Friday, December 31, 2010

Doa dan harapan...

Salam semua. Tahun baru 2011 menjelang tiba. Pastinya umur akan meningkat lagi ke satu angka baru. Angka baru yang pastinya akan meningkatkan kematangan diri dan fikiran. Seterusnya membawa kepada perubahan sikap dan tingkah laku yang lebih baik, InsyaAllah.

Usia perkahwinan juga akan bertambah. Pertalianku dengan en.asben akan menjadi semakin erat. Hubungan dan kasih sayang menjadi semakin lama. Harap-harapnya akan menjadi semakin teguh dan terus kukuh. Semoga ianya terus berkekalan hingga ke hujung nyawa kami.

Anak-anak semakin membesar. Alhamdulillah, tahun baru ini semua anak-anakku sudah menjejaki ke sekolah rendah. Tanggungjawabku sebagai ibu dan isteri akan menjadi lebih besar. Tugas mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berjaya dan berguna dalam pelajaran dan sahsiah diri akan menjadi lebih mencabar. Semoga anak-anakku menjadi anak yang soleh dan beriman. Semoga segala ilmu yang mereka dapat dan pelajari mendapat berkat.

Emak dan kedua mertuaku akan lebih berusia. Seharusnya perhatian kami sebagai anak untuk mereka perlu ditingkatkan. Semoga kami dapat menjaga fizikal dan hati orang tua kami yang terlalu banyak jasanya itu sehabis baik. Semoga kami terus menjadi anak-anak yang mampu memberi kegembiraan dan kebahagian buat mereka.

Azam baru pastinya ada. Yang lama juga masih banyak yang perlu diteruskan. Harapanku semoga 2011 menjadi tahun yang lebih baik untuk kehidupan kami sekeluarga. Mohon dikurniakan keberkatan umur dan rezeki buat kami sekeluarga. Minta dijauhkan dari sebarang penyakit dan wabak. Semoga kami menjadi insan yang lebih beriman dan bertakwa.

Untuk teman-teman blogger, semoga persahabatan kita akan terus berkekalan. Terima kasih kerana sudi menjadi teman baru yang sangat baik untukku. Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua. Aku doakan semua yang terbaik untuk kalian dan keluarga. Take care & happy always...

Thursday, December 30, 2010

Baby..baby.. baby.. oooo

Semua orang ada nama panggilan kan. Kadang-kadang tu kita hanya mengenali seseorang dengan nama panggilan. Nama sebenarnya kita langsung tak tahu. Macam aku, sepupu sendiri pun ada juga yang aku tak tahu nama sebenar. Sebabnya sudah terbiasa dengan panggilan yang digunakan sejak mereka kecil. Sudahnya hanya tahu nama sebenar bila dapat kad kahwin. Kalau tidak pun masa nak add friends dalam facebook.. he..he.. Itu pun cuma baru-baru ini. Itu yang kalau tengok nama kita confuse nak add, tapi bila tengok gambar baru kenal siapa orangnya.

En.asben aku sendiri sudah melekat nama panggilannya boy. Sehinggakan bila dah dapat anak buah pun dah tak boleh tukar nama panggilan itu. Sudahnya terus jadi uncle boy. Anak aku yang bongsu pun dah melekat dengan nama panggilannya. Semua orang dok panggil dia baby. Even dia sendiri pun membahasakan dirinya baby. Masa kecil dulu kira okeylah. Tapi bila dah besar-besar ni rasa macam pelik pulak. Nak masuk darjah 1 tapi panggil baby juga. Kalau perempuan tu tentulah bunyi macam cute. Tapi bila anak lelaki yang dah besar-besar pun panggil baby rasa macam tak kena pulak.

Aduhai, susah betul rasanya nak tukar. Tapi kalau tak tukar, nanti melekat pula sampai ke tua. Jadinya sempena nak masuk tahun baru ni aku berazam nak panggil namanya dengan menggunakan nama sebenar. No baby, baby lagi. He..he.. tapi baby juga yang sedap di mulut ni.

Tadi masa sms, en. asben dah start guna nama baby sebenar. Bunyi macam best pulak. So aku pun kena start ubah jugalah nampaknya. Harap-harap lembutlah lidah ni yer.

Wednesday, December 29, 2010

Buat muka 14 pulak dia..

Sebelum aku buka cerita ni, aku nak buat kenyataan awal-awal yer. Aku antara orang yang masih membayar bil di kaunter. So kalau nak gelakkan aku pun tolong cover-cover sikit sebab takut nanti aku terkecil hati.. ha..ha.. dahlah aku baru sakit hati. Geramnya masih terasa lagi.

Ya, aku masih alah teknologi dalam pembayaran bill on-line ni. Walaupun aku duduk depan komputer lebih dari 10 jam sehari, tapi bab-bab bayar bil on-line ni memang aku mengaku aku fail. Password Maybank.2.u yang adik aku registerkan untuk aku tu pun aku dah lupa. Even kalau shopping on-line pun aku sanggup beratur kat mesin ATM untuk transfer duit. Takde hal.

So hari ni seperti biasa di hujung bulan, aku pergi beratur lagi di kaunter untuk bayar bil. Bil-bil utiliti lain semuanya sudah setel so tadi aku cuma nak bayar bil maxis. Lunch tadi aku ke kaunter maxis untuk buat bayaran. Ramai juga orang yang beratur hari ni, tapi itu semua bukan masalahnya. Aku tak kisah kerana sudah biasa dengan situasi itu. Lagipun aku memang pembayar bil tegar di kaunter, so apa ada hal kan setakat beratur 10, 15 minit... he..he..

Yang aku nak cerita ni ialah sikap pekerja di kaunter tu. Ada 2 kaunter di situ. Yang satu tu OK. punyalah ramah dan dengan penuh senyuman melayan pelangan. Tapi yang sorang ni mukanya punyalah masam. Bila kita tanya macam nak taknak saja dia layan. Kalau perempuan tu aku fahamlah. Mungkin tengah bad mood sebab datang bulan. Ini lelaki. Kalau tak senyum pun aku tak kisah sangat tapi tak payahlah nak muncung tak tentu arah. Lepas tu boleh pulak dia buat muka bosan. Dengan semua orang pulak tu.

Aduh sakit hati betul. Kita nak bayar bil dia buat macam kita nak bayar hutang kat dia. Bila nak buat bayaran, tentulah kita nak tanya jumlah bil dan jumlah semasa. Dahlah belum dapat bill pun aku dah buat payment aku. Dengan muka tak puas hati pulak dia nak jawab soalan aku yang memang kerja dia kena maklumkan kat pelanggan. Bukan hak aku ke sebagai pelanggan nak tahu semua tu??? Bukan ke???

Eeei.. kalau nak kerja, kerjalah betul-betul. Kalau taknak, ramai lagi orang lain nak kerja. Tak payah nak buat muka 14 kat kaunter tu. Tak guna ada rupa kalau attitude takde. Tapi dalam kes ni rupa pun takde. Peragai pulak hodoh, jadi apa agaknya yang dia ada.

