Salam hari jumaat untuk semua.
Aku ada cerita lama. Saja nak berkongsi di sini. Saja nak tahu pandangan orang lain juga. Mana tahu bila mendengar pendapat orang lain, pandangan kita juga akan lebih luas dan terbuka. Kadang kala, mungkin kita saja yang rasa sesuatu perkara itu tak betul. Sedangkan pada orang lain perkara itu hanya perkara biasa yang tiada salahnya.
Waktu adik ipar aku meninggal dunia 9 tahun lalu, ramai yang datang menziarahi rumah keluarga arwah. Saudara mara kami. Saudara mara keluarga arwah. Teman-teman arwah dan teman-teman adikku. Rakan sekerja arwah dan rakan sekerja adikku. Memang penuhlah kawasan rumah. Tambahan pula ayah arwah merupakan mahaguru silat. Maka ramai jugalah anak-anak murid silat ayahnya yang turut datang menziarah.
Waktu menghantar ke kuburan pun masih ramai juga yang ikut serta. Hari itu, selain arwah adik iparku ada juga kematian lain di tempat itu. Kuburannya pun sebelah menyebelah. Waktu pengkebumiannya juga sama. Selesai urusan pengkebumian, makanya tibalah masanya untuk talkin di baca. Bila ada dua jenazah, makanya tentu saja ada giliran. Yang pertama talkin dan doa untuk arwah yang lagi satu tu. Kami ramai-ramai turut sama-sama memberi perhatian, mendengar dan mengaminkan doa.
Selesai doa dan talkin untuk arwah yang pertama barulah giliran arwah adik iparku pula. Pada waktu ini keluarga arwah yang pertama itu sudah mula mengambil giliran untuk menyiram air dan menabur daun pandan di pusara. Bayangkan, talkin dan doa untuk arwah adik iparku masih di baca, mereka sudah sibuk untuk selesaikan urusan mereka. Tentulah keadaannya sedikit terganggu. Waktu doa sedang dibaca mereka sudah beransur-ansur meninggalkan kawasan kuburan. Waktu itu hatiku sudah terdetik satu perasaan lain.
Sedangkan waktu sebelum tadi kami semua menghormati giliran mereka. Kami semua sama-sama memberi perhatian, mendengar dan mengaminkan doa. Mungkin mereka ada urusan lain yang menunggu di rumah. Tapi pada aku, perbuatan sebegitu sangat tidak sopan. Apalah salahnya setakat menunggu doa selesai dibaca. Bukannya perlu menunggu sehingga segalanya selesai pun. Kalau tidak menghormati kami mahupun arwah yang sudah bersemadi, hormatlah sikit pada doa dan talkin yang di baca.
Pada aku bukannya soal membalas perbuatan kami yang menjadi halnya. Tapi sikap menghormati orang lain itu yang pada aku bagaikan tiada pada mereka. Langsung tak peka dengan keadaan dan tidak mahu mengambil kira tentang hubungan dengan orang lain. Terfikir juga di kepala, mungkin mereka keburuan waktu. Tapi bila aku cuba letakkan situasi bagaimana kalau mereka mendapat giliran yang kedua. Adakah mereka akan meninggalkan tempat itu dengan segera juga? Aku dapat rasakan mereka akan boleh menunggu sehingga segalanya selesai.
Satu yang aku pasti, kalau aku di tempat mereka, pastinya aku akan tunggu sehingga talkin dan doa selesai di baca sebelum beredar. Tapi itulah.. cara, sikap dan pembawakan setiap orang berbeza. Semuanya mengikut cara kita dididik dan terdidik...
Satu yang aku pasti, kalau aku di tempat mereka, pastinya aku akan tunggu sehingga talkin dan doa selesai di baca sebelum beredar. Tapi itulah.. cara, sikap dan pembawakan setiap orang berbeza. Semuanya mengikut cara kita dididik dan terdidik...
**Hari ni mood aku down sikit kerana kerinduan sebab en.asben takde sampai ahad. En.asben pergi ikut ayah mertuaku buat research tentang something kat Thailand malam semalam. Takpelah, dia nak merasa. Lagi pun bila lagi nak merasa pergi tempat macam tu. Take care sayang.
