Monday, October 3, 2011

"Racun" di rumah pengantin..

Salam untuk semua.

Hari sabtu lepas, aku dan keluarga ke rumah seorang teman untuk meraikan hari perkahwinannya. Pengantinnya sama cantik dan sama padan. Ibu bapa pengantin begitu ceria dan mesra menyambut tetamu yang datang. Khemahnya panjang. Pelaminnya cantik. Makanan yang di hidang sedap-sedap belaka. Doorgift yang diberi juga menarik. Memang majlis yang sempurna di mataku.

Namun kesempurnaan majlis di cacatkan dengan satu insiden ini. Pada hari itu tetamu kecil diberikan lolipop bulat besar. Aku takde masalah dengan lolipop itu. Tetapi tetamu yang berkongsi meja dengan kami nampaknya tidak berapa berkenan dengan lolipop itu. Makanya sepanjang waktu kami berkongsi meja dia asyik mengulang cakap kepada anak-anaknya yang masih kecil yang nampak begitu suka menikmati lolipop itu.

Eh, dah-dah. Rasa sikit aje. Itu racun tu. Racun!! Pewarna tu tak elok. Jangan makan banyak-banyak. Tak elok. Lagi pun manis. Nanti kena kencing manis. Kena potong kaki nanti.. Berulang-ulang kali sampaikan aku naik hafal. Dari kami start makan sampailah kami selesai makan. Aku, en.asben dan anak-anak hanya saling pandang memandang. Kalau cuma bercakap begitu hanya sekali aku memang tak kisah sangat. Takde salahnya dia nak mengawal pemakanan anak-anaknya yang aku rasa dalam linkungan umur 2 - 4 tahun. Mungkin anak-anaknya allergic dengan makanan itu.

Tapi bila ianya terus diulang-ulang dalam keadaan anak-anaknya yang kecil-kecil itu nampak tak hirau atau mungkin tak faham  pun buat aku rasa sangat tak selesa. Lebih-lebih lagi bila perkataan racun itu terus-terusan di ulang-ulang. Perkataan itu sungguh tidak menyenangkan di telingaku. Rasa macam tak patut pula berkata begitu pada pemberian orang. Lebih-lebih lagi di majlis orang. Macam mengaibkan tuan rumah pula. Kalau nak cakap begitu di rumah sendiri lainlah pula ceritanya.

Bagi aku, menjaga permakanan anak itu perlu. Tapi menjaga adab dan tingkah laku kita di majlis orang juga sangat perlu.

Yang di katakan "racun" itu..

45 comments:

Hudalatip said...

erm,,tapi kita kena beradab la kan..nama pun budak, budak mana yang tak teruja nampak 'racun' begitu..at least cakaplah kat rumah ye tak?

Izwa Kamaruddin said...

aduhaiii......mcm ni ke cara kiter nak ajar anak beradab dgn org...hurmmm...

Kakzakie Purvit said...

Betul Hanis... kalau tak bagi makan pun janganlah ulang berkali-kali, kalau dengar sipemberi mesti berkecil hati.... Dah macam sombong pulak kan...

Hanis Azla said...

missbby : itu yg sepatutnya kan..

mrs eady : cara kita jd ikutan anak2 juga nnt kan..

kak zakie : itulah.. kita yg takde kena mengena dgn tuan rumah pun dah rasa kecil hati dan tak senang mendengarnya..

nurkaloi said...

heheh
ingatkan pengantin makan racun hahahah

kaloi tak suke gule2

Unknown said...

betul lah kan hanis.

di rumah orang tak beradap pula bila buat mcm tu kan...

anak2 yus mmg suka dapat lolipop ke, gula2 ke di rumah orang, sbb mereka tahu, emaknya diam saja, kalau di rumah mmg bising le..:)

Unknown said...

alamak, kalau mcm ni dh byk la racun yg hannah dan hadif makan. kalau tak bg anak makan, tersu simpan dalam beg la kan

Lydia Miza said...

dia berada di majlis org ,kenalah beradab.saya pun tak bagi anak saya mkn gula2 besar tu.dah la besar..warna dia menggerunkan.tpklu kat airport atau mana2..mesti anak2 minta bonda belikan.dah la mahal.tp saya tak la ckp racun2 kat bonda .kecik hati org kan.pandangan masing2 lah kan.tp kenalah beradab bila dpt pemberian dr org lain.sengaja je dia ckp kuat2 kot sis?tak da adab itu orang..huhu

halila Ibrahim said...

eiii .. tak baik la kata cam tu .. berulang2 pulak ... macam x hormat n x hargai pemberian tuan rumah .. saya pun banyak dapat goodie beg ada gula2.. tapi saya tak pesan pun kat anak2 sampai macam tu ... kalau nak makan .. makan lah .. sbb bukan selalu pun makan gula2 kenduri ... beli mmg saya x beli .. ala.. budak2 .. biarlah ... kadang2 depa perlu rasa .. x salah kan yg penting jangan makan lebih2 gula2 ...yg penting .. bila kita respect org .. kita akan di senangi ramai org...