Tuesday, December 28, 2010

Sudah itu janjinya...

Malam minggu lepas semasa meyaksikan perlawanan bola di TV, en.asben mendapat satu sms dari teman sekerja lama kami. Dia menyampaikan berita yang seorang teman lama kami telah meninggal dunia akibat demam denggi di Hospital Sg. Buluh. Al-Fatihah untuk sahabatku. Semoga Rohnya di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Takziah buat suami dan anak-anaknya. Semoga mereka tabah menerima dugaan dan kehilangan ini.

Sedihnya bila mendapat berita sebegitu. Rasanya umur arwah sebaya atau mungkin muda sedikit daripada aku. Aku pun tak pasti sebab dulunya kami satu tempat kerja tapi tidaklah serapat mana. Walaupun aku tahu mati itu sesuatu yang pasti, tapi sebagai manusia, rasa sedih dan kehilangan itu tetap juga bertandang. Lebih sedih bila mengenangkan anak-anak arwah yang di tinggalkan mungkin sebaya dengan anak-anakku.

Tujuh tahun lepas, keluarga kami juga kehilangan adik ipar (suami adik aku) akibat demam denggi. Waktu itu anak arwah baru berusia setahun. Masih terdengar-dengar lagi bila nurse di wad ICU Hospital Tung Shin tu kata yang keadaan arwah sudah kritikal. Hati dan buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Ini membuatkan aku dan keluarga sangat fobia dengan demam denggi ini. Kalau demam lebih dari 3 hari tu memang kami akan risau sangat dan akan pastikan untuk mendapatkan pemeriksaan darah.

Dua tahun lepas aku sendiri pernah terkena demam denggi ni. Empat hari aku duduk di hospital. Berbelas beg air di masukkan ke dalam badan. Dengan pengalaman yang menimpa adik ipar aku membuatkan aku jadi takut sangat waktu itu. Bagi kami demam denggi bukan demam biasa yang senang-senang untuk sembuh.

Selera makan memang takde. Sendi-sendi semua sakit. Tapak kaki pun terasa sakit untuk memijak. Dalam perut memang rasa macam nak pecah. Kepala terasa sakit sangat dan selalu rasa loya. Aku muntah-muntah sampai bercampur dengan darah. Lebih teruk lagi bila waktu itu aku period. Bila platlet rendah, darah menjadi semakin cair. Jadinya darah keluar bagaikan air. Banyaknya darah period yang keluar sampai habis basah semua kain dan alas cadar. Memang pengalaman itu aku takkan lupa sampai bila-bila. Mata aku memang bengkak sebab aku asyik menangis sebab sakit dan takut yang amat. Waktu itu aku memang mahu sihat.

Aku paksa diri untuk minum banyak air kosong. Begitu juga dengan air 100 plus. Tapi aku pastikan gasnya hilang terlebih dahulu untuk elakkan sakit perut. Sup ketam pun aku paksa untuk minum. Meleleh-leleh air mata ni nak telan sup yang waktu itu terasa hanyir dek tekak yang meloya. Guava jus pun aku cuba minum. Pendek kata apa saja yang orang kata boleh membantu menaikkan platlet aku cuba dalam keadaan termuntah-muntah dan tekak yang meloya. (Orang kata daun betik juga boleh ubati demam denggi. Tapi aku hanya tahu mengenainya selepas sembuh dari demam denggi itu. Jadi aku tidak mencubanya)

Semuanya memang kena paksa dari diri sendiri dan keluarga. Rakan-rakan yang pernah kena demam denggi juga ramai yang datang untuk beri semangat juga berkongsi petua untuk aku terus sembuh. Alhamdulillah, aku sembuh juga akhirnya. Tapi selepas itu 2 minggu juga untuk badan ini pulih seperti biasa. Bagi aku demam denggi memang menakutkan. Ajal maut itu di tangan Allah. Tapi sebelum itu kita boleh usaha dengan pelbagai cara. Dan bila sudah sampai masanya, pastinya kepada DIA juga kita akan kembali. Kerana sudah itu janjinya.

Monday, December 27, 2010

Sokong yang mana ye???

Alhamdulillah.. Yes Malaysia menang. Tahniah untuk pasukan Malaysia untuk kemenangan 3 - 0 semalam. Harap-harap untuk perlawanan selepas ini di Indonesia pun pasukan Malaysia menang lagi. All the best untuk semua pemain dan jurulatihnya.

Itu sajalah yang aku boleh komen tentang perlawanan yang membawa kemenangan kepada Malaysia malam tadi. Pasal skill atau pasal corak permainan semua memang aku tak tahu nak komen. Nak puji dan nak kondem pun aku tak tahu. Yang aku tahu ialah sama-sama ikut bersorak setiap kali Team Malaysia menjaringkan gol. Pada aku kalau dah menang tu, kiranya baguslah permainan yang ditunjukkan oleh semua pemain.. he..he...

Semalam kami menyaksikan perlawanan itu di depan TV rumah saja. Tak pergi pun ke stadium. Rasanya last aku tengok bola kat stadium pun masa bertunang dulu which is lebih kurang 13 tahun lepas. Punyalah lama.

Anak-anak aku kata mesti best kalau pergi menyaksikan perlawanan itu di Stadium. Aku cakap mestilah lagi best. Dah cerita pasal stadium tu, aku pun inform sekali yang adik aku iaitu Mak Su mereka pun pergi ke Stadium malam tadi bersama suaminya. Maka timbullah soalan cepu emas ini dari salah seorang anak aku.

Ma, Mak Su pergi stadium tu nak sokong pasukan mana? Malaysia ke Indonesia?

Alahai anak. Takde soalah yang lebih releven ke untuk mama perah otak untuk menjawabnya... Eeeeiiiii.... Grrrrrr.... ha..ha....

Saturday, December 25, 2010

Peraduan Menulis Idolaku, Inspirasiku..

Kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Waktu itu saya dan keluarga baru keluar dari Pasaraya Carrefour di Alamanda. Dari jauh saya nampak kelibat seseorang yang begitu saya kenali. Rasanya bukan saja saya, malah satu Malaysia juga pasti mengenalinya. Bagaikan bermimpi saya dapat berjumpa dengannya di tempat yang sebegini. Saya menoleh sekeliling. Tiada orang yang menghampirinya. Tiada juga orang yang berkawal disekitarnya. Adakah saya tersalah orang pada waktu itu?

Saya dan keluarga terus berjalan sehinggalah jarak kami saling berhadapan. Ya, saya tidak silap orang. Memang beliaulah orangnya. Wajahnya nampak begitu bersih. Beliau nampak muda walaupun kelihatan sedikit kurus dari yang selalu kelihatan di kaca TV. Saya tersenyum. Beliau membalas senyuman saya itu. Sungguh saya jadi tergamam. Dato' Sri Tegur saya perlahan dengan nada penuh hormat dan mesra. Beliau mengangguk sambil tersenyum lagi. Sedangkan pada waktu itu gelaran Dato' Sri yang dimiliki beliau sudah bertukar kepada gelaran Tun. Entah mengapa gelaran Dato' Sri yang sudah sekian lama meniti dibibir ini membuatkan mulut saya ringan benar menegur beliau begitu. Alangkah malunya saya. Tapi rasa gembira mengatasi segalanya saat itu.

