Tuesday, March 20, 2012

Malu tapi mahu...

Keyakinan diri. Aku memang tak berapa memilikinya. Malu terlebih memang selalu ada. Malu tak bertempat kadang-kadang ada juga. Tapi selalu aku cuba elakkan. Teringat waktu nak cetak manuskrip novel Takdir Fitrah Terindah. Bersungguh aku suruh en.asben cari kedai cina tak mahu kedai melayu. Bukan sebab tak nak sokong perniagaan orang melayu. Bukan juga kerana kualiti dan mutu kerjanya atau apa. Tapi kerana malu. Hanya sebab malu dan bukan atas sebab lain. Aku malu kerana kalau kedai melayu tentulah mereka tahu aku berangan-angan nak jadi penulis. Malu kerana bercita-cita besar. Macam-macam yang aku fikirkan. Takut-takut waktu mencetak mereka terbaca tulisanku dan merasakan aku hanya berangan-angan tinggi. Tapi tiada bakat.

Sebelum tu aku dah pergi ke beberapa buah kedai cina, tapi mereka tak boleh nak print double sided. Mungkin ada masalah dengan mesin mereka kot. Nak dijadikan cerita, kat tempat last aku nak cetak hanya kedai printing dan fotostat melayu saja yang masih dibuka waktu tu.  Kedai itu pula tiada masalah untuk aku cetak double sided. Aku pula jenis yang tak suka nak bertangguh kalau nakkan sesuatu. Nak settlekan hari tu jugak. Jadinya kedai melayu pun takpelah. Dah terpaksa makanya aku mengalah saja. Buang rasa malu tu ke tepi kejap. Tapi masih minta tolong en.asben yang pergi cetakkan. Aku tunggu dalam kereta he..he.. Dah bagi thumb drive terlupa bagi password pulak. Terpaksalah en. asben call tanya password. Lepas tu ada beberapa perkara yang en.asben tak sure dan call lagi. Iyelah, bukannya kerja dia. Jadinya serba serbilah yang dia tak pasti.

En.asben memang selalu sangat memahamiku. Tapi aku tak mahulah berlebih-lebihan mengambil kesempatan. Sebelum dia hot baik aku bertimbang rasa dulu. Mengelak dari en.asben terpaksa berulang kali call akhirnya aku buang rasa malu dan masuk ke dalam kedai untuk cetak sendiri. Kedai itu diuruskan oleh sepasang suami isteri melayu. Mereka sangat ramah dan sangat membantu. Keramahan dan bantuan mereka membuatkan rasa maluku berkurang. Mereka menunjukkan sokongan bila aku kata mahu mencetak dan menghantar manuskripku ke pihak penerbit buku.  Mereka sangat menyokong cita-citaku untuk jadi penulis. (Rasanya ramai orang pun begitu. Cuma aku yang berfikiran sempit waktu itu. Malu tak hengat he..he..). Mereka siap bagi nama penerbit buku yang boleh aku hubungi andainya berminat. Sebelum keluar mereka siap ucapkan selamat berjaya buatku. Ianya menjadikan aku lebih bersemangat lagi.

Mereka jugalah antara orang pertama yang tahu tentang cita-citaku selepas en.asben dan anak-anak. Orang lain memang tak tahu cerita langsung pasal aku dah mula menulis dan bercita-cita untuk jadi penulis novel waktu tu. Aku kan malu dengan cita-cita sendiri. Sampai emak yang tinggal serumah pun tak tahu aku menulis. Malu juga kalau emak tahu. Selalulah kena leter sebab duduk kat atas tak turun-turun sebab asyik menulis. Entah apalah mama kau tu asyik buat kat atas.. he..he.. Mujurlah aku boleh buang sikit rasa malu tu. Kalau tidak agaknya sampai sudah manuskrip tu tak bercetak dan terus tersimpan dalam lappy. Alhamdulillah, sejak itu aku mula ada sedikit keyakinan diri.  Sedikit sajalah, nak cerita dengan orang lain masih tetap malu lagi. Selepas penerbit call dan kata novelku diterima untuk diterbitkan, barulah aku mula bercerita pada orang-orang yang rapat untuk berkongsi rasa hati. Kalau ikutkan nak jerit lihatlah dunia, tapi aku malu. Okey aku tipu, takde maknanya aku nak jerit gitu.. he..he..  

37 comments:

TS said...

congrats kak!!!
kadang2 malu tu perlu tapi bertempat kan kak..

Anonymous said...

nak jumpe akak pun izwa malu!isskk..same same malu ke??

Hudalatip said...

Kak saya pun cam akak kadang rasa malu, tapi kadang tak pulak, tapi saya bercita-cita macam akak..nak jadik penulis part time, idea je banyak nak tulis tu malasnya, camana?

ieja amieja said...

semoga sntiasa success...
bila novel kedua nak kuar???

Hanys Najib said...

sy pon pemalu kak..jgn risau, ade teman..hehe.. tapi since akak dah jadi penulis ni tak boleh malu2 lagi kak..sbb nanti nak betemu ngan peminat kan..hehe

Nini D.. said...

malu yang berbaloi....sape sangka novel tu meletop!!!

perjalanan pulang said...

malu malu rimau tu

Anonymous said...

kak fea, manuskrip kita kena bagi ye, tina ingatkan cuma hantar pendrive/disc copy story kita je ke publisher

faraherda.razalan said...

