Tuesday, August 9, 2011

Aku anak yatim..

InsyaAllah, petang nanti ada majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim di tempat kerja ku. Sejak semalam anak-anak itu sudah berada di sini. Kehadiran mereka mengingatkan aku tentang entry yang aku publishkan setahun yang lalu bertajuk AKU ANAK YATIM.
---------------------------------------------------------------------------------------------

1 sept ni genaplah 25 tahun arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga. Maknanya sudah 25 tahun aku kehilangan ayah tersayang. Dan 25 tahun jugalah aku menjadi anak yatim. (walaupun dalam usia begini aku sudah tidak layak menerima bantuan untuk anak2 yatim...) Rindunya aku pada arwah hanya Allah yang tahu.

1985
Arwah ayah meninggal dunia pada usiaku 9 tahun, masa tu aku darjah 3. Adikku Fid 7 tahun dan adikku Rit 3 bulan. Sedih... sedih sangat waktu tu. Iyelah kita orang adik beradik masih kecil lagi waktu tu. Dan adikku Rit langsung tidak dapat mengenali ayah. Lebih sedih bila arwah ayah meninggal di hadapan mataku. Walaupun aku tidak mengadap sewaktu ayah menghembuskan nafas terakhirnya, tapi aku berada di situ saat arwah diserang serangan jantung yang pertama dan terakhir untuknya. Aku dapat lihat arwah memegang dadanya sebelum jatuh. Aku mengigil ketika arwah kancing gigi. Aku berdebar ketika ramai orang mengerumuninya. Dan aku melarikan diri mendapatkan pakcikku bila aku menjadi terlalu takut untuk melihat arwah begitu. Aku tidak sanggup untuk menghadapi keadaan itu. Waktu itu sudah terdetik di hati ini yang mungkin ayah akan meninggalkanku untuk selama-lamanya. Walapun perkara itu ialah perkara yang paling aku tidak mahu ianya terjadi dalam hidupku. Namun Allah lebih menyayanginya. Arwah ayah pergi jua beberapa minit selepas itu...

Dua tiga hari sebelum itu
Aku masih ingat lagi saat itu. Kami berpegangan tangan berjalan menuju ke kedai. (Hubungan kami memang cukup mesra. Dan aku sememangnya anak manjanya). Dalam perjalanan itu ayah bertanya padaku adakah aku sayang padanya? Aku menjawab YA. Dengan bersungguh aku mengangguk sambil memeluk erat pinggangnya. Ayah membalasnya dengan memeluk kemas bahuku. Sungguh, sampai saat ini aku masih dapat merasakan hangatnya pelukannya itu.

Beberapa minit sebelum itu

Arwah ayah masih lagi berbual mesra denganku. Arwah masih perihatin tentang keselesaanku. Arwah masih memegang erat tanganku seperti selalu. Arwah tidak lupa memeluk bahuku dengan penuh kasih sayangnya. Tidak ku sangka itulah kenanganku yang terakhir bersamanya. Dan aku sudah tidak dapat merasakannya lagi selepas itu dan sehingga ke hari ini. (I really miss him so badly)

Beberapa hari selepas itu

Arwah ayah meninggal dunia di rumah saudara kami yang juga merupakan sahabat baiknya di Shah Alam. Jenazah arwah kemudian diuruskan oleh adik arwah ayah yang tinggal di Shah Alam. Selepas selesai urusan pengebumian di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, aku, emak, Fid dan Rit empat beranak pulang ke Batu Pahat (Menghabiskan sesi persekolahan selama beberapa bulan untuk tahun itu sebelum kami berpindah ke Bangi). Waktu itu kesedihanku tidak lama. Aku masih tidak benar-benar memahami rasa kehilangan itu. Yang aku tahu, aku sudah tiada ayah lagi. Dan yang pastinya aku sudah bergelar anak yatim. Itu saja. Terus terang aku katakan, waktu itu aku lebih sedih untuk menerima gelaran itu. Aku malu untuk ke sekolah. Aku takut andai aku diejek dengan gelaran itu. Sebenarnya malu dan takut aku itu bersebab. (Waktu itu di sekolah ada seorang teman sekelas yang memang suka mengejek kawan-kawan yang lain. Biasalah budak-budak. Mungkin telatahnya sekadar untuk mengusik. Tapi orang yang menerimanya merasakan usikkannya itu seperti mengejek.) Jadi tentulah aku jadi takut untuk menghadapinya di sekolah. Namun tidak ku sangka, apa yang aku takutkan tidak berlaku. Ini bukanlah kerana dia bersimpati denganku. Juga bukan kerana dia sudah berubah menjadi budak yang tidak suka mengusik. Tapi ini adalah kerana dia juga ditakdirkan turut menjadi anak yatim sepertiku. (Arwah ayahnya juga meninggal dunia pada hari yang sama ataupun hari sebelum atau selepas hari kematian arwah ayahku. Aku tidak pasti tentang tarikh sebenarnya. Tapi yang aku pasti memang sepanjang waktu aku bercuti itulah). Disebabkan kami senasib, maka tiadalah ejekan yang aku terima di sekolah. Dan gelaran Anak Yatim itu sudah tidak lagi membuatkan aku jadi takut, malu dan rendah diri untuk menyandangnya. Apa yang pasti aku sudah dapat menerima kenyataan yang aku sudah menjadi anak yatim selepas aku kehilangan insan kesayangan yang kasih sayangnya tetap subur di hatiku sehingga ke detik ini. Al-fatihah untuk arwah ayahku. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Semoga rohnya tenang di sana. I love u so much Ayah...