Saya begitu ingin bersalaman dengan beliau. Tetapi saya sedar beliau bukan muhrim saya. Jadinya saya perlu mendapatkan keizinan daripada suami saya terlebih dahulu. Bila sudah beberapa langkah meninggalkan beliau, cepat-cepat saya menoleh kembali untuk memastikan yang saya tidak bermimpi. Dan secepat itu juga saya memohon keizinan dari suami untuk bersalaman dengan beliau. Tetapi dalam waktu yang singkat itu, sudah ramai pula yang mengerumuninya. Ramai juga yang sedang bersalaman dan bergambar denganya. Waktu itu saya tahu, peluang saya untuk berhadapan dengannya sekali lagi takkan berulang semula seperti sebelumnya tadi. Walaupun begitu, dapat bertegur sapa dengannya pun sudah membuatkan saya berasa cukup gembira untuk hari itu. Jadilah, setidak-tidaknya saya pernah menyapanya. Menyapa insan yang menjadi idola saya selama ini. Beliau ialah Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Saya memilih Mantan Perdana Menteri kita yang keempat sabagai idola saya adalah kerana saya begitu berbangga kerana Malaysia mempunyai pemimpin yang berpandangan jauh sepertinya. Begitu banyak pembangunan yang dapat kita lihat di waktu beliau mentadbir negara. Walaupun ramai yang mencemuh namun setiap pembangunan yang diilhamkan olehnya menjadi mercu yang membuatkan Malaysia lebih dikenali di mata dunia. Dan pembangunan-pembangunan itu sekarang sudah menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Pada saya, beliau ialah seorang pemimpin negara yang sangat bijak. Biarlah apa yang orang lain kata tentang beliau, namun saya tetap menganggapnya sebagai idola saya.

Seperti orang lain, saya juga mempunyai Idola sendiri. Idola pertama saya semestinya tidak lain dan tidak bukan Rasullullah SAW. Emak, ayah dan suami juga merupakan idola dan inspirasi saya. Pada saya idola dan inspirasi bukanlah hanya kepada kejayaan yang di miliki oleh seseorang itu. Tapi sifat baik yang ditunjukkan juga sikap dan perhubungan mereka dengan orang lain juga boleh menjadi ikutan kita.

** Entry ini adalah untuk peraduan sempena 1 tahun blog Mencari Erti Hidup milik Cik Latifah. Sebenarnya dah lama dah peraduan ini berlangsung. Tapi saya tidak punya cukup masa untuk mengarang entry untuk peraduan ini. Mujur saya dapat menyiapkannya juga sebelum tarikh tutupnya 31 Disember ini. Tapi sebelum itu saya perlu tag 3 orang lain untuk menyertai peraduan ini.
Minta maaflah yer, akak tak beri cukup masa untuk kalian semua. Jadi kalau berminat dan berkesempatan bolehlah menyertai peraduan ini. Syarat-syarat penyertaan bolehlah di lihat di sini. Peraduan Menulis Idolaku, Inspirasiku.

Pagi yang menakutkan aku...

Aduh.. kecut perut aku pagi tadi. Mana taknya. Masa aku nak sidai kain baru terperasan ada satu t-shirt en.asben yg telah bercapok kerana ada pakaian lain yan turun warnanya ke t-shirt en.asben itu. Punyalah aku gabra. Waktu tu pula en.asben takde kat rumah. Pagi-pagi dah keluar pergi seminar aikido. Kalau dia ada bolehlah aku terus minta maaf. Walaupun bukan aku yang kotorkan baju tu tapi sebab tugas mencuci tu kerja aku, jadinya bila ada benda yang tak kena mestilah aku yang dipertanggungjawabkan.

Puas aku sental dengan sabun tapi warna yang turun di t-shirtnya tetap juga tak mahu tanggal. Rasanya macam nak rendam dengan clorox saja. Tapi takut pula sebab t-shirt tu warna merah. Kalau turun warna lagilah aku tak tahu nak jawab apa.

Punyalah suspen sementara nak tunggu en.asben balik. Bukanlah en.asben aku tu garang sangat sampai aku ketakutkan. Tapi aku risau sangat sebab t-shirt yang kena tu t-shirt kerja dia. Ada satu pulak tu yang warna itu. Buatnya ada function ofis nak kena pakai t-shirt tu, mana pulaklah aku nak cari t-shirt merah lain yang ada company logo dan nama department kat supermarket.
Itu yang buat aku kecut perut.

Bunyi kereta en.asben stop depan rumah dah buatkan aku berdebar-debar. Bunyi en.asben pijak anak tangga lagi buat darah aku jadi gemuruh. Nampak aje muka en.asben aku terus rasa nak nangis. Tak bertangguh aku terus bukak cerita sebenar. Takde tunggu-tunggu lagi. Goda mengoda dulu untuk ambil mood dia pun aku dah tak ingat dah. Mujur en.asben rileks saja walaupun adalah juga dia perli-perli manja kat aku. Fuh lega.

Takpelah cuma kena perli saja. Tahan sajalah telinga ni untuk dua tiga hari ni. Nak buat macam mana. Dah nak terkena. Selalunya t-shirt dan baju en.asben memang aku cuci tangan. Tapi yang satu ni boleh terlepas pula. Baju en.asben sorang pulak tu yang kena. Baju aku dan anak-anak kat dalam cucian yang sama takde pulak yang kena. Ish.. macam kena sumpahan pulak... he..he.. masuk mesin lagi baju suami kan dah kena macam tu.. (itu lawak aku pada en.asben)

Ada tak yang tahu petua nak hilangkan baju yang terkena capok warna lain dari pakaian lain yang turun warnanya. Boleh juga untuk aku cuba untuk bersihkan balik baju en.asben tu sebelum ianya bertukar status menjadi kain buruk di dapur.

Friday, December 24, 2010

Alasan.. beralasan..

Alasan... Siapa yang tidak pernah memberi alasan. Anak-anak yang baru pandai bercakap pun ramai yang sudah pandai memberikan alasan. Inikan pula kita yang sudah lancar berkata-kata. Alasan memang sentiasa ada dan selalunya sudah tersedia di kepala. Tak kiralah alasan itu adalah alasan yang bernas, alasan yang betul dan tak kurang juga alasan palsu yang direka untuk menyelamatkan keadaan.

Setiap kali kita memberi alasan, pastinya kita berharap agar alasan kita itu diterima. Tak kiralah alasan yang diberikan itu alasan yang betul mahupun alasan palsu. Sebolehnya kita mahu orang lain mempercayai alasan kita. Tak cukup dengan itu, ditambah pula lagi dengan cerita-cerita sokongan dan watak-watak tambahan untuk mengukuhkan cerita bagi menguatkan alasan.

