Musim bercuti dan berjalan-jalan sudah berakhir. Sekarang ni musim menyediakan persiapan persekolahan pula. Hari ni dah 13 haribulan. Kiranya ada 3 minggu lagi untuk menyediakan segala persiapan dan kelengkapan sekolah.
Untuk anak-anak aku, buku sekolah semua sudah dibeli. Yuran pendaftaran sekolah agama juga sudah langsai untuk ketiga-tiganya. Kasut, baju dan beg sekolah baru juga sudah siap kami belikan. Tinggal sikit-sikit lagi keperluan yang perlu ditambah dan yuran sekolah kebangsaan yang perlu dijelaskan pada hari pertama persekolahan. Yang lain semuanya telah kami setelkan sebaik balik bercuti tempoh hari.
Sebenarnya aku baru membelek-belek resit pembayaran tempoh hari. Persiapan untuk 3 orang anak yang bersekolah rendah pun dah memakan belanja mencecah RM 2K. Banyak juga jumlahnya. Kalau anak ramai dan ada yang bersekolah tadika dan bersekolah menengah tentulah lebih besar jumlahnya. Mujur juga buku teks diberikan pinjaman untuk semua pelajar. Kalau tidak tentu menambahkan lagi jumlah yang sedia banyak itu.

Tapi itulah tanggungjawab ibu bapa kan. Tak kira besar atau kecil pembiayaannya, kena juga bekerja keras untuk menyediakan segalanya. Harap-harap anak-anak berjaya dan menjadi insan yang berguna.
U all pula bagaimana pula, tentu banyak juga ke belanjanya.
17 comments:
duit keluar lagi. keluar macam air. hehe..
hanis azla, jom vote tikah untuk Blog Baru (2010) Pilihan. vote no, 127! =)
http://bpm-undi.blogspot.com/
sesungguhnya benar
Adoiiii... belum ada anak lagi Kak Hanis tapi semalam dah belanjakan RM130 utk beras anak kucing dan pasirnya . Tahan untuk tak sampai 2 minggu je tu
haa..banyaknye belanja..
anak tm baru nak masuk 3 thn (act dah 4 tp lahir bln 12)..plan thn dpn nk anto tadika..which is dok usha2 fee dia dlm 1k lebih jugak..tersentap mak disitu..
kalo anak ramai, lagi banyak perbelanjaan..apapon kita parents nak kan yg terbaek utk meraka
Salam...
Berat jgk ye jd mak ayah nie...
Duet dah kne sentiasa spend untuk keperluan anak2 dah...
areteacar : betul mengalir mcm air.. InsyaAllah, nnt akak vote yer.
Maksu : mmg benar..
SK : besar juga belanja utk anak yg itu kan.. beratus juga budgetnya sebulan..
TM : pendaftaran utk kiddy mmg lg mahal.. 1k++ tu mmg rate standard.. monthly pun mahal juga..
Hadi : dah tanggungjawab.. belanja utk pelajaran anak2 mmg jd keutamaan.
oohh lg 3 minggu ka bkak skolah kak..errr assignment x siap lg kak..uhuhu
sempat lagi nak setelkan tu kayun.. all the best yer.
betul tu...saya pom xbeli apa2 lagi nih
mak aihh..list pon saya belum buat..huhu
bulan membeli belah baju sekolah anak2 dah tiba. akak pun dah beli baju sekolah anak2, cuma buku sekolah n yuran sekolah ja yg blom settle, mungking ada serba ckit lagik yg perlu ditambah
belom agi....belom time utk kuar utk yuran skolah..baju skolah..maybe dlm 3 taun akan dtg..=)
sarah : mmg kena buat list.. klu tidak ada jer benda yg x perlu dibeli sama kan..
mamasyaza : samalah.. ada juga sikit2 yg x setel lg..
cik puan akish : skrg time utk baby development.. belanja pun besar jg tu.
Baguslah macam tu diana. memang kena ada tabungan. biaya persekolahan mahal skrg ni.. mmg banyak guna duit.
baru lepas belikan alat2 tulis SAHAJA plus 2 beg skolah adik yg 2 org ni.. dah menelan belanja 300++ hampir 400..hmm..telan air liur je la bila membaya..dah tanggungjwb.. ;)
wah baiknya kakak dia. bertanggungjawab lagi. Bagus2.. proud of u. mmg besar belanjanya kan..
"berakit2 ke hulu.."
betul2..
Post a Comment