28 comments:

Fyna Li said...

doakan saja kebahagiaan arwah disana ye sis. :)

Anonymous said...

thanks chacha..

Unknown said...

alfatihah untuk arwah akak :)

ieja amieja said...

sama2lah kita doakan kesejahteraannyer disana,nasib kita sama..sy dah yatim piatu..7 thn yg lalu ayah pegi diikuti pemergian emak 5 thn yg lalu..terngiang2 lg pesanan arwah emak beri nasihat supaya jaga family n ank2 dgn baik(sebelum koma)..rasa br semalam dorang pegi meninggalkan kami...

wahida said...

kak, saya juga anak yatim, saya juga tak punya ayah..bezanya kita, saya dan arwah ayah tak pernah rapat...

sedekahkan alfatihah pada yg dah pergi..
saya tumpang sedih kak...

Dilla Ady said...

al-fatihah tuk arwah ayah akak...

bergenang airmata..

sahromnasrudin said...

al fatihah utk arwah ayah awak...

sebak saya baca entri ini...trime kasih ya :-)

Azlan Strider said...

al-fatihah utk arwah ayah akak..

sama la kita kak..bile terkenangkan saat2 manis bersama arwah org tersayang memang membuatkan kita bertambah rindu kan??

condolences,
-Strider-

Hanis MY said...

sedihnya kakkk... tiba2 terus rasa nak call mama dan abah kat kg huhu...al fatihah untk arwah ayah akak...

Anonymous said...

huhuhuhu .. takziah ye.

sedih nye bile tingat kan org2 yg tersayang tu ..

huby zr anak yatim piatu , dh le meningal dekt2 bsday dia, so time besdy dia , agak suram lew

** salam kenalan dr fazilzurakil

Kak Amy said...

af fatihah untuk arwah ayah akak...

whitecappuccino said...

sedihnyaa..teringat arwah ayah yg telah pergi pada april 2003..stroke

munna said...

al-fatihah buat arwah ayah kakak....

zella y said...

sedih plak bc entry awk ni...ape2 pn..sentiasa lah doakan arwah di sana....

Unknown said...

serius sy baca sekerat je sbb sedih plak... ape2pun al fatihah utk ayah akak...

KELI OH KELI said...

semoga roh ayah kakak dicucuri rahmat Allah...al fatihah untuk beliau dan pada yg telah pergi..

Maya Mayana said...

Al-Fatihah buat arwah ayah akak...yang hidup terus kan hidup dgn tabah,sebak membacanya...

NM02 said...

sedih kite

al-fatihah utk aruah ayah kamu

Ce'gu JAERA said...

kita senasib kak.. merindui arwah ayah yang sentiasa di rindui.. semoga mereka akan aman di sana. al-Fatihah

ummiross said...

kenangan bersama ayah sentiasa menyentuh hati, Al Fatihah buat ayah Hanis dan ayah ummi juga..

Unknown said...

tersentuh bila baca entry nih...
semoga arwah tergolong dlm org2 yg beriman...al-fatihah...

iem said...

jangan sedey...
banyak doa untuk arwah ayah erk
^_^

Bunga said...

semoga arwah tergolong di dalam orang2 yang beriman..

Kakzakie Purvit said...

Kehilangan diusia yg terlalu mentah. Bayangkan perasaan mak hanis lagi nak menyara 3 anak-anak kecil tanpa suami...

Moga rohnya aman di sana...

Rina Rahamat said...

sebak sy baca tulisan akak ni smpi menitis air mata..

al-fatihah.

-Sara- said...

sara pn penah wat entry psl arwah ayah sara..mmg sedih..ni bace entry akk pn sedih sgt..

semoga arwah tenang di sana..alfatihah buat arwah..

Unknown said...

AlFatihah buat arwah ayah akak .. Moga arwah dikalangan mereka yg beriman hendaknya .. Amin ..

So Shy Lady (SSL) said...

sdihnya sbb akak pun dh khilangn ayah

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...