Nuffnang

Saturday, March 3, 2012

Bila dah suka, gitulah..

Mamat sorang ni memang suka bergaya. Lebih-lebih lagi kalau jumpa jaket. Tak kiralah tengah panas buta pun, kalau dia nampak jaket dia tu mesti dia nak pakai punya. Kira macam stylolah kalau dia dapat pakai jaket tu. Semalam waktu balik kerja aku singgah pasaraya depan rumah. Terpandanglah sehelai jaket tu. Berkenan pula dengan warnanya. Ada diskaun pulak tu. Jadinya memang murahlah. Bila nampak jaket tu teringatlah mamat yang suka bergaya tu. Teruslah belikan satu untuknya. 

Hari ni mamat tu ada rombongan sekolah ke zoo negara. Baru balik rumah pukul 3 petang tadi. Lepas lepak-lepak kejap kat bawah dia naik atas tukar baju.  Semalam aku pun tak sempat nak sangkut jaket tu. Sempat lipat aje dulu. Sekejap ni  aku nampak dia dok sangkut jaket barunya tu sendiri kat hanger. Lepas tu siap terus gantung kat dalam almari. Aku yang memandang macam tercenggang pula. Wah.. bila dah suka macam tu lah jadinya. Kalau baju sekolah tu tak pernahnya nak gantung elok-elok. Mesti bersepok aje bila balik sekolah. Asyiklah aku nak kena tegur hari-hari. Tapi bila tang jaket yang dia suka, pandai pula dia gantung elok-elok kan. 

15 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

sayang sangat dah tu

ummiross said...

hehe..mesti suka sangat tu, puas hati tengok anak2 seronok kan Hanis.

MulutPayau said...

hehehe...memang dah sayang sangtlah tu.....

MaryaYusof said...

Salam Hanis Azla,

Seronok je baca cerita ni... macam boleh membayangkan apa yg terjadi depan mata...hehehe... Budak lelaki memang cengitukan...Samalah dgn bujang dua org kat rumah ni :)

h A n Y S said...

mende yg kita suka kak, mesti jaga lebih elok, macam sy jugak..ihihi.. ;D

Papa Mifz said...

Baju sekolah tak setailo kak,hehe

ckLah @xiiinam said...

Hehehe...mesti rasa smart bila pakai jeket tu..

~SaL IjOu~ said...

mende yg sgt kita suka, mesti elok terjaga~ ;)

♥MAMASYAZA♥ said...

org tgh keciwi camtu la. sama gak cam ami, baju skolah tu, makin sepok aje kat mana yg sempat, gerammm

h4ni3 said...

lenkali kena cari baju sekolah brand yg dia suka.. hehe

Kamalia said...

hehe..dah suka sangat, tu yang memang jaga baik-baik..

kueh bakar said...

tanda-tanda pemuda telah tumbuh hormon bulu ketiak..

ahaks

Dinas Aldi said...

Bila hati dah suka, pandai sungguh dia menjaga :)

:: Mrs.Eady :: said...

gaya & ketrampilan itu penting..hikhikhikkk..

Izan Ishak said...

kak fea... kisah az ke ni? sayangnya dia pada jaket barunya ye.

teringat pada naufal, semalam dia minta ummi belikan jaket sbb skrg ni kan musim hujan. ramai kawan pegi skolah yg pakai...