Cuti sekolah dah bermula. Blog pun ikut cuti sama he..he.. Tapi rindu juga dengan cerita-cerita u all. U all ke mana cuti sekolah ni? Kami sekeluarga tak berjalan jauh pun. Cuma pergi bercuti ke Tiara Beach PD untuk join Family Day keluarga en.asben. Seronok sangat sebab 4 generasi berkumpul bersama-sama sejak sabtu sehingga semalam. Penuh padat aktiviti kami. Dari solat berjemaah, bacaan yaasin, doa selamat, sukaneka, berBBQ, berkaraoke dan bermain air. Semuanya sama-sama sporting untuk turut serta. Memang best sangat rasanya.
Lagi best sebab kami anak beranak ada menang hadiah untuk sukaneka. En.asben siap dapat DVD player sebab menang untuk acara limbo rock. Aku dan anak-anak pun menang hadiah juga. Tapi yang kecil-kecillah. Untuk lucky draw pun kami dapat 4 dari 20 hadiah yang disediakan. Selalu tu susah benar nak dapat. Kali ini semua nombor kami naik kecuali nombor Az. Memang bersusunlah hadiah yang kami bawa balik semalam. Alhamdulillah.
Masa balik semalam kami dan keluarga kakak ipar singgah pula ke Extreme Park PD. Anak-anak sibuk nak merasa naik go-cart. Okeylah juga. Semua enjoy. Anak-anak buah aku yang lelaki semua memecut. Siap overtake lagi. Tapi aku bawa go-cart macam semut he..he. Takut beb. Macam tak confident saja nak bawa laju-laju. Mungkin sebab tak biasa kot. Nak tekan minyak lebih-lebih pun tak berani. Kedudukan kaki pun rasa tak selesa. Asyik main brek saja. Lagipun aku bawa Az di belakang. Sudahnya tak cukup lapse lagi aku dah surrender. So anak buah aku dengan Is yang sambung habiskan lapse seterusnya.
Tak cukup dengan aktiviti di PD, malam tadi aku keluar lagi. Ada dating dengan 3 kawan baikku. Kawan aku yang stay kat Doha balik bercuti. Jadinya memang tak sahlah kalau kami tak spend time together. Lagipun sesekali melepak dengan geng setelah berbulan-bulan tak jumpa. Aku pun memang jarang benar keluar. We have a great dinner at Chilli's Mid Valley. Tapi semua makan tak habis. First sebab portion dia besar. Second sebab asyik borak aje. Jadinya makan pun tak berapa nak layan. Bila jumpa tu tahu-tahu sajalah. Cerita baru, cerita lama semua keluar. Yang sensasi, yang dah basi, semua boleh aje jadi topik. Lagi best sebab kakak dan adiknya join sama. Aduhai, lagi rancaklah kami bercerita.
Badan masih penat. Tapi sebab seronok, rasa bersemangat saja nak bercerita. Adat blogger kot he..he..