Tuhan..Senang kata saya ni memang kalah dengan budak-budak..

suri solehah said...

emm memang kesian tengok budak2 yang duk mintak derma tu..kalau betul ada sindiket..kesian kanak2 jadi mangsa...

So Shy Lady (SSL) said...

ni kali k2 tulis, komen 1st missing plak sabar, sabar

mmng kurang snang dgn aktvt sndiket ni. tp kita pgang aje la sdekah krn Allah Taala. Klau ada hal lain d blkng tabir, biarkan lah...tu urusan mrk

Pala Maldini said...

aku hanya hulur pada..

1) Orang buta

2) Orang tak ada kaki

Lain2.. aku akan bo-layan..

Amie said...

sian dengan budak2 cenggini kan... kita tak sampai hati, lagilah kalau datang dekat kita waktu kita tengah makan....

ummiross said...

memang kita mudah belas kasihan tengok budak2 ni kan, kalau sindiket pin tentu mereka sangat penat dan letih, air dan biskut tu besar maknanya bagi mereka,hanya Allah yg akan membalas segala kebaikan

mak encik | SZ said...

hati ibu mmg cepat tersentuh kak..
kita pikir tang anak2 kita klu di situasi yang sama ngan budak2 tu ... huhuhu

sahromnasrudin said...

kalau kita nak derma, derma sahaja..tak perlu nak pertikai kemana wang itu dibelanjakan :-)

sud@is said...

srtuju dengan Hanis..sedekah bila ikhlas selebihnya serah pada Allah

sarah-najwan said...

siankan..kalu betul ni bwh sindiket..mmg kasihan la kat budak2 tu..

tapi kita mneolong sb kita kasihankan mereka..xde hal..ni sifat mulia insan yg prihatin..

Unknown said...

Kak Hanis, dulu kan aida pernah kena cubit dgn budak peminta sedekah ni gara-gara aida x nak bagi dia duit .. teruk kan .. memula dia ikut je, agaknya dia marah dia cubit aida .. haishhh .. padahal aida ni saja je nak uji dia .. hahaha .. tp mmg dorang ni ada agen .. mcm citer Kasih Aliya tu ..

farah fauzi said...

janji ikhlas kan akak...sindikit ke tak sindikit tuh belakang kira...

Dinas Aldi said...

Kesian la, akak kalau budak2 kecik mintak makanan, memang bagi punya, sedih sungguh..

Liza @ Adzriel AB said...

kdg tengok camtu rasa nak nangis pun ada.

Suara Kalbu said...

Ida pun salu dengar macam tu.

Pada ida, kalau kita mampu, kita beri dengan ikhlas seadanya. Mungkin dengan pertolongan kecil kita dapat ringankan beban mereka.

Kalau tak mampu dari segi material, kita doakan saja mereka tu dilindungi dan diberi sedikit rezeki.

Urusan mereka menipu kita tu. kita serahkan aja pada Allah. Itu urusan mereka dengan Allah. Urusan kita ialah bantu mereka jika kita mampu.

Far8 budak baik said...

ya Allah.kesian gile budak tu..
mesti dahaga sgt kn
uwaaaaa..klo farid mmg dah
nangis dah..
huh..huh..
macam mane lah dyorg raya nnti..
huh

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

sedih nyerrr...kita dulu pun macam tue gak nak jumpa biskut pun susah.

Myra Jay said...

Kadang kita ikhlas ada pihak lain ambik kesempatan, tp dengan kisah pengalaman akak ni myra pun rasa kesian dgn 2 beradik tu..

exora said...

tapi ada segelintir dr mereka...bila kite x nk bagi, sbb menimbulkan keraguan...x nk dia berganjak dr dpn pintu mah kita...pastu siap mrh2 kita dlm bhs yg memang kita x fhm...aduiii
klu bdk2 mcm hanis ckp tu ok laa...nmpk sgt mereka susah n x ckp makan kan..tp penipuan dlm bidang ini amat licik skrg n mereka sgt bijak mengaburi mata kita..hati2..

wanbu said...

tepuk dada tanya iman...

dengan berkat pemberian ikhlas kita, akan ada kebaikan yg datang kelak..

siapa tahu...

KELI OH KELI said...

yang penting ikhlas...Tuhan Maha Mengetahui...")

Kak Amy said...

Kesian la pada budak kecil tue , apa salahnya memberi janji penberian tue ikhlas. SAlah atau tidak itu belakang cerita, janji kita dah lepaskan tanggungjawab kita selebihnya antara dia dengan Allah.

wahida said...

kak, saya baru email kat akak..tengs yer...

whitecappuccino said...

menderma dan sedekah dengan ikhlas..selainnya serah pada Allah

kurus said...

tul tuu amalan bersedekah mengundag pahala dan adalah bekalan akhirat kita .. kemana dan tujuan apa digunakan duit derma kita itu antara individu itu dengan allah ..
kita jalankan tanggungjawab kita dgn ikhlas hati , insyaallah ada ganjarannya .. :)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...