Tuesday, March 13, 2012

Lulu Caldina...

Kami kenal tak lama. Cuma baru setahun dua. Tak pernah juga bersua muka. Hanya gambar buat kenal rupa. Hanya blog, e-mel dan FB penghubung bicara. Baru sekali juga mendengar suara. Orang berbudi haruslah kita berbahasa.

Perhubungan ini terasa cukup erat. Walaupun jauh tapi terasa dekat. Berbeza umur tapi tetap rapat. Sebelum kenal, nama itu pernah menarik minat. Di dalam novel namanya terlekat. Takdir Allah itu maha hebat. Selepas mempunyai blog, kami bersahabat.

Seawal blog ini bermula. Dialah pengunjung setia. Dialah juga pengomen pertama. Header yang menarik dialah tukang buatnya. Tanpa diminta mahupun dipaksa. Kebaikannya selalu buat aku gembira. Tentulah seronok ada kawan sebaik dia.

Buat Lulu Caldina si gadis Sabah. Persahabatan ini sangat indah. Harap-harap berterusan sampai sudah. Semoga ianya diberkati Allah.

28 comments:

Kakzakie Purvit said...

Bagaikan boleh dibaca punya minat yg sama itu menambah erat jalinan di rasa Hanis...

Kella said...

Alhamdulillah...indahnya bersahabat di alam maya.. =)

tim_fs said...

alhamdulillah semoga ukhwah kekal selamanya amin..
kak jemput singgah ke blog baru suami

http://www.pelaburemasperak.com

Makbed said...

wahh..macam pantun bila baca kuat-kuat.

Kakcik Seroja said...

Persahabatan maya yang tak perlukan status untuk menjalin keakrabannya. :)

Ce'gu JAERA said...

tak sangka kan perhubungan alam maya ini bisa terjalin seukhuwah yang diharapkan... semoga silaturrahim itu akan berkekalan sepanjang hayat....

Thanx juga buat Lulu Caldina kerana pernah menaikkan nama blog saya suatu ketika dulu (",)

So Shy Lady (SSL) said...

sdap nm lulu n sdap bait2 ayat hanis tuh, nak ciplak hahaa ;

mngomen smbil pjam mata neh

Unknown said...

indah persahabatan walaupon jarak memisahkan :)

Unknown said...

Bertuah kak lulu caldina ni.. Aida jugak bertuah dapat kenal dgn kak hanis.. ;)

Dr K said...

Pasti Lulu caldina senyum gembira membaca entri ini..

TS said...

lulu caldina...walau hanya bersua di alam maya..mesranya bagai bertahun mengenalinya... :)

ppsssttt: ila doakan ukhuwah ni kekal smpai bile2.. :)

bujal X said...

blogger terkenal tu~he~~

Nini D.. said...

:)
Lulu Caldina seindah namanya....

munna said...

MEMANG SERONOK RASANYA BILA BERSAHABAT DGN KAWAN MAYA NI.....

ummiross said...

Tak pernah bersua muka,tapi tetap dekat dihati, hebat jugak perkenalan di alam maya ni kan Hanis, semoga berkekalan selamanya persahabatan kalian berdua.

LYAfrina said...

insyallah..psahabtan maya akan kekal k alam realiti..

Fieza79 said...

bahagia rasa nya jika perhubungan di alam maya dpt di panjang erat kan...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

saya pun dlm blog ler dpt kenal kak zakie dan kawan2 blogger yg lain..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

correction..Hanis not kak zakie

aanie said...

bestnya ada kawan maya yg rapat camni...
semoga persahabatan ini kekal...

Lulu Caldina said...

alhamdulillah, semoga persahabatan kekal selamanya... :)

Ce'gu JAERA said...

hoho.. rupanya Lulu ni orang Sabah gak... Baru plak tahu.. selama ni Lulu asyik rahsiakan identitinya... senang la nak jejak Lulu di sini... ehehehe..

selamat petang kak Fea...

Eye_nee said...

alunan ritma yg sgt cantik
susunan kata pujian yg menarik
bersahabat dimaya yg sememangnya unik
bagaikan puluhan tahun berkawan baik..

kueh bakar said...

internet ni buat kita 'bercakap dulu' ,baru berjumpa. dan biasanya kita bercakap benar sebab tiada apa yang 'terdinding'.tapi memang ada yang cakap menipu..manusia kan..

jumpa dulu, cakap kemudian, ada yang 'terdinding'

~Sal Ismail~ said...

smoga jalinan persahabatan kalian berkekalan~ =)

Liza @ Adzriel AB said...

BFF.... aminnnnn

Izwa Kamaruddin said...

Amin....
tumpang gembira juga :)

Misz-ella said...

wahhh .. kwn dgn blogger femes dan glamer eh. hihihi

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...