Beberapa bulan lepas kami sekeluarga ke majlis kenduri di rumah kawan en.asben. Ketika makan aku duduk semeja dengan seorang kakak dan anak-anaknya. Kakak itu sangat peramah. Seronok berborak dengannya walaupun baru pertama kali bersua. Setelah seketika berbual dia bertanyakan namaku. Bila aku beritahu namaku responnya ialah, eh, nama muzium tu he..he.. Tergelak aku dan anak-anak mendengarnya. Sebelum ini memang biasa kalau orang cakap namaku nama klasik, nama orang dulu-dulu atau nama kampung. Tapi nama muzium tu, itulah pertama kali aku mendengarnya. Lawak betullah akak tu. Sampai sekarang, setiap kali aku teringat memang aku tersenyum sendiri.
Tak kisahlah nama muzium ke, nama klasik ke, nama orang dulu-dulu atau nama kampung pun. Aku sangat berbangga dengan namaku. Ini kerana nama itu, arwah ayah yang letak. Namaku sama dengan nama arwah ibunya (nenekku). Jadinya tentulah aku berbangga kerana arwah ayah letakkan namaku sempena nama insan kesayangannya. Yang best tu, nama panggilanku di rumah juga menggunakan nama arwah ibunya juga. Tapi dalam pada aku tak kisah, ada juga sebenarnya orang yang kisah. Ada seorang dua juga yang tak jadi berkawan kerana namaku. Takpelah, bak kata orang, pinggan tak retak, nasi tak dingin... Macam tak percaya kan. Tapi itulah hakikatnya. Aku pun terasa semacam juga. Tapi tak kisahlah, setiap orang punya pandangan dan kriteria masing-masing dalam memilih kawan.
Yang penting, kawan-kawanku semua okey. Mereka boleh terima. Yang lebih penting en.asben pun tak kisah. Ingat lagi selepas bersalinkan Han. Nama Han pun klasik juga. Adalah kawan-kawan yang menegur. Nama maknya dahlah klasik. Nama anak pun nak letak yang klasik juga. Aku tak kisah pun dengan komen itu. Biarlah orang nak cakap apa kan. Nama Han tu en.asben yang letak sebab dia suka nama tu. Agaknya memang en.asben suka nama-nama klasik kot. Itu yang sangkut denganku tu he..he.. Tuah nama muzium kot ha..ha..
*Alhamdulillah, sakit tekak, sakit kepala dan sakit badan walaupun masih terasa tapi semakin berkurang. Terima kasih ya atas doa kawan-kawan.
29 comments:
mmg ade muzium kat turki yg namanya hagia sophia atau aya sophia..
kak,
nama saya pun kampung jugak. haha. ayah yg letak nama ni, nama cam kawan baik dia. kah3x.
haha tak kisah la klasik ke hape, yg penting nama tu istimewa kan? =)
hanis azla tu nama sebenar kak ke? tak klasik pun, ok je.. apa2 pun, sy suka klasik2 ni... seni gitu...;-)
kak fea... ada plak istilah nama muzium kan. ada2 ajelah akak tu...
tapi bila izan dah kenal akak wpun secara maya je, teringat nama penuh akak tu dah terbayang wajah akak yang ayu jelita tu... ngan anak2 akak sekali terbayang muka dorg yg sama cam mamanya...
nama klasik org taknak kwn..?? kelakar lak.. apa la org tuh.. hahaha..
mase mula mula tgk kat fb name akak izwa terus tersenyum sb tak sangka zaman ni ade jugak jumpe name mcm tu lagi..heeheh..jujur ni kak...
lepas tu tumpang bangga sebab tak ramai berani pakai name klasik ni kat zaman ni..kalau ade pun diaorg kat guna nick lain... :)
eh eh terpanjang pulak dah nie..
mase mula mula tgk kat fb name akak izwa terus tersenyum sb tak sangka zaman ni ade jugak jumpe name mcm tu lagi..heeheh..jujur ni kak...
lepas tu tumpang bangga sebab tak ramai berani pakai name klasik ni kat zaman ni..kalau ade pun diaorg kat guna nick lain... :)
eh eh terpanjang pulak dah nie..
