Thursday, March 8, 2012

Cinta Kura-kura...

Ini kura-kura Is. Yang Besar tu Jerry. Yang kecik tu Tom. Ini hadiah untuk Is lepas dia berkhatan hujung tahun 2010. Masa beli kecik sangat dua-dua tu. Dalam beberapa bulan aje dah besar macam ni. Is cukup sayang dengan kedua-duanya. Kalau pergi jalan pun siap angkut sekali Tom & Jerry ni. 
 

Bila dah besar rasa tak sampai hati pula nak terus simpan dalam bekas. Kesian pula sebab tak bebas keduanya nak bergerak. Makanya kami pakat-pakat nak lepaskan saja. Dua tiga kali juga perancangan tu tapi Is sangat berat hati nak lepaskan. Akhirnya waktu kami nak balik kampung masa raya tahun lepas, kami lepaskan juga Tom & Jerry ke tasik depan rumah. Satu family ikut nak sama-sama memberikan lambaian terakhir.

 

Is masih berat hati nak lepaskan. Asyiklah bercakap-cakap lagi dengan Tom & Jerry kesayangannya. Az pula berikan semangat untuk lepaskan saja. Padahal dia pun sayangkan Tom & Jerry tu.

Tom & Jerry pun macam berat hati nak pergi. Kalau selalu bukak aje penutup bekas kelam kelibut keduanya memanjat keluar. Tapi hari tu, duduk aje diam-diam kat dalam bekas.

Sebab Tom & Jerry  tak mahu keluar sendiri, Is pun angkat dan hantar mereka sampai kat tepi tasik.

Letak elok-elok dan Pujuk-pujuk lagi Tom & Jerry tu. Tom & Jerry asyiklah patah balik ke atas semula pergi dekat Is.

Is siap bagi pesanan terakhir untuk Tom & Jerry kesayangannya yang nampak langsung tak nak bergerak. Is siap pesan suruh pandai-pandai cari makan sendiri. Waktu ni aku yang tengok pun dah sebak. Air mata dah bergenang dah. Okey, memang aku sensitif sesangat orangnya walaupun aku tak pernah pun pegang Tom & Jerry ni sebab aku penakut dan pengeli.

Waktu ni Tom & Jerry tak bergerak juga. Mungkin tak biasa di persekitaran baru yang terbuka macam ni. Masih takut-takut lagi agaknya.

Is tak sampai hati lagi. Dah jalan separuh siap patah balik semula. Dia kesian sangat dekat Tom & Jerry yang nampak lost waktu tu.

Tunggulah sampai Tom & Jerry bergerak masuk ke dalam air. Masuk kereta semuanya senyap aje. Sedih. Tapi takpelah, harap-harap Tom & Jerry lebih seronok di tempat baru yang lebih bebas. Bye-bye Tom & Jerry. Take care ye.

Sabtu lepas Is tengok di sebalik tabir Cinta Kura-kura di tv. Bukan main lagi dia gelak. Tentunya dia teringatkan macam mana dia dulu pun suka sangat bercakap dengan kura-kuranya. Tentulah dia rindukan Tom & Jerrynya tu. Siap ajak aku pergi tengok cerita ni nanti. InsyaAllah, nanti kita pergi tengok. Kisah itu juga membuatkan aku teringat nak update cerita Is dan Tom & Jerrynya. Cinta Kura-kura versi Is .

26 comments:

Hudalatip said...

sweet dan sedih pulak rasanya..nampak sangat Is tu penyayang kan..

sitinaminah02 said...

sweet gila anak2 akak.. mesti sedih kan nak lepas balik kura-kura tu.. sebab dah lama bela.. huhu

Unknown said...

Dengar cerita kura kura dlm filem tu boleh bercakap ye?hihi, mcm mcm je...

Misz-ella said...

KC baca pun sedih ..

ummiross said...

Hanis, ummi yang baca ni pun bergenang airmata, binatang ni kalau kita dah bela memang sayang jadinya. Apapun..tentu Tom n Jerry dah seronok dihabitat semulajadinya..

qemaishak said...