Kalau alasan itu alasan yang betul, walaupun logiknya ada sedikit kurang tapi memang itu kenyataannya, lagilah kita mahu orang lain percaya. Dan kalau alasan yang kita berikan itu alasan palsu atau dengan kata lain alasan untuk menyelamatkan keadaan, semahunya pula kita mahu orang lain untuk menerima dan mempercayainya.

Tetapi bagaimana pula kalau alasan itu untuk kita terima??? Walaupun alasan itu betul dan jujur tetapi logiknya tiada, dah tentu-tentu kita akan teragak-agak untuk menerimanya. Kadang tu teranguk-angguk juga kepala ni tanda percaya. Tapi ekspresi di muka berubah juga. Dan hati pun mula berkata-kata. Hmmm.. alasanlah tu.

Anda pula bagaimana? Pandai tak beralasan. Dan selalu ke dapat menerima alasan orang lain yang kedengarannya tidak logik dengan seadanya tanpa perubahan wajah dan detikan tidak percaya di hati? Meh kongsi meh...

Wednesday, December 22, 2010

Bilik mak ayah memang yang paling best...

Bila aku atau en.asben ada kursus atau outstation, anak-anak adalah orang yang paling suka. Bukanlah dalam erti kata suka kami tiada di rumah. Tapi suka kerana dapat tidur di bilik kami untuk beberapa malam itu. Macam sekarang ni bila en. asben tiada, penuh bilik aku bila anak-anak menumpang tidur. Sanggup tu angkut bantal, selimut, anak patung bagai ke bilik aku. Sanggup juga nak kemas balik semuanya pagi-pagi esok. Langsung takde masalah sedangkan selalunya nak suruh kemas bilik sendiri pun jenuh masing-masing nak buat.

Itu kalau salah seorang dari kami tiada. Kalau dua-dua ada pun mesti kadang-kadang ada yang mengendeng nak tumpang tidur. Kadang tu ada yang saja-saja buat-buat tertidur di bilik kami. Buat-buat baring kat situ dengan harapan mendapat pelawaan dari mama dan ayahnya untuk di ajak tidur sekali. Alahai, punyalah nak sangat tidur kat situ. Kononnya lagi sejuk dan selesa bila tidur kat katil dan bilik tu. Sedangkan sama aje keadaannya kat bilik lain pun.

Bilik air pun sama. Pantang suruh mandi, mesti keluar soalan, mandi kat bilik mama boleh? Itu belum cerita bab nak bersikat, berbedak dan urusan yang lain lagi. Buat homework pun memang suka benar kat bilik kami. Kononnya senang kalau nak tanya bila ada soalan yang tak faham.

Itu kerenah anak-anakku. Dan sebenarnya kerenah aku dulu pun lebih kurang sama juga macam tu. Bilik mak ayah memang rasa tempat paling best. Suka sangat kalau dapat lepak kat katil emak yang selalu kemas tu. Suka sangat tumpang menyelit kat hujung-hujung katil mak dengan ayah untuk tidur.

Agaknya bilik mak dan ayah ni memang ada aura kasih sayang kot. Itu yang rasa macam bilik mak ayah ni best semacam. Err.. Anda yang lain pun rasa macam aku dan anak-anak aku rasa ke. Ke anda rasa bilik sendiri sebenarnya lagi best...

Tuesday, December 21, 2010

Dah bayar ke Zakat Pendapatan?

Assalamualaikum... Alhamdulillah, demam dah kebah. Demam rindu saja yang masih tak hilang lagi. InsyaAllah, tunggu hari khamis ni kot baru baik. En.asben balik nanti terus hilanglah demam tu. he..he..

Sebenarnya sebelum en.asben outstation aku ada ingatkan padanya yang kami masih belum buat bayaran zakat pendapatan untuk tahun ni. Pagi ni masa iron baju terdengar pula iklan di radio RTM tentang bayaran Zakat Pendapatan ni. Itu yang terfikir nak buat entry pasal ni. Saja nak ingatkan diri sendiri sambil-sambil tu nak ingatkan orang lain juga.

Korang dah bayar zakat pendapatan untuk tahun ni ke? Kalau dah bayar tu baguslah. Syukur Alhamdulillah. Kalau yang masih belajar lagi tu takpelah. Tapi bagi pelajar yang selalu dapat BE dari nuffnang tu tentu dah ada pendapatan kan. So bolehlah bayar juga zakat pendapatan tu. Bukannya banyak pun. Cuma 2.5% dari jumlah pendapatan tahunan kita. Kecil benar nilainya dari jumlah yang kita dapatkan. So janganlah berkira sangat. Berzakatlah, kerana dengan zakat, InsyaAllah, rezeki kita akan berkat.

Aku pun tak ingat berapa tahun dah kami bayar zakat pendapatan ni. Mungkin dah sepuluh tahun kot. Sebelum ni memang tak tahu pasal Zakat Pendapatan ni. Yang tahunya hanyalah zakat Fitrah. Mujur ada seorang sahabat baikku yang mengingatkan tentang pembayaran Zakat Pendapatan ni. Alhamdulillah, ada sahabat yang sama-sama sudi mengingatkan kami. Thanks Kak Shida. Memang terasa rezeki yang kami perolehi lebih berkat setelah membayar zakat ni. Kalau banyak, boleh menyimpan dan bersedekah. Kalau sikit, tak pernah pula tak cukup.

Dulu tu ingatkan gaji besar-besar saja yang kena bayar zakat. Yang kecil-kecil ni tak perlu. Rupanya, kecil ke besar ke perlu bayar juga. Cumanya kalau pendapatan tu besar maka besarlah jumlah yang perlu dikeluarkan untuk zakat tu. Tapi kalau gaji dah besar dah tentu-tentu nilai 2.5% tu terlalu kecil bagi mereka. Dan yang bergaji kecil pula nilai 2.5% setelah ditolak dengan jumlah tanggungan sebenar tentunya tidak langsung membebankan. InsyaAllah.

Pembayaran Zakat Pendapatan pula ada 3 garis panduan untuk pengiraannya. 1. 2.5 peratus atas pendapatan kasar setahun (Jika pendapatan itu melebihi nisab)

2. Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan. (Iaitu : Diri Sendiri 8K, Isteri 3K, Anak 1K setiap seorang, Pemberian kepada Ibu Bapa, Potongan KWSP 11%, Caruman Tabung Haji dan Institusi lain yang telah membayarkan zakat untuk ahli)

3. Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

Jangan lupa ye, setiap pembayaran zakat layak untuk mendapat rebet cukai pendapatan bila ianya dibayar sebelum 31 Disember. Jadinya untuk mendapatkan kelayakkan itu, buatlah pembayaran sebelum tarikh tersebut.