Ce'gu JAERA said...

saya setuju dengan kak fea..

kalau nak jaga pemakanan anak2 pun, jangan lah sampai menyinggung perasaan tuan rumah.. jaga lah adab dan perlakuankan...

Bila orang beri, ambil lah.. mungkin kat umah nanti boleh lah buat apa yang kita nak kan...

farah fauzi said...

betul akak...at least jgn la cakap byk kali kan benda tuh racun..klu tuan rumah dengan tak ker kecik hati..apa daaaa....

Kak Amy said...

ye la kak , kalau ia pun x kasi jangan la sampai cakap berulang kali.. nanti orang yang memberi pasti berkecil hati...

ummiross said...

Setuju Hanis, ada segelintir yang mengeluarkan kata2 tanpa berfikir ianya boleh mengaibkan dan menyakitkan hati orang lain,berpada2lah kan..
Rasulullah sangat baik dan lembut tutur katanya, rindunya...

sahromnasrudin said...

klu saya, saya tegur dia...
sekurangnya-kurangnya janganlah aibkan si tuan rumah huhuhhhhh

Unknown said...

iskhhh...mcm x tau nak kata apa klu lia kat tempat akak masa tu....menjaga adab n tingkah laku itu sgt2 lah penting...klu dah mcm tu mmg blh mengaibkan tuan umah yg dah tentu niatnya baik sbb dah menjadi lumrah gula2 ni mmg kegemaran kanak2...klu ya pun nak control cara pemakanan anak2 paktikkan lah dirumah....

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW"

Hanis Azla said...

nurkaloi : he..he.. klu pengantin makan racun dah masuk paper dah..

yus : betul.. klu tak bagi makan kat rmh org pun ckp pelan2 pun cukup.. tak payahlah nak bagi org lain dengar sama.. mcm tak best klu buat gitu..

lydzar : akak pun terfikir mcm tu juga..

lydia miza : itulah, mmg kita tahu gula2 tu tak bagus utk anak2.. tp bila cakap mcm tu pun tak baik juga..

halila ibrahim : budak2 kan sesekali dapat mmg sernok nak merasa.. bila dia buat mcm tu kita pun jadi tak senang mendengarnya..

gen2merah : buat orang rasa tersinggung pun trak elok juga kan..

farah fauzi : itulah farah.. statement racun tu mcm tak kena pada tempatnya pula.. entahlah..

amy syaquena : itu, cakap sekali pun org dah boleh faham.. tp bila ckp byk kali tp anak2nya tak dgr juga, nmpk mcm tak guna juga ckp mcm tu by2 kali..

Hanis Azla said...

ummiross : semoga akhlak rasulullah sentiasa menjadi ikutan kita.. InsyaAllah..

sahromnasrudin : saya ada niat juga nak menegur, tp takut org tu pula rasa tak selesa dgn cara kita..

mamamya : itulah.. semoga kita semua dapat sentiasa menjaga kesempurnaan budi dan adab kita hendaknya.

Maya Mayana said...

suka entry ini...teguran yg ikhlas...terima kasih kak,ingatan utk diri yana :)

eB said...

hmmmmmmmmmmmmmmm... sbb anak dier x hirau la tuh kot x?

Ati Masrif said...

nampak gaya macam mak dia
yang jadi racun dalam pemikiran
anak2nya

dahlah tak sopan

Ibu Muda 30series said...

kot iyapun racun, bagi tau sekali je dah la kannn

Anonymous said...

ish..mmg btl ckp akak..patutnya jagala aib tuan rumah yang menyediakannya tu. saya pun selalu je sorokkan gula2/coklat kenduri kawen sebab xnk bagi raif makan. Usually kalo dah lama sgt simpan buang la plak sebab tak termakan. Paling selamat, bagila bunga telur.Telur rebus itu kan sihat

Hanis Azla said...

maya mayana : itulah yana.. ingatan untuk diri sendiri juga agar sentiasa beringat..

eB ezrin : mungkin juga.. cuma pada akak caranya mcm tak kena gaya..

ati masrif : racun fikiran lg teruk kesannya dari racun makanan..

aku ibu muda : bila cakap racun, mcm makanan yg di beri tuan rumah tu "useless" sgt bunyinya..

fitri senin : itulah.. sorokkan lagi baik dari terus ulang cakap pada budak2 yang tak faham kata lagi..

Nini D.. said...

Cik Mat kalo dapat benda nih..mmg boleh "mentel" Umie dia...sanggup takmo makan nasi sbb nk makan lolipop nih..nak tak nak terpaksa la ketam tangan Umie dia berjalan sikit..

-Sara- said...

ishh yelah kak, klo ye pon nk ckp gitu tunggulah blk umh sndri baru ckp..ni mcm saje je nak sakitkn hati tuan umah klo dengar.. tak ke kecik hati org tu?klo dh xnk sgt buang jelah bis cite..huhu

munna said...

sekali sekala apa salahnya bagi anak makan ...tak pun tegur lah dgn lebih mesra alam ...takut terasa tuan rumah ...