macam nm sebenar alin kak..Marlini..cam nama hindustan pun ada..nama indon pun ada..hehehehe..tp sekarang rs seronok sb ada kelab nama unik kami..hehehe
nama muzium tapi unik apa..ngam dengan wjah yg ayu tu hehe
haha.. komen saya masa first time dengar nama hanis.. "eee sweetnya nama dia".. masa first time nampak kat umah kakcik, orang secantik namanya...
ehh..pelik pulak ada yg x nak b'kawan krn nama...pada lia semua nama unik jer :)
masa skolah saya tak suka nama saya.
smpaikan bila cikgu nak pulangkan buku cikgu panggil nama sorang2..bila nampak cikgu angkat buku saya,terus saya gi depan sbb tak bagi peluang cikgu sebut nama saya :(
bila dah dewasa..saya tahu nama saya unik..dan saya bangga dgn nama itu
tq ma dan ayah
manusia ni ragam mcm2 kan sbb nama pun boleh jdkan alasan tak mahu berkwn..
takpelah sorg yg tak mahu kwn ramai lg yg sudi nak berkwn :)
sy suka nama2 klasik ni lagi2 yg permulaan cth : kasih ~indah je rasa
Kalau dlm keluarga kakak memang nama kami banyak yg aneh tapi ada bagusnya Hanis. Sebut nama tu tahu itu keluarga kami. Bapak - Purvit. Arwah emak - Neema.
Hanis Azla bukan nama sebenar ke? Pada kakak nama ini ok. Anak saudara kakak ada nama Hanis dan Anis Alia...
"Aku Berkawan bukan kerna Nama, kerna kasih sayang.." hihi teringat pulak kat Ramli Shariff.
Peliknya ada orang tak nak berkawan kerana nama kan Hanis.
Nama tu so sweet pada ummi. Minat dengan arwah penyanyi dengan nama yang sama, sangat lemah lembut tutur katanya, cantik pulak orangnya. Ummi rasa Hanis pun begitu..walau tak pernah jumpa.
odaijini akak... ala kak yg ptg maksud nama tu, tak kisah la nama glam ke tak glam...
salam..
nama kita sama la..
nama muzium pun muzium lah
janji orangnya cantik manis n baik hati
hehe
Klasik tu kan sesuatu yg sgt indah sis...
saya tau nama sebenar akak!! cewah!!
saya suka je ngan nama akak, sumpah klasik...unik tau!!
apa ya nama betul akak ni... Haniz Azla dan kak fea ja yang saya tahu.. teringin juga nak tahu dari segi mana ke klasiknya... ehehehe... Kongsi2 lah sini ya kak...
Sampai ada yg tak mau kawan hanya disebabkan nama? Memang konpem tak berbaloi kalau nak berkawan dengan mereka pun. Merepek sungguh!
Bagi akak, jika insan itu seorang yg baik hati & mulia jiwanya, namanya akan berbunyi indah di telinga akak ni :)
akak aritu yana mula pun ingat nama Az tu nama restoran atau nama tempat tkpun nama novel terbaru akak..dh baca baru tahu...
terfikir mesti nama akak sekeluarga ni unik2..hehe
tk tahu pulak ada juga org tk nk kwn sebab nama...
alhamdulillah kak fea dah sihat.. apalah kan tak mahu kawan org kerana nama..
asalam hanis.berbangga dengan nama kan..alhamdulilah klasik ke muzium ke..itulah nama yang diberikan pada kita.
nama sebenar acik pun selalu jadi bahan gurauan dan gelak ketawa orang.
Nama akak pun org kata nama lama..saniah..ahh akak tak kisah..arwah ayah yg bg nama tu erti kedua iaitu ank perempuan dia yg ke2...ms letak nana tu dia happy so akak mmg bangga sgt :)
Sabar je dgn org yg brfikiran -ve tu ye
Suka saya baca entry ni, sb nama saya pun ala-ala classic gitu... Setiap nama ade sejarahnye... pernah juga org ckp nama saya seperti org Indo (Indonesia) Macam nama india la... Tp sbnrnye sy sgt bersyukur nama yg parents sy beri sebab org senang & mudah nak ingat :)
Apa nama Hanis Azla sbnrnye? Nak tahu bole?? :)
hanya kerana nama..mcm2 boleh jadi,kan..~
tp part yg x jadi berkwn sbb nama tu bg sy sgt x munasabah..huhu~
Post a Comment