19 comments:
akak jagn moody2 ekkk...nnt en asben balik nnt happy la ekk..tak lama dah esok lusa jer...hikhikhik..
izan pun rasa sepatutnya keluarga arwah yg pertama tu tunggu sampai selesai bagi menghormati arwah adik ipar akak. hmmm... walau nmpak remeh tapi itulah yg mungkin mereka terlepas pandang kan.
akak...jgn moody2 ye... mmg sunyi kan kalau en abg tiada di sisi~
rasanya memang tak patut mereka berbuat demikian..apa salahnya tunbggu sekejap sebagai menghormati.
rasanya klu orang "normal" sama kot pemikiran ngan akak...
logik la kan..kenalah hormat menghormati...
memang tak patut, tapi tak pe lah Hanis, ada orang tak nampak keberkatan mendoakan orang lain..
en asben out station ye,mesti rasa sunyi je hujung miggu ni kan..
as salam, tak kirim pulut siam ker?
1st takziah atas pemergian arwah adk ipar akak walaupun da lama..moga rohnya ducucuri rahmat..
2nd : memang x patut laa org tu buat macam tu..sepatutnya sesama islam kita kena meng'aminkan doa x kira untuk sesiapa..isk..isk...
Regards,
-Strider-
rambut sama hitam...hati lain2...atau mungkin jugak diorang sibuk nak uruskan kenduri kendara lepas tu kot...yang penting doa kita untuk yang tiada sentiasa :)
apalah ole2 cik abang abwak balik ti...hihi
Saya bersangka baik bahawa mereka semua yang beransur pulang tu ada urusan lain yg lebih penting.
Namun benar, tak salah kita aminkan doa dan sama sama mendengar talkin. Sebab talkin itu bukan utk yg mati, tapi peringatan utk kita yg masih hidup ni.
kalo en. asben tak ada, memang mood kita down ckit, akak pun camtu gak.
sepatutnya depa yg sebelah tu tunggu le dulu, bukan lama pun nak baca talkin, sumenye tu utk peringatan kita gak
tc kakak gak..ngee
memang tak patut la diorg buat camtu kak.. tak respek kat orang
tu ar..kalau ak di tempat
mereka..
aku pun ak tungu gakk..
haih..
x ley marah2 sgt ehhh..emo takpe
=p
farah fauzi : moody pun gitu2 aje farah.. he..he.. itulah.. pagi esok insyaAllah dah balik..
izan ishak : kdg kala org terlepas pandang.. dan mungkin pada mereka tiada keperluan utk menunggu sama.. Betullah izan.. jd sunyi rumah.. En.asben takde.. Han pula ada kem motivasi.. bila tak cukup corum.. yg ada kat rumah pun ikut senyap juga..
diana : itulah yg akak rasa sepatutnya..
whitecappuccino : itulah kan kak.. lain org lain pula pandangan mereka ttg sesuatu..
sz : itu yg akak fikirkan.. mungkin sbb itulah akak rasa lain mcm bila mereka begitu..
ummiross : saya pun tak kisah.. cuma rasa lain mcm aje.. keluarga yg lain pun mungkin tak terasa apa.. sbb semua itu hak masing2 utk sama2 mendoakan org lain atau tidak kan ummi..
be simple beb (bsb) : he..he.. tak teringat pula nak kirim..
daddy ziyyad : betullah.. kena bersangka baik.. anggap saja urusan mereka lebih penting.. mmg talkin itu peringatan utk kita yg masih hidup ni..
mamamsyaza : itulah kak.. semangat pun lemau je.. he..he.. itu juga yg saya fikirkan..
lulu caldina : thanks lulu.. ngee..:)
h4ni3 : ada byk cara kita nak hormat org kan.. pada akak mcm perkara sebegitu salah satu darinya..
far8 budak baik : eh.. tak marahlah far8.. emo pun tak.. he..he.. sbb tahu, kita tak boleh mengawal tindakan org lain.. cuma ada rasa confuse sikit.. itu yg nak tahu pendapat org lain pula..
betul juga kan...
sikap tak peka dengan keadaan sekeliling, dan hormat dengan yang lain ni kadang2 memang kita tak sedar..
Yus pun mood rindu dengan cik asben ni. OS lagi...:(
hmm .. mungkin mereka tergesa² utk melakukan sesuatu kot .. kita pikir positif kak .. kadang benda mcm ni lah buat kita tak paham kan ..
~yus~ : harap2 kita lebih peka dan meghormati orng lain kan.. Oh.. sdg rindu juga yer.. itulah, tak suka betul kalau kena OS tu.. tp nak buat mcm mana kan.. Dah tuntutan kerja..
aida : mungkin juga.. berfikiran positif sajalah kan..
mmg agak kurang supan..tp takpelah...tindakan luar kawal tu...sbb pada derang..hal derang dh selesai...lebih2 pulak..takde pertalian dgn kuarga kita...secara otomatisnyaa nk bergerak pulang utk buat apa yg patut kt umah tu...
mama gee : mungkin juga.. ada hal yg lebih penting di rumah yg buatkan mereka tergesa2..
Post a Comment