Untuk info bertulisan hijau tu aku dapat dari kalendar Zakat Selangor yang aku dapat setiap tahun. Mungkin ada yang tak jelas. Jadinya kalau tak faham bolehlah ke kaunter zakat di negeri masing-masing. Mereka akan membantu kita untuk menerangkan dengan lebih details dan membantu kita membuat pengiraan yang betul. So carilah masa untuk ke sana yer.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan meyucikan mereka (dari akhlak yang buruk)"
(Maksud sebahagian surah at-Taubah : ayat 103)

Monday, December 20, 2010

Itu aku.... Yang bertuah..

Masih tak sihat. Tapi nak juga nak post entry. Jadinya terpaksa muatkan 2 cerita dalam 1 entry.

ITU AKU

Dapat tag "Itu Aku" dari adik manis
Kayun . Thank you sis. Dan tugasannya ialah :

*Copy & paste character Pink seperti yang di bawah ini. - Done, Comelkan Pinky ni.

*Upload a picture of you.
Err.. the request is denied.. He..he.. nanti-nanti boleh tak Kayun...

*Kenalkan diri anda.
Saya seorang isteri dan ibu yang berkerja. Saya mempunyai 3 orang anak berumur 6, 9 dan 11 tahun. Saya mempunyai seorang anak perempuan (Han) dan dua orang anak lelaki (Is & Az). Saya merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik perempuan. Saya seorang yang murah dengan senyuman. Jadi memang jarang ada orang yang akan kata saya ni sombong.

*Bagi wish untuk bulan Disember.
Nak siapkan persiapan persekolahan anak, Nak iron semua uniform anak-anak sebelum sekolah buka, Nak balut buku sekolah anak, Nak bersiap sedia untuk sibuk dengan aktiviti anak-anak bila sekolah di buka nanti. (anak-anak sedang meningkat naik jadi memang segalanya berkisar tentang mereka yang menjadi kepentingan dan tanggungjawab saya).

*Tag 5 Follower.
Kalau nak tag semua follower boleh tak. Sebabnya saya pun nak kenal siapa anda semua. Jadinya pada yang sudi, sila-silakanlah yer..

*Tajuk entry mestilah Itu Aku. OK.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Follower yang ke 200...


Minggu lepas saya menjadi Follower bertuah yang ke 200 di Blog Faris. Siap dapat award lagi. Sukanya. Thanks yer. Cantik award ni. So, pada sesiapa yang nak dapat award macam ni bolehlah berkunjung ke Blog Faris yang best ni. Untung-untung dapat award yang cantik ni macam saya. Untuk Faris, terima kasih banyak yer. Sori yer, lambat sikit nak update pasal award tu sebab tak sihat sikit dua tiga hari ni. Salam kenal dari akak.

Friday, December 17, 2010

Untuk suamiku sayang yang baik hati..

Tekak dah mula perit dan rasa tak selesa. Tanda-tanda batuk pun dah ada. Sebelum ni en. asben yg batuk tak henti. Dekat 3 minggu juga batuknya. Malam semalam nampak dah agak kurang dan hampir reda. Syukur Alhamdulillah. Baguslah, minggu depan nak outstation. Kalau batuk-batuk lagi tentu nanti tak selesa. Aku pun dah tentu rasa tak sedap hati.

Dua malam lepas aku memang letih sangat. Maklumlah beberapa malam tak tidur lena sebab jaga anak aku yang berkhatan. Badan pun sakit-sakit sebab terpaksa tidur atas toto sebab temankan anak aku tidur kat bawah. Jadinya malam selepas tu bila anak aku dah sihat sikit aku pun cadang nak naik tidur kat atas semula.

En.asben batuk-batuk agak teruk waktu tu. Aku memang faham keadaannya. Jadinya sebelum tidur tu aku tanyalah, boleh ke aku on aircond bilik. Sebab badan letih jadinya tentulah nak tidur dalam keadaan yang selesa. En.asben kata OK. So aku pun on aircond.

Pagi tu dalam pukul 3 aku terjaga sebab en.asben batuk kuat. So aku bangun nak ambilkan ubat and nak sapukan vicks. Bila buka lampu saja punyalah aku rasa kesian sangat sebab en.asben dah berselubung kesejukkan. Sebaknya aku. Cepat-cepat aku off aircond sebelum ambil ubat dan sapukan vicks. Barulah en.asben nampak lega.

Esoknya aku tanya pada en.asben, kenapa dia biarkan aku on aircond sedangkan dia tak tahan sejuk malam tu. Jawapan en.asben ialah:

Dah orang yang I sayang tu kata dia panas and nak on aircond, takkanlah I nak kata jangan.

Ala sayang, baiknya hati u. I''m proud to be yours. Syukur Alhamdulillah. Perbualan ini dah beberapa hari, tapi I masih terdengar-dengar sehingga sekarang. Thanks sayang. Sayang u sangat. Next week u nak ke singapore, tentu I rindu giler kat u nanti. I tahu u mesti buka blog I masa dalam train balik kerja ni. So I nak cakap, thanks sayang. Love u so much...

Thursday, December 16, 2010

Kisah si buruk siku yang haru..

Dah berapa hari aku memakai wedges ke pejabat. Makanya hari ini cadangnya aku mahu memakai kasut tumit bertutup pula. Melihat ke tempat letak kasutku, kasut-kasut kerjaku tiada di situ. Barulah aku teringat tentang sesuatu. Selalunya aku susun dan gantungkan kasut-kasut kerjaku di grill rumah. Tapi masa kenduri berkhatan anakku tempoh hari, aku kutip semua kasut-kasutku, masukkan dalam paper bag dan simpan di belakang pintu bilik emak di bawah. Sebab tak bestlah ada kasut-kasut bergantungan bila ada orang datang ke rumah. Jadinya pagi tadi sebelum ke pejabat aku belek belakang pintu bilik emak. Kosong. Erkkk... Mana pulaklah kasut-kasut aku. Tanpa lenggah aku bertanya pada emak. Dan jawapan emak..

Ingatkan, kasut-kasut tu nak bagi Tok bawak balik bagi orang kat sana...

Hu..hu.. Oh kasut kerjaku. Bukannya sepasang. Tapi 5 pasang pulak tu. Cepat-cepat aku telefon kampung. Dengan muka tak malunya aku suruh Tok aku simpan semula kasut-kasut aku tu. Terpaksalah jadi buruk siku. Nanti kalau aku balik kampung aku ambil balik. He..he..

** Mujur Tok aku tak bagi kat orang lagi. Kalau tidak, menangis tak berlagulah aku kat sini...

Wednesday, December 15, 2010

Takpe ke??? Tak malu ke???

Sunyi pula suasana rumahku sejak semalam setelah empat, lima hari riuh dengan suara Tok, makcik dan sepupu-sepupuku. Nenek yang ku panggil Tok telah pulang ke rumahnya di Taiping. Biasalah orang tua. Mana betah mahu tinggal lama-lama di rumah orang.

