Nuffnang

Sunday, March 11, 2012

Steamboat Antarabangsa...

Malam tadi dinner bersama keluarga di Steamboat Antarabangsa Bangi. Mula-mula plan nak ke Red Wok. Tapi bila call untuk reservation dah penuh pula. Jadinya kami ke Steamboat Antarabangsa saja. Boleh tahan juga makan di situ. Cuma kedainya agak sempit. Satu lot kedai, jadinya nak bergerak terasa kurang selesa. Pengunjung memang ramai. Nak banyak kali bangun pun rasa tak sedap sebab ruang laluan sempit. Sosnya kurang kick. Kalau kick sikit memang best.  Disediakan juga nasi goreng dan mee goreng. Ada jeruk, marshmallow celup coklat dan aiskrim dengan berbagai topping. Air pun ada 2 pilihan. Tapi air kosong lebih  menjadi pilihan kami.

Alhamdulillah. Yang penting semua orang kenyang. Harga buffetnya, dewasa RM 25. Kanak-kanak RM 12. Pada aku sangat berpatutan. Tapi kami tak berapa pandai makan. Az pula cuma makan 3-4 ekor udang, 5-6 biji telur puyuh dan semangkuk aiskrim. Orang lain buat grill berlambak. Tapi grill kami seciput. Yang steamboat pun ala kadar saja kami ambil. He..he.. kes malas nak bangun banyak kali. Suruh anak-anak yang tolong ambilkan atas alasan ruang laluan yang kurang selesa tulah.

Walaupun makan makanan grill dan steamboat, tapi rasanya ais krim yang paling sedap. He..he.. sampai sekarang aku dok ingat.

16 comments:

kakcik said...

Lepas makan tu, teringat-ingat tak lebih sedap makan nasi dengan ulam dan sambal belacan? Hehehe...

ckLah @xiiinam said...

Sedapnya....

ummiross said...

Ummi suka steamboat, tapi tak boleh selalu, ongkosnya boleh tahan untuk 4 orang dewasa..

whitecappuccino said...

len kali cari tempat yg selesa skit baru bleh enjoy makan2 kan?berbaloi dgn yg dilabur.

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

kalau saya boleh habis aiskrim tu saya kerjakan....he he

MulutPayau said...

boleh tahan jugak harganya ya...kalau bawak orng yg kaki makan, mmng berbaloi....

Aida said...

Aida suka makan kat tupai-tupai.. Sbb variety steamboat dia.. Tp x delah grill bagai.. ;)
Ice vanilla campur coklat pls!

♥MAMASYAZA♥ said...

dah lama tak mkn steamboat

Alin Marlini said...

kat area umah Alin pun ada steamboat best kak (kt orglah). Alin belum cuba lagi..kat Kuang

Kakzakie said...

Sayanglah Hanis sebab mesti banyak yg boleh dibuat steamboat/grill.... tapi puas makan aiskrim oklah juga...

Eye_nee said...

kalau terlalu ramai sgt org.. nak makan pun tak selesa yer sis...

Gen2Merah said...

waduhhhh, sesedap macam mana pun masakan sesebuah restoran tu, tapi jika suasananya kurang selesa pastiu pelanggan pun akan rasa takda mood kan... alahaiiii.... dah tahu ramai customer, besarkan lah sikit premis tu..

selamat petang kak Fea sekeluarga... (",)

Dinas Aldi said...

Akak kalau makan stimbot, memang kenyang tak bleh bangun, hehe

MaryaYusof said...

As salam Ms Writer,

Rugi klau pegi makan buffet tp mkn sikit2... kena pergi time lapar & kurang org... baru 'feeling' mkn...hehehe...

noor said...

steamboat..i like it heheheh

~SaL IjOu~ said...

bestnya kalo dpt pekena steamboat jugak..da lama betul x mkn~ ^^