Bila dah lama pelihara berat hati nak lepas, sedih je tapi mungkin tom & jerry dah bahagia di tempat baru tu sekarang ni..cerita cinta kura2 tu kira mengimbau kenangan cinta kura2 is la ye:)

TS said...

macam best je cite "Cinta Kura2" nih kak...
btw once kita dah jage binatang tu mesti terasa bile dah takde kan kak..

Unknown said...

kak, saya pon sebak baca entry ni. sedihnya terpaksa berpisah

kueh bakar said...

melepaskan kucing pergi lagi seksa...

hahah

Kakcik Seroja said...

Abg Mus pernah bela ikan toman dalam akuarium. Bila dia tak nak jaga lagi, kami hantarlah ke tasik konon untuk dilepaskan. Sekali sorang ina sudah mintak itu ikan, tak tahulah dia nak buat apa. Entah2 dia makan tak? :(

Izan Ishak said...

alahai... sedih plak baca kisah kura2 is tu... harap2 tom n jerry tu sihat aje kat tempat baru ye.

Kayun said...

umm sedihnya kak baca ni. huhuu rasa sebak pulak. semoga tom ngan jerry pun bahagia d tempat baru. huhu

Acik Erna said...

assalam hanis..is ada pengalaman dengan kura2 ye..cuti sekolah nati boleh la hanis bawak dia tengok wayang cerita tu.

Maya Mayana said...

hehe...aunty geli pula dgn kura2 ni..kucing sukalah...

ni memang betul cinta kura-kura kan Is? takpelah semoga one day berkat kasihkan haiwan Is menjadi seorang yg penyayang...

MulutPayau said...

dah lama bersama....mmng sedih utk berpisah.....

Liza Abu Bakar said...

kura2 tu pun tau sayang kat tuan dia.. jgn bersedih fea..

Rina Rahamat said...

sy baca pon jd sebak


misti tom & jerry pon nanges dalam tasik

wahida said...

akak, sumpah saya tgh bergenang air mata ni dan sebak sesgt...walaupun saya tak pernah tgk pun kura2 tu, tapi saya dpt rasa kura2 tu pun berat hati nak lepaskan Is...lagi satu mcm kesian pulak dia nak kena carik mkn sendiri...

masa Is bg pesanan terakhir tu, buat saya makin sebak lak kak...

huhu...

Rtp Farra Arisha said...

hiks perpisahan akan hadir jua walaupun tanpa disangka. :') memang besar cinta is terhadap kura2 dia. :)

Munn Jaafar said...

sweetnya is...kalau bela dr kecik mmg syg nk dilepaskan

tp itu yg terbaik utk stiap makhluk Allah kan.. =)

So Shy Lady (SSL) said...

alahai sayangnya... namun apakan daya jika ppisahan itu lbih mmbw kbaikn, kan!

ingatkn hanis nk buat sinopsis filem rupa2nya crita kura2 versi is ;D

Anonymous said...

yeaah, cinta kura-kura versi Is hahaha :)

Eye_nee said...

mestilah sedih kan..dah bela lama macm tu...

Unknown said...

Abg saya pun ade kura2 mcm Is jgk, pun dah dilepaskan... kesian kat kura-kura tu nnt mesti dia nak bebas & berkahwin...hikhikhik... Takpelah Is nnt ajak ibu pergi tgk cerita cinta kura2 ye... Sedih sbnrnya baca kisah ni... huhuu

Suara Kalbu said...

Kalau akak yang tengok pun dah terasa sebak.. ini pula hati yang selalu setia menjaga dan menemaninya.

Saya pun pantang disua cerita semacam ini. Berpisah dengan binatang yang kita bela sejak kecil, sangat susah nak diterangkan dengan kata-kata.

~Sal Ismail~ said...

sgt sweet bila anak2 ada binatang peliharaan yg boleh dijadikan teman menyembang~ =)

tp bila akhirnya terpaksa lepaskan ia pergi, harus mengundang rasa sebak di hati~

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...