Cadangnya aku dan en.asben mahu menghantarnya pulang pada hujung minggu ini. Tapi memandangkan makcikku ada tugas di sini maka makcikku yang membawa Tok aku pulang ke Taiping kelmarin. Lagi pun memang Tok aku sudah tidak sabar-sabar mahu pulang ke rumahnya. Macam-macam alasannya. Itulah, inilah.. tapi kami tahu, Tok sebenarnya tidak selesa untuk tinggal lebih lama. Jadi bila ada yang mengajak memang suka benarlah Tok aku.

Hajat di hati mahu membawanya berjalan-jalan di sini. Tapi tidak berkesempatan pula. Mana dengan kami sekeluarga pergi bercuti, berkerja lagi, anak berkhatan pula. Jadinya aku hanya mampu membawanya keluar sekejap-sekejap ke kedai dan ke rumah saudara mara rapat di sekitar sini-sini saja. Jadilah dari asyik terperuk kat rumah.

Tok aku sudah berumur 85 tahun. Tapi dia masih mampu berjalan sendiri. Masih kuat untuk umur sepertinya. Bila hendak keluar dia lebih selesa memakai kain batik dan berbaju kedah saja. Jadi setiap kali aku mengajaknya keluar mesti Tok akan mengajukan soalan ini kepadaku.

Tak malu ke nak bawak tok jalan-jalan pakai baju macam ni???
Ish.. Tok ni. Nak malu apa pulak. Orang tak kisah pun...

Concern betul Tok aku tu. Takut benar kalau-kalau aku malu. Padahal aku langsung tak kisah. Buat apa pulak aku nak malu. Kalau aku malu takkan pula aku mahu mengajaknya berjalan keluar. Walau bagaimanapun penampilannya, aku tetap bangga untuk mengakui dialah nenek aku. Tak pernah pula aku nak rasa malu.

Perasan tak, orang tua kita memang selalu begitu. Mereka selalu mahu menjaga air muka kita. Sedangkan kita ni jarang benar mahu menjaga air muka mereka. Kalau buat sesuatu perkara jarang benar mahu fikirkan perasaan mereka. Apalagi menghiraukan pandangan orang terhadap mereka dengan kelakuan kita. Entah kenapa, aku jadi sedih dan rendah diri pula bila mengenang soalannya itu. Sangat perihatin dan bertimbang rasa. Sedangkan kita ini, jarang benar begitu...

Tuesday, December 14, 2010

Bergantung tali, berpantang makan..


Alhamdulillah, hari sabtu lepas anakkku Is dah selamat berkhatan bersama-sama dengan sepupunya. Sepatutnya tiga orang sekali termasuk anak bongsuku Az. Tapi di saat akhir dia menarik diri pula. Takpelah, dia pun kecil lagi. Baru enam tahun. Dua tiga tahun lagi pun masih boleh tunggu untuk berkhatan. Jadi tiada paksaan dari aku mahupun en.asben.

Masa nak pergi klinik tu punyalah excited Is dan sepupunya. Tergelak sakan bila kena pakai kain pelikat ke klinik. Sampai klinik pun punyalah relax. Langsung takde tanda-tanda gabra. Tanda-tanda takut mahupun pucat pun takde. Bangga aku bila lihat anak lelakiku seberani itu. Tapi mungkin juga nak cover macho sebab semua anak-anak lain yang menunggu giliran juga kelihatan cool sepertinya.

Disebabkan bilik rawatan untuk berkhatan itu sempit maka ibu bapa tidak dibenarkan masuk sama sewaktu proses berkhatan di lakukan. Jadi en.asben hanya menunggu di luar. Tapi boleh pula masa Is nak berkhatan tu, ada kontraktor datang nak betulkan tombol pintu bilik rawatan. Jadinya pintu bilik rawatan itu pun merenggang sedikit. Ish.. spoil betullah. Tapi dapatlah juga en.asben ambil gambar sesnap dua bila pintu bilik merenggang sebegitu. Ha..ha... ambil kesempatan lagi.

Keluar dari bilik rawatan pun punya selamba. Dalam mulut siap ada lolipop lagi. Langsung tak nangis. Laju aje jalan. Naik kereta pun boleh naik sendiri. Wah.... Tapi setengah jam lepas tu masa kat rumah bila ubat bius dah hilang kesannya barulah dia mula menangis. Beria pulak tu. Bila dia dah menangis, sepupunya pun apa lagi, terikut samalah. Aduh gamatlah kejap kat rumah aku. Dahlah kita orang plan nak buat kenduri doa selamat sikit malam tu. (Kenduri itupun memang dia yang request. So takkan aku taknak buat pulakkan)

Mana nak layan dia orang mengerang kesakitan. Bab menangis pun tak sudah lagi. Mana nak pergi pasar. Mana lagi nak masak. Aduh, nak cancel kenduri, jiran-jiran dan saudara mara terdekat dah dijemput. Jadi nak taknak kenalah juga handle semuanya sebaik mungkin. Selepas makan ubat, tidur kejap, layan game, layan coklat barulah okey. Lega rasanya.

Alhamdulillah, majlis kenduri doa selamat malam itu pun berjalan lancar seperti yang dirancang. Meriah rumah aku dengan kehadiran keluarga aku dan en.asben juga jiran-jiran terdekat.

Oh ye, pagi tu sebelum ke klinik aku belikan nasi lemak ayam berempah untuk anakku bersarapan. Sambil makan Is menyoalku. Ma, nanti kena berpantang makan ni dua bulan kan?? Ha..ha.. tergelak aku mendengarnya. Dua bulan tu untuk berpantang lepas bersalin. Berpantang untuk berkhatan ni cuma sampai baik saja. Tak perlulah sampai dua bulan. Lawak betullah anak aku ni.

Monday, December 13, 2010

Safety quotes...

Got this safety quotes from a friend from NIOSH. Nice one.

A spill, a slip, a hospital trip.
Accidents hurt -- safety doesn't.
Accidents don't happen by themselves, there's always a root cause.
Alert today - Alive tomorrow.
Better a thousand times careful than once dead.
Better to have two on the job than one in the hospital
Being alert never hurts.
Broken tools can be replaced. You can't.
Danger and accidents never take vacations.
Don't be safety blinded, be safety minded.
Don't fix the blame, fix the problem.
Don't just preach safety, profit from it.
Don't learn safety by accident.
Don't leave safe habits at work, take them home.
Expect the unexpected. Gear up for safety.
Eyes are priceless, eye protection is cheap.
Forget the nurse with safety first.
Forgot your hearing protection? Forget about hearing!
Get smart! Use safety from the start.
Good habits will normally keep you out of bad trouble.
Hand in, hamburger out.
Hard hats are not just for decoration.
Have another day - by being safe today!
If you don't think it will happen to you, find the person who had it happen to them.
Informed is better than deformed.
It is better to be safe than sorry.
It's easier to ask a dumb question than to fix a dumb mistake.
Just because you always did it that way, doesn't make it right.
Make safety first, and make it last.
Precaution is better than cure.
Prepare and prevent, don't repair and repent.
Proper planning prevents poor performance.
Safety is as easy as A-B-C: Always Be Careful.
Safety is a value - not a priority.
Safety is everyone's responsibility
Unattended cooking means fire.
Wishing won't keep you safe - safety will.
When safety is first, you last.
When safety is a factor, call in a contractor.
You can't get "home" unless you're "safe."

