Bila aku atau en.asben ada kursus atau outstation, anak-anak adalah orang yang paling suka. Bukanlah dalam erti kata suka kami tiada di rumah. Tapi suka kerana dapat tidur di bilik kami untuk beberapa malam itu. Macam sekarang ni bila en. asben tiada, penuh bilik aku bila anak-anak menumpang tidur. Sanggup tu angkut bantal, selimut, anak patung bagai ke bilik aku. Sanggup juga nak kemas balik semuanya pagi-pagi esok. Langsung takde masalah sedangkan selalunya nak suruh kemas bilik sendiri pun jenuh masing-masing nak buat.
Itu kalau salah seorang dari kami tiada. Kalau dua-dua ada pun mesti kadang-kadang ada yang mengendeng nak tumpang tidur. Kadang tu ada yang saja-saja buat-buat tertidur di bilik kami. Buat-buat baring kat situ dengan harapan mendapat pelawaan dari mama dan ayahnya untuk di ajak tidur sekali. Alahai, punyalah nak sangat tidur kat situ. Kononnya lagi sejuk dan selesa bila tidur kat katil dan bilik tu. Sedangkan sama aje keadaannya kat bilik lain pun.
Bilik air pun sama. Pantang suruh mandi, mesti keluar soalan, mandi kat bilik mama boleh? Itu belum cerita bab nak bersikat, berbedak dan urusan yang lain lagi. Buat homework pun memang suka benar kat bilik kami. Kononnya senang kalau nak tanya bila ada soalan yang tak faham.
Itu kerenah anak-anakku. Dan sebenarnya kerenah aku dulu pun lebih kurang sama juga macam tu. Bilik mak ayah memang rasa tempat paling best. Suka sangat kalau dapat lepak kat katil emak yang selalu kemas tu. Suka sangat tumpang menyelit kat hujung-hujung katil mak dengan ayah untuk tidur.
Agaknya bilik mak dan ayah ni memang ada aura kasih sayang kot. Itu yang rasa macam bilik mak ayah ni best semacam. Err.. Anda yang lain pun rasa macam aku dan anak-anak aku rasa ke. Ke anda rasa bilik sendiri sebenarnya lagi best...

25 comments:
agaknya bilik awak ada bau haruman kot...tu yg anak2 suka menyinggah tu...
maybe la..sbb bilik kita kan kemas, ade ekon, wangi..eheheh ade bilik ayaq lak tu sonang nak berkubang..agagagagaa
suke bilik sendiri...bilik mak dgn ayah kt kpg bau minya urut je...hik3....hahaah
yup setuju 100%, anak2 akak pun camtu, setiap mlm tdo dlm bilik masing2, tgh malam aje, sedar2 ada yg dok kat celah ketiak akak, ada yg dok kat ujung kaki, dah la semuanya bolat2 belaka, 1 katil dah jadi 5 org....macam sardin dlm tin aje...geram sgt
sama ngan anak saya..
ayah dia salu os..
pe lgi..siap angkut bantal terus
bole rasa econd dorang ckp..haahahaa..
kita kalu hubby xde..mmg anak beranak tdo satu bilik..takutttt
takut penjahat..hehe
hahhaha.... mesti bilik akak tu ada panorama indah tu...
lagipon tu kan eratkan hubungan....hehe
tak tau lagi la hanis sbb anak still kecik lagi...tapi kami suami isteri of coz suke bilik kami sendiri...huhuhu
rasanya mmg sebab ada aura kasih sayang ibu bapa kat situ . tu yg syok nak tido sama2 kan. mcm izan pun kalai hubby takde mmg anak2 tido skli..
memang betui bilik mak ayah ada aura kasih sayang coz anak2 suka lepak..sy masa kecil2 dulu pun sgt suka duk lepak bilik mak ayah coz mak ajar ngaji kat dlm bilik pastu bercerita mcm2 cerita sampai kami adik beradik tertidur..kat situ..itulah kenangan terindah bersama mak..sekarang jauh dimata kalau boleh nak tengok hari2...sedihnya...
tunjuklah gambar bilik awak tu. boleh kami tumpang tengok apa istimewanya... He heee....
wahida : takdelah wangi mana pun bilik kami tu..
Rose : Kemas sikit dari bilik anak2 lah.. he..he..
Ogy : bilik org tua mmg selalu ada bau gitu kan..
Diana : rasanya betullah..
Mamasyaza : ha..ha.. mmg selalu alami semua tu.. sampai sakit2 badan dibuatnya..
Sarah : Samalah tu.. Akak pun penakut.. jadi masa ni anak2 nak berkampung pun mmg akak tak kisah.. he..he..
shiela rasa betullah tue hanis...bilik mak ayah nie mmg best, suker nak lepak2 ada aura kasih sayang...=))
Pn. Ros : Ish, takde panorama indah pun ros.. hi.hi.. mengeratkan hubungan tu betullah..
Dilla Ady : Memang bilik sendiri juga yg best kan..
Izan : Aura kasih sayang ayah ibu kuat kat bilik tu agaknya..
Adiweyah : Betullah klu masuk bilik mak ni mmg rasa best.. sampai skrg saya suka bila masuk bilik mak..
Semenyih Baru : Ha..ha.. bilik biasa saja.. tiada apa yg istimewa sangat pun.. mungkin auranya yg istimewa kot..
byk nostalgia dan syahdu kasih sayang
Shila Latif : mmg ada aura bilik mak ayah ni kan..
sud@is : tentunya nostalgia yg indahkan..
heee..saya smpai skrg pun tidur ngan mak ngan abah..huhu..dulu2 time skola rendah ada tidur sendiri dah..pastu bila masuk f1 n duduk asrama, saya mengada bila balik rumah mesti nak tidur ngan mak ngan abah jugak..huhu sampai sekarang la jadinya..bilik saya cuma jdi tempat letak baju...^^
ha..ha.. comel juga bila dah besar pun masih tidur dgn mak ayah ni kan..tentu kayun manja sgt dgn dia org.
saya pun suka tidur bilek mak saya siang2 kak.haha
ha..ha.. PKH, kita geng..
salam..
kak hanis bilik mak saye mmg BEST
dh lar ade aircond lg..bilik ktorg xd pon..die kate xpyh coz korg bkn ade kat umh slalu...cehhh~
hahahah coz ktorg dok hostel kn~
ha.ha... iyelah, kalau dah ddk hostel membazir aje pasang aircond kat dalam bilik yg takde orang kan.. takpe2 tumpang aje kat bilik mak sbb bilik mak dah tentu2 best kan..
harap2 pada masa tua nanti pun anak2 masih sudi menjengah kamar org tuanya.. InsyaAllah.
Harap2nya begitulah.. Kerana itulah yang sebaiknya untuk anak dan org tuanya..
sejak kecil dah terbiasa tidor sorang.jadi anak2 akak pun tidor sorang sejak berumur 2 tahun.
kalau nak tidor ramai2..kami bentang toto aje kat ruang tamu..hehe
Post a Comment