Malam tadi aku tengok siri The Good Wife. Dalam cerita tu adalah skrip dia berbunyi lebih kurang, macam ni mengikut fahaman aku. Kadangkala, kita kena beritahu sesuatu yang hebat tentang seseorang itu walaupun orang itu sudah maklum tentangnya. Sebab ada orang suka diberitahu tentang perkara itu. Aku suka ayat itu. Sebab aku juga bersetuju tentang perkara itu. Ini kerana bagi aku, kata-kata yang sebegitu dapat memberi motivasi dan perangsang pada seseorang.
Waktu di ofis lama, bertahun aku buat kerja yang sama sebelum diarahkan membuat tugasan baru yang agak jauh kaitannya dengan kerja yang lama. Bagi aku tugas itu agak mencabar buatku kerana sebelum ini, tugasan itu dilaksanakan oleh orang yang mempunyai gred yang lebih tinggi. Tapi, bila sudah diarahkan aku cuba sebaik yang mungkin. Waktu awal-awal tu memang aku rasa tertekan juga. Pertamanya sebab nak kena handle meeting. Sedangkan sebelum ni attend meeting pun jarang sebab aku concentrate on documentation saja. Then kena berhadapan dengan bermacam department yang ada berbagai ragam kerenah orang.
Bab kena deals dengan kerenah orang yang buat aku tertekan. Dalam ramai-ramai tu, adalah pulak yang tak boleh silap sikit. Kalau ada yang tak kena memang dia akan e-mail dengan font besar siap guna warna merah lagi. Memang angin betul sebab dia letak attention nama aku. R-san, bla..bla..bla.. (sebab aku yang handle) dan forward to all termasuk semua manager. Memang sakit hati betul sebab kesalahan itu bukannya semua dari aku. Silapnya dari department lain juga. Dan dari isu lapuk yang tak settle. Sesuka hati saja letak attention nama aku. Macam aku pulak suspek utama. (eh..eh citer polis ke ni siap ada suspek ni.. he..he..)
Waktu aku down tu, adalah seorang manager dari department lain yang e-mail aku secara personal. E-mail antara aku dengan dia saja. (Sebelum tu juga dia ada back up aku dan sound mamat tu dalam e-mail yang hal kecil-kecil macam tu tak perlulah nak hantar e-mail yang macam tu. Sebab itu bukan caranya nak solve problem.) Mulanya dia say sorry on behalf of his staff. Dia pun mengakulah yang ada di antaranya memang silap anak buah dia juga. Dia pun tahu yang aku baru take over kerja tu dan dia juga maklum sangat yang isu tu semua isu lama yang tak selesai sejak dulu.
Dalam e-mail tu adalah dia cakap yang dia suka cara kerja aku. Walaupun baru lagi, tapi dapat handle semuanya dengan baik. Dan katanya sejak aku handle, segalanya jadi lebih teratur. Sebenarnya, boleh saja aku anggap kata-katanya sekadar mahu mengambil hatiku. Tapi bila ianya hadir disaat aku memerlukan kata-kata perangsang dari orang yang memahami situasi tersebut. E-mail darinya membuatkan aku jadi ceria dan bersemangat. (Tapi beberapa hari selepas itu memang aku segan nak bertembung dengannya. Sebab aku malu juga dengan pujiannya.) Pengakhirannya semuanya berjalan lancar selepas itu. Sedikit demi sedikit aku mula suka dengan tugas baru tu. Masalah tetap ada, tapi Alhamdulillah, semuanya dapat ditangani dengan baik sehinggalah aku berhenti dari situ.
Pada aku, pujian dan kata-kata yang baik untuk kita bukannya untuk buat kita meninggi diri. Tapi lebih kepada untuk kita memperbaiki diri. Mengekalkan apa yang baik dan berusaha untuk jadi lebih baik lagi.
37 comments:
apa nak komen ya? Yang nyata yus suka baca entri ini, satu semangat untuk Yus juga rasanya...
Thanks Hanis..:)
tak salah klu nak puji org tuh janji mampu bagi semangatkan...adeh...saya suka entri nih...
pujian sekali sekala buat kita lagi bersemangat kan kak~
*izan kena puji masak soto sedap pun dah kembang setaman~ hehe...
pujian sekali sekala buat kita lagi bersemangat kan kak~
*izan kena puji masak soto sedap pun dah kembang setaman~ hehe...
setuju ..kata-kata yang positif boleh buat orang jadi lebih positif..