Safety first and take care!

Musim keluar duit lagi..

Musim bercuti dan berjalan-jalan sudah berakhir. Sekarang ni musim menyediakan persiapan persekolahan pula. Hari ni dah 13 haribulan. Kiranya ada 3 minggu lagi untuk menyediakan segala persiapan dan kelengkapan sekolah.

Untuk anak-anak aku, buku sekolah semua sudah dibeli. Yuran pendaftaran sekolah agama juga sudah langsai untuk ketiga-tiganya. Kasut, baju dan beg sekolah baru juga sudah siap kami belikan. Tinggal sikit-sikit lagi keperluan yang perlu ditambah dan yuran sekolah kebangsaan yang perlu dijelaskan pada hari pertama persekolahan. Yang lain semuanya telah kami setelkan sebaik balik bercuti tempoh hari.

Sebenarnya aku baru membelek-belek resit pembayaran tempoh hari. Persiapan untuk 3 orang anak yang bersekolah rendah pun dah memakan belanja mencecah RM 2K. Banyak juga jumlahnya. Kalau anak ramai dan ada yang bersekolah tadika dan bersekolah menengah tentulah lebih besar jumlahnya. Mujur juga buku teks diberikan pinjaman untuk semua pelajar. Kalau tidak tentu menambahkan lagi jumlah yang sedia banyak itu.

Tapi itulah tanggungjawab ibu bapa kan. Tak kira besar atau kecil pembiayaannya, kena juga bekerja keras untuk menyediakan segalanya. Harap-harap anak-anak berjaya dan menjadi insan yang berguna.

U all pula bagaimana pula, tentu banyak juga ke belanjanya.

Thursday, December 9, 2010

Memang best... Cuti-cuti Malaysia Terengganu..


Musim bercuti dah selesai. Alhamdulillah. Anak-anak memang enjoy. Aku dengan en.asben pun enjoy juga tengok anak-anak seronok dapat pergi bercuti ke pantai timur. First time anak-anak sampai ke Terengganu. So excited dia memang lain macam sikit. Dalam kereta dari masa nak pergi sampailah masa nak balik asyiklah dok guna bahasa Terengganu yang tak menjadi ha..ha..

Makan pun sedap. Nasi dagang dia memang superb. Nasi lemak dengan sambal ikan tongkol instead of sambal ikan bilis buat anak-anak tercenggang kejap. Ais krim goreng memang marvelous. Ikan celup tepung pun best jugak. Sata pun I like. Air gelas besar memang buat perut penuh. Tapi sebab jus tu sedap siap bungkus lagi bawak balik hotel. Lagi apa yer??? Hmm.. keropok lekor Terengganu lagilah best. Shopping??? Oh, selain beli keropok kering, keropok lekor & keropok segera untuk dibawa balik, aku tak beli apa-apa pun walaupun batik and songket dia cantik-cantik. Memang plan nak habiskan masa dengan berjalan, berehat dan makan-makan aje. Tapi duit habis juga. hu..hu..

Penginapan pun menarik. Kita orang stay kat Kenyir Lake Resort & SPA untuk satu malam. Memang best kat sini. Bilik dia besar. Suasananya tenang dan cukup mendamaikan. Sejuk pun yang amat. Aircond langsung tak on. Itu pun dah cukup buat kita orang mengigil. Tempat ni memang sesuai sangat untuk berehat dan merehatkan minda. Nak ke mana-mana dalam resort tu memang kena guna perkhidmatan buggy yang disediakan. So anak-anak memang syoklah dapat naik buggy tu berulang-ulang kali.

Lepas tu untuk dua malam berikutnya kami stay kat Primula Beach Resort. Hotel ni hotel lama. Tapi aku suka sebab Hotel ni mengadap pantai Batu Buruk yang cantik. Memang best dapat lepak petang -petang kat sini. Boleh main bola tampar, bola jaring dan bola sepak kat pantainya. Kami pergi empat kereta dengan geng-geng ofis lama. So banyaklah aktiviti yang boleh di buat kat sana nun. Tapi kita orang langsung tak jijak tepi-tepi laut tu sebab takut tengok ombaknya yang kuat. Tapi bunyi ombak memukul pantai tu memang feel. Malam-malam pun kita orang seronok lepak kat situ.

Masjid Kristal pun cantik. Selalu dapat tengok dalam gambar aje. Kebetulan pula ada Monsoon Cup kat K.Terengganu. So singgahlah kejap. Sebab kalau sesaja nak pergi tengok Monsoon Cup ni memang takkan adalah kan. Dapatlah juga naik bot penambang percuma yang disediakan khas untuk pengunjung selain dapat kipas tangan dan baju hujan masa kat entrance tu. TQ..TQ.. penuh bag aku dengan free gift.

Kalau ada peluang aku nak bawa anak-anak bercuti lagi ke Terengganu. Sekian dulu catatan aku untuk program Cuti-Cuti Malaysia ke Terengganu yang menarik. Pada sesiapa yang tak pernah sampai, bolehlah masukkan Terengganu dalam agenda perancangan percutian korang yer. Wah siap promote lagi... ha..ha.. Nanti kalau rajin aku upload gambar kat sana tu yer.

Friday, December 3, 2010

Banyak hutang oooo....

Aduh, banyak hutang yang aku tak bayar lagi. Opppsss.. bukan hutang wang ringgit yer. Alhamdulillah aku takde hutang duit orang. Hutang along apatah lagi. Hutang kereta dengan rumah tu biasalah. Mana ada banyak duit nak beli cash. Hutang kad kredit pun takde yang tertunggak. Berapa aku pakai, hujung bulan aku bayar semuanya balik. So konklusinya bukan hutang wang ringgit yang aku nak cerita. Hutang yang aku nak cerita ni ialah hutang award dan tag. Betullah kata pepatah yang bertangguh itu pencuri masa. Bertangguh lagi.. bertangguh lagi.. inilah padahnya. Kan dah lambat nak terima award yg orang bagi. (Yang ini bebelan untuk diri sendiri, so orang lain tak perlu nak terasa hati yer.)

Award yg cantik dari Tinta Pena.

Award yang cantik ini diberikan khas untuk semua follower blog Tinta Pena. Thanks Shiemah. Suka blog Tinta Pena ni sebab novel bersirinya best. kalau tak percaya bolehlah pergi ke blog ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Award dari si cantik manis Lulu & Eiyda

Thanks Lulu & Eiyda sebab bagi award ni. Sama pulak awardnya. Tapi yang pelik soalannya lain-lain pulak. Tapi akak buat satu ajelah yer. Award ni dapat dari blog budak botak (as stated kat blog Lulu & as stated dalam award tu). Sori yek, lambat sikit akak nak ambil. Banyak sangat benda dalam kepala ni yang nak diluahkan. Jadinya hari ni baru sempat nak ambil.