Hanis Azla said...

nini D : anak-anak akak pun suka gula2 ni juga.. tp bila akak tak mahu kasi makan memang akak ambil sorok siap2.. tp sesekali tu bagi juga dia org nak merasa..

-sara- : betullah sara.. klu cakap kat rumah, tentu lebih baik.. klu buang pun lebih elok dari cakap2 yg tak elok macam tu..

munna : itulah.. patutnya mcm tu lebih baik..

Irfa said...

sy pun mmg tak berkenan dgn lolipop sbb phobia dgn budak yg mati tercekik sbb makan lolipop smbil berlari..kat sini mmg sy tak beli..kalau balik kg nenek mmg suka bagi cucu cicit lolipop tapi xde la saya larang..sy akan tunggu anak makan sampai abis..no jalan2 no lari2..

tetapu tu tak patut buat/cakap macam tu..lebih baik ambik dan masuk dalam beg pujuk anak makan nasi dulu..dlm keta kalau nak buang pun buangla..tuan rumah mesti kecik ati kalau dengar

Irfa said...

:-( banyak nya typo error

Dinas Aldi said...

Isy, awat dia cakap camtu kat majlis orang. Kalau akak tuan rumah, mau sedih akak bila dengar camtu. Hapa pasal la pulak tuan kenduri nak bagi racun kat tetamu, takda keja la heh.

h4ni3 said...

kalau dah tau racun, yg dibagi jugak kat anak2 tu makan kenapa?
adakah itu salah satu cara halus nak aibkan tuan rumah? tak baik tauuu! huhu~

Unknown said...

mesti dia tak pernah bagi anak dia makan benda2 gitu..
sebab tu bila anak tu dapat terus makan macam tak pernah jumpa..
tak salah la nak bagi anak makan benda gitu cuma kita kena kawal..bila tak bagi langsung jadi gitu la..

nak ajar anak kat rumah sendiri boleh la.kat tempat ramai orang kena jugak tengok sekeliling.jangan main bedal je bercakap..tambah2 itu melibatkan pemberian orang.macam tak bersyukur la pulak..

exora said...

apa2 bende pun kalau org bagi, kita ptt menghargainya..lain la kalau benda yg boleh memudaratkan kita.
Tp stkt lolipop klu sesekali budak makan apa slhnye...klu x bg lgsung mcm tu la, bila depan org lg bdk2 tu x dgr ckp dia...sbb x penah dapat.

yua said...

nampak sgt x mhargai pmberian org. kalau nk mgata pon biarlah beradab. hmm manusia..

whitecappuccino said...

Keciknya hati tuan rumah kalau dengar..jangan la melampau, tak suka pun simpan dulu pemberian orang tu.

Liza @ Adzriel AB said...

mmm alahai... tak beradap namanya. kalau anak melalak pun, kak liza bagi je. sehari je pun kat rumah org. jaga hati tuan rumah. balik rumah nanti buang le. tak perlu nak sebut2 perkataan2 macam tu. mcm perfect sangat. dia lupa kot kecik2 dulu itu juga yang dia nak sangat.

qemaishak said...

Tak patut..kalau ye pun xelok jgn la cakap racun ke apa, air muka tuan rumah kena jaga .

Rina Rahamat said...

sy pon x brp gemar anak mkn lollipop tu..tp bagi juga kalau dh ada hidang kt rumah org..mcm kasihan pulak kan..nnt teringin bila tgk budak lain mkn..

wahida said...

pelik jugak tu...ckp berulang2 mcm la budak2 tu faham..haha!!

anak2 saya lak bukan main suka lolipop kak...seminggu dua kali mesti ada beday kawan2 buat kat sekolah...wajib ada lolipop sebagai gift...huhu...mcm mana nak elak tu?

Qhaifa Nur said...

kasar bunyinya cakap gitu kat anak2..

saya mmg jarang beli lolipop ni..cepat melengas maklumlah benda manis..

dah follow jom follow back

Suara Kalbu said...

Hamboiiiiiii...kut yer pun prihatin dengan kesihatan, tuturkata dan adab kelakuan pun kenalah juga dijaga.Jangan sampai buat orang lain berkecil hati pula dengan kita

So Shy Lady (SSL) said...

ter over pulak ye...tntu dia t.sdar cara dia mnakutkn anak tu t.kena sbnarnye

thanx hanis, crite bgini bri pngajarn pd akk agar sntiasa pbaiki klemahn diri sndiri ;D

Fuz said...

x kena cara. apa rasa kalau dia yg jadi tuan rumah.

Unknown said...

mak budak tu kan mcm tak pernah makan gula² plak .. zaman umur mcm tu, dapat gula mcm dapat duit seribu sukanya !! adoiiiiii

Anonymous said...

betul tu...

patutnyer kita lebih beradap di majlis orang....

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...