~yus~ : semoga kita terus bersemangat untuk melakukan setiap tugasan kita..
diana : betullah diana, mood tak baik pun terus OK..
farah fauzi : unutk naikan semangat, apa salahnya kita memuji kan farah..
izan ishak : bila dah puji sedap, kita pun tambah semangat nak selalu masak kan izan..
lydzar : harap kita terus positif dlm menerima pujian..
betul tu kak..pujian ikhlas itu satu motivasi..
rina avail a.k.s cik betty : semoga pujian menjadi motivasi yg baik untuk kita memperbaiki diri..
betul tu kak...kadang2 kata pujian bg perangsang pada kita...saya setuju sgt!!
sbb saya pernah melaluinya...hehehe....
Pujian dan kata-kata semangat bukan bertujuan untuk meninggi diri tapi lebih kepada satu motivasi untuk kita memperbaiki diri setahap yang lebih baik lagi ...
Itulah pentingnya menghargai...dan saya akan senyum bahagia kerananya...
wahida : bila kita pernah melaluinya, kita faham sgt bagaimana pujian dpt menjadi motivasi buat kita kan..
suara kalbu : betul, memperbaiki diri ke tahap yg lebih baik.. dan ianya selalu buat kita tersenyum lebar..
senyum bila selalu kena puji...
lbh2 lg klu abg puji masakan kite..kembang kempis hidung..hehhe
bila org puji ngan ikhlas,tuh tandanyer dia menghargai usaha kite..
betul hanis..akak sgt sokong
akak penah buat satu penambahbaikkan sistem pengurusan exam di skol lama akak..semua pentadbir sgt suka..kerana penmbaikkan ini sgt jelas dan ketara...bole dikatakan semua org suka dgn sistem ini...
sedikit sbyk jika org sudi terima perubahan yg kita buat..kita tentu suka sb cara kita diterima..kita keje pun sonang hati...
akak faham perasaan itu..lebih kpd motivasi utk bekerja..
bygkn apa yg kita buat..penambaikan atau sbrg perubahan..pihak pentadbir xsuka..mmg rasa down..walhal perubahan itu elok sebenarnya..huhu
mmg setuju...sekurg2nya memberi motivasi utk kita..espclly kalu suami yg puji...oh bertuah sungguh...
Betul kata Hanis, kadang2 kutukan tak kena tempat boleh 'membunuh' semangat, tapi pujian yg ikhlas mampu menyubur emosi dan minda...
pujian kadangkala buat kita lbh semangat nak jd yg lbh baik.moga pujian tu jujur dan ikhlas..
owh ye..lama sgt LM tak dtg sini kan..sori ye.sgt tak sht
eiiii... sapa yg kerek sgt tu. mengalahkan bagus sgt. ehemmm... manager mana yg baik tu? boleh ku kenal. situasi kita lebih kurang juga. yg penting cara kita dpt puaskan hati boss. insyaallah. berusahalah.
pujian yang memang boleh naik semangat kite walaupon kadang macam apa :D
pujian yang memang boleh naik semangat kite walaupon kadang macam apa :D
pujian yang memang boleh naik semangat kite walaupon kadang macam apa :D
yup sgt stuju, pujian tu sebagai mangkin bukan untuk mendabik dada...dari penulisan akak ni dh boleh agak akak ni bukan calang2...
buat sesuatu perkejaan yg baru mmg ambil masa utk kita expert, sepatutnya mereka kena membantu tapi perangai manusia mmg berbeza2..
semoga dapat bekerja dengan baik..:)
ieja amieja : bila hubby puji masakan dah tentulah kembang kan.. berbunga2 rasa hati.. mmg terasa diri dihargai..
sarah najwan : Tahniah utk akak sbb penambahbaikan tu.. tererlah akak ni.. mmg rasa bersemangat bila kerja kita dipuji.. itulah perangsang utk kita melakukan tugas kita dgn lebih baik lagi..
nza : pujian dari suami mmg motivasi terbaik buat isteri..