Ok straight to the soalan cepu emas untuk award ini.

1. http://budakbotak11.blogspot.com/ di mata korang. (Berikan pendapat dengan jujur).
Pada saya, blog ini sangat menarik dan banyak informasi. Sama macam blog Lulu & Eiyda juga. So, bolehlah jengguk-jenggok ke blog mereka bertiga yang best ni...

2. Nama Blog korang dan kenapa letak nama tu? :
Nama Blog saya Hanis Azla@Blog. Hanis Azla adalah gabungan nama insan-insan kesayangan saya. Hanis Azla adalah kisah saya, famili dan apa yang ada dalam fikiran saya yang berkaitan dengan kehidupan kami sekeluarga. Kisah keluarga yang ingin saya kongsikan bersama di dalam blog kesayangan saya ini. Sebab itulah saya namakannya sebegitu.. @Blog.

3. Nama URL Blog anda dan dari mana datangnya idea tu? :
http://hanisazla.blogspot.com/
Untuk idea tu, jawapannya sama seperti yang di atas.

4. Apakah method dalam penulisan blog anda? :
Untuk perkongsian kisah peribadi, ilmu, masalah dan pendapat.

5.Bila blog anda ditubuhkan? :
June 2010

6. Siapa orang pertama yang tahu dan menjadi follower blog korang? :
En. asben dan anak-anak orang yang pertama tahu. Lulu antara orang yang pertama menjadi follower. Thanks Lulu for your support and friendship. Appreciate it so much.

Tag : Rose , Pn. Ros , Diana , Sarah Najwan

Semua ni ni nice blog. PS: Tiada paksaan untuk yang di tag yer. Ikut kelapangan untuk menerimanya. Kalau taknak terima pun takpe. I faham. U all semua sibuk. Confirm I tak akan tagih hutang pun nanti. Kecil hati pun InsyaAllah tidak. So don't worry. Peace.

**Lega rasanya. Hutang award dah siap. Alhamdulillah. Hutang nak siapkan GA in progress. Harap-harap dapat buat sebelum tarikh tutup.

Thursday, December 2, 2010

Dapat pujian... Thank you Allah..

Selalunya, bagaimana penerimaan dan reaksi kita bila menerima pujian???

Eh, takdelah.. biasa aje...

Taklah, mana ada cantik pun...

Alar, tak comel mana pun...

Tentu pernah dengar kan jawapan sebegini. Aku pun selalu guna juga jadi tak bolehlah nak mengaku kata tak pernah dengar. Selalunya sebelum ucapan terima kasih tu, mesti kita cuba nak nafikan dulu setiap pujian yang kita terima. Seboleh-boleh kita nak menidakkannya terlebih dahulu. Iyelah, takut-takut andai orang kata kita ni perasan pulak.

Tapi bila difikirkan balik kenapa pula kita perlu membuat penafian. Sedangkan yang baik itukan dari Allah. Tentu lebih baik kalau kita ucapkan terima kasih pada yang memuji dan tanpa lenggah mengucapkan syukur pada Allah yang mengurniakan segala kebaikan, kecantikan dan segala-gala yang indah itu kepada kita. Itukan adalah lebih baik dari kita bersusah payah untuk menafikannya. Apa yang lebih penting, jangan riak dengan pujian yang diterima.

**sedang cuba memperbaiki diri dengan lebih banyak bersyukur dengan pemberianNYA yang maha indah lagi sempurna. Alhamdulillah, Thank you Allah.

Wednesday, December 1, 2010

Mandi hujan...

Sekarang ni boleh dikatakan hampir setiap petang hujan. Lebat pulak tu. Teringat pulak nostalgia masa zaman kecik-kecik dulu. Kalau hujan aje mesti ngendeng-ngendeng kat mak minta izin nak mandi hujan. Selalu tu dalam 10 permintaan, mesti mak akan bagi juga sekali perlepasan. Bila mak dah bagi permission, punyalah seronok. Tersenggih-senggih keluar pintu sebelum berlari-lari keliling rumah bawah hujan lebat. Fuhhh...

Nikmatnya hanya orang yang dapat izin dari mak ayah untuk mandi hujan saja yang tahu. Lagi best bila dapat buat kawan-kawan yang tak dapat permision mengendap celah tingkap dengan rasa jeles. Ha..ha.. masa tu tak tahu lagi yang tak elok kalau kita buat orang rasa cemburu dengan kita. Sori yer wak, masa tu kita tak tahu.

Kadang-kadang tu mak siap bagi tugasan lagi. Tugasannya ialah mencuci lantai kat depan rumah. Wah, lagilah suka. Boleh main slide-slide atas lantai sekali. Punyalah syok dapat main hujan sampai hujan tu berhenti. Tapi seingat aku tak pernahlah pulak kena demam sebab main hujan. Antibodi kuat kot. Ke zaman tu polution tak teruk sangat. Jadi air hujan langsung tidak memudaratkan.

Kesian bila tengok budak-budak sekarang tak dapat peluang nak rasa semua tu. Kalau mak ayah izinkan takut pula orang lain tengok dan akan cakap apa. Tentu orang lain akan rasa kita ni tak patut sebab biarkan anak main hujan. Kalau orang tak kata pun, buatnya anak demam sebab mandi hujan tu, orang akan berkata juga. Jadinya untuk kebaikan bersama biarlah mereka mandi shower saja. Mandi hujan jugak tu kan.

Korang macam mana? Pernah mandi hujan tak?

Berkongsi dinding, bersambung bumbung..

Malam makin larut. Hujan makin lebat. Kalau baring atas tilam, letak kepala atas bantal, tarik comforter memang akan jadi sangat feel. Tidur akan jadi sungguh lena. Tapi ada pula yang menganggu. Ada pulak bunyi drill yang kedengaran di sebalik dinding. Biasalah orang sebelah baru pindah. Jadi pastilah banyak benda yang mahu di buat. Pastinya ada frame yang mahu di gantung. Ada rak yang mahu di pasang. Siang kerja. Hanya malam saja ada masa. Jadi masa yang ada itulah digunakan sebaiknya.

Adatlah tinggal di rumah teres. Dindingnya berkongsi. Bumbungnya bersambung. Ketuk dinding sana, sampai dinding sini berbunyi. Jadinya, bersabar sajalah. Adat berjiran, kenalah ada sikap lebih kurang. Lagipun kenalah sedar diri jugak. Tak payah nak komplem lebih-lebih. Bukannya tinggal di rumah tanah lot yang besar kawasannya. Yang rumah jauh-jauh dari orang. Bukan juga duduk rumah banglo yang tak bercantum dengan rumah orang lain. Jadi layankan ajelah bunyi-bunyian itu. Bukannya hari-hari pun. Paling-paling seminggu dua. Sabarlah hati...

Berkongsi dinding, bersambung bumbung..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...