Tengah hari semalam kami memenuhi undangan perkahwinan teman ofis en.asben di Jeram, Kuala Selangor. Kedua-dua pengantin adalah dari ofis yang sama. Jadinya kami sangat berbesar hati untuk menghadirinya. Kami sampai di rumah pengantin kira-kira pukul 2 petang. Tetamunya ramai. Jadinya agak jauh juga kami perlu berjalan dari tempat parking di tepi-tepi jalan. Menghampiri rumah pengantin aku terpandangkan sesuatu di depan khemah betul-betul di depan pintu masuk rumah. Sesuatu yang sangat jarang ada di rumah pengantin. Rasanya macam ya. Tapi hati ini menolak. Takkan pula. Aku cuit en.asben, sebab dari jauh aku nampak seperti van jenazah. Tapi aku yang rabun jauh ini tak dapat membaca tulisan di van. Van katering kot kata en.asben sebelum dia menyedari yang itu adalah van jenazah. Kami saling berpandangan. Inalillah..
Siapa? Kami mula bertanya-tanya. Ketika kami memasuki kawasan rumah, van jenazah keluar dari kawasan itu. Suasana majlis jadi sungguh sepi dan pilu. Tetamunya ramai, tapi suasana tetap sepi. Teman en.asben yang sudah sampai lebih awal memaklumkan yang bapa pengantin perempuan rebah 10 minit selepas majlis akad nikah pagi itu. Arwah meninggal dunia selepas itu. Sedihnya. Aku ikut sebak selepas tahu cerita. Menurut en.asben, ayah pengantin lelaki pun baru lagi meninggal dunia. Kini kehilangan ayah mentua pula di hari perkahwinan. Kami tak sempat berjumpa pun dengan kedua pengantinnya sebab mereka ikut ke kubur. Semoga keluarga arwah redha dengan pemergian insan tersayang. Semoga arwah tenang di sana.
Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya di tangan Allah yang maha berkuasa dan memiliki segalanya. Bila Allah kata Kunfayakun, maka jadilah ia.
24 comments:
Innalillah, sedihnya kak, tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya kan.
alfatihah, beratnya dugaan pengantin & keluarga
sedihnya di ari bahagia ada kesedihan... dugaan pengantin br.. alfatihah...
takziah..moga mereka semua tabah dan sabar menghadapi dugaan ni.
subhanallah , ketentuan nya begitu. kita terima segalanya
ajal maut tak kira masa kan :( innalillah..takziah pada mereka dan alfatihah buat arwah
al-fatihah..
al-fatihah..
Afatihah..akan dikenang sepanjang hayat oleh pasangan pengantin..
Innalillah....moga kedua pengantin diberikan kesabaran yg lebih kuat untuk menghadapi dugaan ni..
Innalillah...
Ya Allah berat betul dugaan pada pengantin dan kaum keluarga mereka ...bahagia dan duka dihari yang sama..bagaimana nak digambarkan perasaan mereka kan..mudah2an mereka tabah dan redha.
Assalamualaikum Hanis
Al Fatihah
Ya Allah kak.. Hibanya.. Innalillah..
Allahuakbar ...
Alfatihah ... :(
Semoga mereka tabah dan sabar hadapi ujian ini....
Al-Fatihah...
Innalillah...al-fatihah..
sempat menjadi wali anaknya buat kali terakhir.. menjadi kenangan pahit buat mereka di hari pernikahan. sedihnya.. alfatihah.
Sudah tiba saat dan waktunya dia pergi....Semoga keluarga mereka tabah menerima dugaan ini..Al-Fatihah buat arwah semoga beliau ditempatkan dikalangan insan2 yg Allah redhai....
sedihnya baca n3 ni...
al fatihah utk arwah...semoga keluarga pengantin tabah hadapi dugaan berat ini..
al-fatihah..
ya allah kak..sedihnya. Hari yg patut dikenang sbg hari yg menggembirakan jd hari yg menyedihkan pula. tapi siapalah kita nk menolak ketentuan Ilahi kan.
moga keluarga mereka tabah menghadapinya.
AlFatihah.. Moga keluarga pengantin tabah.. Tp arwah masih sempat melihat akad nikah anak-menantu.. ;(
turut simpati dan sedih. Alfatihah untuk arwah.
kuasa ALLAH. seperti membaca sebuah kisah yg hanya direka manusia tp rupa2nya ini adalah kisah yg benar2 berlaku...
Post a Comment