ummiross : suka sgt dgn ayat ummi tu.. kutukan dan pujian yg ikhlas mmg perlu untuk kiya memperbaiki diri.. tp kutukan yg membunuh mmg boleh menjatuhkan kita..
lydia miza : pujian yg jujur dan ikhlas yg amat kita harapkan.. klu pujian yg ada makna tu selalunya tak ke mana.. thanks yer sudi singgah ke sini lagi.. appreciate it so much..
liza@adzriel ab : he..he.. tak pastilah akak kenal ke tidak.. ada yg mmg org lama.. mgr tu from design dept kak.. kita kan kat tmpt yg sama dulu.. jd situasinya tentu tak jauh beza.. mmmg kena berusaha utk lebih maju lagi..
hana nabihah : betul sgt tu hana..
hanis MY : harap kita tak mendabik dada.. Ya Allah hanis, takdelah.. akak ni bukan calang2 org.. cuma org biasa yg berjawatan rendah.. tp selalu cuba mahu buat yg terbaik utk diri sendiri dan org lain..
life kami : mmg ambil masa utk expert.. sbb itu kita perlu rangsangan dan motivasi yg baik.. cara org berbeza2 kan.. tp cara org juga guru terbaik buat kita..
kak hanis, pada aida pujian tu penting sebagai tanda menghargai kerja org .. aida sendiri pun suka kalau dapat pujian tp selalunya kat opis ni takde sapa nak puji ..
kat rumah je lah selalu kena puji dgn anak² sbb masak sedappp .. tu lah pujian yg terbaik pada saya .. bos tak puji pasal keje pun takpe .. sbb anak puji lg best .. hehehe
Pujian yg iklas dan jujur bagai satu motivasi pd kita berusaha menjadi yg terbaik..
saya setuju...sb saya dpt bos yg lgsg tak reti memuji ucapan terima kasih lagi jauh sekali....tak tau nape dia xnk ckp terima kasih tu..
setuju!
sekurang2nya pujian itu adalah satu semangat utk kita...xdelah stress sgt buat kerja kan...
izan follow sini...^^
saya setuju..nak2 lagi bab2 puji anak2..baru dorang tau yg kita hargai apa yg anak2 buat/usahakan :D
oo mcm tu yana nk try la psiko org dgn puji2 ni..nk test kat esyhad spy dia rajin belajo :)
mmg suka kena puji.... kalau nak tegur yg buruk2 jgnlah terlalu berterus terang
kdg2 biler kena puji best kan? tapi kengkadang tuh cam x selsa laks, x tau naper
aida : kdg tu kita tak dapat pujian bukan sbb kita tak bagus.. tp sbb org tak mahu cakap pada kita.. biasalah kan.. kita pun ada kalanya begitu.. yg penting anak2 kita selalu memuji kita.. itu yg lebih mneceriakan hari kita kan aida..
eye_nee : betul tu kak..
mrs.eady : ada org rasa tak perlu segala ucapan tu.. sdgkan ramai org memerlukannya sebagai dorongan dan rangsangan kan..
pala maldini : TQ..
cik puan izan : betul.. bila dpt pujian, stress pun hilang.. TQ yer sudi follow blog saya..
makdara TERdiva : anak2 yg sedang membesar mmg perlukan pujian dari kita.. sbb bila hati senang, keyakinan pun datang..
maya mayana : nnt yana boleh try.. sbb tak rugi pun memuji.. lebih2 lagi pada anak2 sendiri..
munna : pujian yg baik kita terima.. teguran yg baik dan kena dgn caranya pun kita boleh terima kan..
eB ezrin : betullah eB.. rasa semacam pula lps kena puji tu..
cik teyn teyn : iyelah.. nak dapat pujian tu senang.. tp nak mengekalkan perkara yg mendapat pujian itu bukan perkara yang menyenangkan..
betul tu kak...kadang2 pujian tu perlu..sbg motivasi..tanda dihargai...tp jgnlah melebih2 pulak..sampai buat org lain lupa diri....
**selalu tya mr b syg tak?..walaupun dh tau..tp sukaa dgr....takpelah walaupun dh tya byk kali..nk dgr juga jawapannyaa..
mmg untuk buat diri kita rasa dihargaai.. bila kata2 tu keluar dari mulut suami, terasa lg indah perasaannya.. sbb itulah yg kita nak dgr selalu kan gee..
Post a Comment