La...mcm tu sekali ke malunya? Tapi skg dah ade keyakinan diri kan? Ish...bestnya jdk novelis kan?

Unknown said...

hehehe malu kena bertempat kak.

qemaishak said...

Akak berbakat, xpayah malu hihi qema pun pemalu gak, kadang2 byk pk -ve tu jadi tambah malu nak buat apa2 hehe

munna said...

MALU2 TAPI BERJAYA AKHIRNYA....

Liza @ Adzriel AB said...

eiiiiyyy... kalau malu sangat rasa nak cubit je fea ni tau. tengok hasilnya kan dah berbaloi. kak liza ni kalau malu alamat rezeki tak masuklah yang. malu biar bertempat. bertuah asben nak tolong, kak liza ni buat sendiri semuanya. hubby pulak yg pemalu amat.

Ati Masrif said...

memang pemalu yg amat nih..
tapi alhamdulillah dapat bertemu
org2 yang membantu dan menyokongkan
hanis dapat beri kita semangat...tahniah!

Qhaifa Nur said...

dulu memang saya begitu kini sikit2 dah buang...
lain rasanya...lebih yakin

Kakzakie Purvit said...

Ada kalanya malu itu baik sebab tak mahu org chop kita meninggi diri Hanis. Tapi ada kalanya malu membuat kita tertinggal...

Mujur masa itu malu utk kebaikan ditolak tepi kalau tak kakak tak adalah dapat baca novel Hanis tu...

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

itu untungnya berurusan dengan orang melayu...mereka boleh doakan untuk kita.....mukin hasil keuntunganya dia sedekah atau amal2 yg lain

♥MAMASYAZA♥ said...

masa penerbit call bagitau novel boleh dicetak tu, mesti happy sesgtkan, tahniah !!!!

Diana @ BKKC said...

kita minat menulis..tapi MALAS mengatasi yg lain. MALU mungkin tidak. Sebab ada print sndri..hehe..

Irfa said...

saya juga ada cita2 nak tulis novel tp x tahu mana nak mula..

Unknown said...

Eh..nak berjaya tak boleh malu..nanti rugi. Tapi, nak berjaya juga tak boleh terlalu tak malu...pendekata, berpada2...Good Luck...

saniah said...

malu malu yang berisi takpe..;)
tak sabar nak tgu yg ke 2 nii..

mak encik | SZ said...

samalah kita kak...
sama2 pemalu...
cheewaaahhhhh...
tp kalo ter berselisih bahu ke apa kat tengah jalan bukan malu tak tegur tp agaknya rabunnn mataku ini...hihihihih

Jendela Hati said...

hehehe malu2 tp hasilnya berbaloi2... malu2 mcm nur fitrah ye kak...

Maya Mayana said...

asben akak sgt supportive..Alhamdulillah tercapai jugak impian...semoga terus berjaya...

mak yana kata hidup kena berani..tp kdg2 yana pun gitu juga...malu tk bertempat... :)

ummiross said...

hehe seronok baca kisah Hanis, tersenyum ummi sendirian, ummi pun pemalu juga,hik!.Alhamdulillah Allah temukan Hanis dengan mereka,orang baik2 yang turut membantu dan mendoakan.

azieazah said...

Agaknya kita sama. Manuskrip Kak Azie dah cecah 600± pages dah, tapi sorang pun tak baca lagi. Kak Azie malu nak bagi orang baca. Adehhhh....!

zehan said...

tahniah...semoga menjadi novelis yg berjaya...

LYAfrina said...

lya bangga sebab dlm sedar x seadr lya mempunyai seorang kawan y cukup hebat.. seorg novelis.. apatah lagi lya ni mmg peminat novel.. n nnti lya pon nk baca novel hanis ni.. kna tunggu $$ dulu...

LYAfrina said...

dan.. lya doakan agar hanis berjaya lbh jauh ke depan..insyallah..

-Sara- said...

malu bertempat takpe kak..hehe

Kamalia said...

alala,sangat pemalu akak ni rupanya..tapi,saya pun sama je dengan akak,2x5 cuma saya tak tulis novel je.
kalau malu bertempat takpekan..

Dinas Aldi said...

Hanis jangan tak tau, waktu akak terbaring lepas surgery haritu, akak ditemani oleh Aiham Fakhri okeh, kihkihkih! Bukan apa, ulang baca balik novel Hanis tu. I LIKE.

Bila nak keluar novel baru?

Izan Ishak said...

malu bertempat takpe kak... lama2 mesti dah ok kan...

Lulu Caldina said...

agaknya biasa rasa mcm tu eh.. sbb lulu pun mcm tu.. tapi, siyes dah tak nak mencuba lagi.. teruskan usaha kak fea.. lulu sokong dari jauh

So Shy Lady (SSL) said...

soshylady pon pmalu gak hehehe

tgh tunggu novel strusnya jengjengjeng

Unknown said...

Tak sabar nak tunggu novel ni... Baca komen kat atas tu semuanya positif... Kak, saya ni xde apa nak buat kat rumah selain jaga anak, sbnrnye mmg ade hasrat di hati nak menjadi novelist mcm akak... Mcm norhayati berahim, damia hanna semualah... mcm best je... tp berangan jelah yg lebihkan...hehehe

Sy doakan semoga akak berjaya ye! Dah jd novelist ni xboleh malu2 kak nnt nak jumpa peminat! Ramai tu :)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...