Intro awal dalam novelku Takdir Fitrah Terindah.
Aku masih terpaku di hujung katil. Mataku mengamit pada inai berwarna ceria di hujung jari-jemariku. Terbayang saat-saat pernikahan kami usai solat asar tadi. Debaran menanti kehadirannya di kamar pengantin ini benar-benar terasa. Hingga ke saat ini, aku masih tidak dapat mentafsir perasaannya yang sebenar.
Lelaki itu kelihatan sungguh tenang, ceria dan mesra pada majlis petang tadi. Dia seperti amat bahagia dengan pernikahan kami. Adakah dia sedang bahagia? Atau sebaliknya hanya ingin mengabui mata kaum keluarganya. Aku sememangnya tidak pasti kerana walaupun dia tersenyum namun tidak sekalipun anak matanya terarah kepadaku. Hina sangatkah aku di matanya?
Hatiku semakin tidak keruan bila daun pintu bilik dikuak dari luar. ‘Ya Allah, berikanlah ketenangan kepada hambamu ini…’ Dalam debaran masih sempat aku berdoa. Aku terus menundukkan wajah bila dia langsung tidak memberikan sebarang reaksi mahupun menyapaku. Alas cadar yang sejuk dan bercorak indah itu aku usap perlahan. Kedinginan dari penghawa dingin serta bau harum semerbak bunga rampai yang memenuhi ruang kamar itu masih tidak mampu memberikan ketenangan. Apatah lagi memberikan aku kekuatan untuk berhadapan dengannya.
Waktu itu aku di pejabat sedang menyiapkan laporan harian. Kata-kata itu tiba-tiba saja menjelma dan tersusun di kepala. Banyak membaca novel membuatkan kata-kata indah selalu berada dalam kepala. Waktu itu minat menulis tak timbul lagi. Tapi keinginan untuk menulis novel sendiri memang ada. Mengelak dari aku terlupa susunan kata-kata itu, dalam sibuk-sibuk dengan kerja, aku terus menaipnya dalam muka surat laporanku juga. Bila dah taip aku terasa sayang untuk membuang patah-patah kata itu. Dari rasa sayang itulah aku mula menyambung dan mengolah cerita. Sehingga terhasilnya cerita kisah cinta Nur Fitrah dan Aiham Fakhri. Alhamdulillah..
20 comments:
arghhhhhhh tak boleh lupa lah ceta nur fitrah dgn aiham fakhri
indahnya nukilan hadir dari ilham spontan.. :)
keep it up kak..
waiting for ur next novel.. :)
menitis air mata baca novel akak..sobsobsob.. kali ulang kali nangis...
memang sangat indah kak..saya suka:))
setiap baris kata yg indah mmg harus diingati.. kadang2 ilham dtg tnpa diundang.. minat juga hadir tnpa kita sangka..
teruskan usaha utk hasilkan lebih banyak novel yg terbaik.. gud luck!
hihihi seronok baca novel nie...
ilham datang tak kira masa kan..Alhamdulillah berhasil sebuah novel..yang sesuai semua peringat umur..suka sgt novel hanis tu..teruskan berkarya dik..bakat jgn dipendam dan terbuang begitu je..:) selamat berjaya
aiham..errr.. ekeke
sempoi la ayat akak nih...heheheh nak cari la buku ni nnt...heheh
indahnya rasa...
Assalamualaikum Hanis
intro yg menarik
selalu kesini,,komen itu dan ini...tp hari ini utk N3 ini terasa malu sgt nak tulis kan komen ...kerana....FITRAH yg indah itu masih belum dimiliki lagi....arghhhh...
akak tau apa cik abg Nini ckp..." selalu sgt baca novel sampai nk nasihatkan anak pon guna ayat bermunge2..kata takmo jadi gegurl..camno nih?"..ko tengok kak...kemain incik Azraai bercakap!!!
bait-bait indah yang amat mengesankan,nukilan indah dari Hanis Azla..tahniah!!
Assalam hanis..alhamdulillah ada hikmahnya.dah pun jadi novel kegemaran ramai..
Ayat tu memang indah dan puitis kak...
kdg2 idea nk berbelog pun dtg tiba2 masa tgh sibuk buat kerja kat opis...tp bila pegang laptop tk dtg pulak...
dulu yana ada juga minat nk jd penulis novel,pelukis tp mak yana tk galakkan..biasalah org tua...katanya bukan keje profesional so cita2 tu berkubur gitu je...
aritu kan yana sempat singgah ICT dan snowalk kak tp mahalnya...nanti yana update kat belog...
As salam puan writer,
Terima kasih like Fan page tu... & terima kasih jg sudi berkawan & drop komen di blog sy :)
Teringin sbnrnye nak baca novel tu... nak mintak sesuatu ni, tp malulah...
Boleh tak saya nak beli buku tu? Saya bayar mll akaun termasuk postage sekali... Atau ada cara lain?
Kak hanis, saya baca 5 kali ye.. Dan ini antara buku kesayangan saya.. Hehehe
hobi yg berbaloi2 kan hanis?? best222!! bila lagi the next?
menusuk jiwa tu..
Post a Comment