Jika marah pada orang lain, tak perlulah dilepaskan pada orang lain sama. Apa hal pulak orang yang tak terlibat perlu dibabitkan sama.
Jika minta tolong dari orang, manis-maniskanlah mulut tu untuk mengucapkan terima kasih. Bukan minta bayaran sekadar minta berbahasa.
Jika mahu pertolongan, baru teringat mahu bertegus sapa. Jika tidak lalu depan mata buat pandang tak pandang saja. Selama ni ingat halimunan ke??
Jika jenis bercakap kasar, berkomunikasi dengan orang tak perlulah nak terus tunjukkan yang kasar juga. Sesekali sorokkan yang kasar apa salahnya.
Jika terasa nak ikut mood sendiri, fikirkanlah juga mood orang lain. Bukan awak sorang ada mood ting tung ting tung tu.
Jika kita pun pernah berkecil hati, tak perlulah nak kecilkan orang lain sama. Buat orang rasa besar hati tentunya lebih baik.
Berhadapan dengan ramai orang selalu buat aku rasa macam-macam. Dalam ramai-ramai yang beradab, ramai juga yang biadap. Bukan marah. Cuma nak tegur. Boleh ikut, ikutlah. Taknak ikut, terpulang. Aiman tak kisah... eh..eh.. he..he..
21 comments:
berbudi bahasa itu penting dlm kehidupan kiter..
budi bahasa mencerminkan keperibadian seseorang kan kak.. :)
Tempat paling banyak orang Malaysia tak beradab ialah bila di atas jalanraya
Manusia ingin dihormati tapi mereka sendiri enggan menghormati.
Sedihkan? Semoga kita tidak begitu.
Betul tu kak, kalau boleh biarlah beradab kan..biarlah orang nak buat kita, jangan kita buat orang..
Menarik2x, setuju seratus peratus dgn Hanis, hidup biar beradab.Hehe..lucu pulak dengan tagline aiman tak kesah tuu...
org berbudi kita berbahasa.... budi bahasa mencerminkan keperibadian diri kita... tp jgn lah budi bahasa yg 'plastik' plak...biarlah dtg dr hati yg tulus ikhlas..x rugi pun klu b'budi bahsa... :)
peace NO war!! ^____^
yer la kan..kita hidup kt dunia ni bkn sorang2..so mmg kena beradap...sombong tak btempat tp bila susah tau plak nk minta tolong org kn..
nak komen pasal bab mood ni...
Tersgt lah akk benci kalau berhadapan dgn insan2 yg moody2 ni...bangga tunjukkan kekurangan diri..bagaikan kita sahaja yg harus memahami...bila mood kembali ok..terhegeh2 dtg kembali dgn muka yg tiada perasaan bersalah sedangkan sebentar td bila kita tegur pun buat tak peduli...
setuju sgt dengan beradab dan jgn biadap
budi bahasa mgambarkan peribadi kita kan
bersama-samalah kita bermanis muka :-)
tak suka la kak orang biadap mcmtu..takmo jumpa dia dh kalau dh sekali dia buat biadap
betul la hanis..kadang kadang geram jugak kita di jadikan punch bag oleh org2 mcm ni kan...ntah apa lah salah nya maniskan muka ni...:)
budi bahasa budaya kita... sama2 bertimbangrasa ...pasti aman dan selesa
budi bahasa melambangkan keperibadian kita sendiri..
setuju sangat ngan hanis....biarlah beradab dan jngn biadap....tak rugi dan tak jatuh maruah diri sekiranya kita berbudi bahasa.....
hehe,,,a good philosophy la kak :)
Setuju! tapi kdg2 sy pun terlupa jugak...Ikut mood sendri je... ngeh ngeh ngeh... ;)
Jika mahu pertolongan, baru teringat mahu bertegus sapa. Jika tidak lalu depan mata buat pandang tak pandang saja. Selama ni ingat halimunan ke??
kalau yg mcm ni rasa geram je... faham tugas fea di meja depan, mcm2 kerenah dan laku. sabar je yang! walau pun kalau kak liza mmg sah tak sabar.
sy pun selalu moody.. entry sy berlambak mandung.. adakah ayat2 sy kureng beradap.. hehehe.. terfikir seketika..
Post a Comment