Assalamualaikum... Alhamdulillah, demam dah kebah. Demam rindu saja yang masih tak hilang lagi. InsyaAllah, tunggu hari khamis ni kot baru baik. En.asben balik nanti terus hilanglah demam tu. he..he..
Sebenarnya sebelum en.asben outstation aku ada ingatkan padanya yang kami masih belum buat bayaran zakat pendapatan untuk tahun ni. Pagi ni masa iron baju terdengar pula iklan di radio RTM tentang bayaran Zakat Pendapatan ni. Itu yang terfikir nak buat entry pasal ni. Saja nak ingatkan diri sendiri sambil-sambil tu nak ingatkan orang lain juga.
Korang dah bayar zakat pendapatan untuk tahun ni ke? Kalau dah bayar tu baguslah. Syukur Alhamdulillah. Kalau yang masih belajar lagi tu takpelah. Tapi bagi pelajar yang selalu dapat BE dari nuffnang tu tentu dah ada pendapatan kan. So bolehlah bayar juga zakat pendapatan tu. Bukannya banyak pun. Cuma 2.5% dari jumlah pendapatan tahunan kita. Kecil benar nilainya dari jumlah yang kita dapatkan. So janganlah berkira sangat. Berzakatlah, kerana dengan zakat, InsyaAllah, rezeki kita akan berkat.
Aku pun tak ingat berapa tahun dah kami bayar zakat pendapatan ni. Mungkin dah sepuluh tahun kot. Sebelum ni memang tak tahu pasal Zakat Pendapatan ni. Yang tahunya hanyalah zakat Fitrah. Mujur ada seorang sahabat baikku yang mengingatkan tentang pembayaran Zakat Pendapatan ni. Alhamdulillah, ada sahabat yang sama-sama sudi mengingatkan kami. Thanks Kak Shida. Memang terasa rezeki yang kami perolehi lebih berkat setelah membayar zakat ni. Kalau banyak, boleh menyimpan dan bersedekah. Kalau sikit, tak pernah pula tak cukup.
Dulu tu ingatkan gaji besar-besar saja yang kena bayar zakat. Yang kecil-kecil ni tak perlu. Rupanya, kecil ke besar ke perlu bayar juga. Cumanya kalau pendapatan tu besar maka besarlah jumlah yang perlu dikeluarkan untuk zakat tu. Tapi kalau gaji dah besar dah tentu-tentu nilai 2.5% tu terlalu kecil bagi mereka. Dan yang bergaji kecil pula nilai 2.5% setelah ditolak dengan jumlah tanggungan sebenar tentunya tidak langsung membebankan. InsyaAllah.
Pembayaran Zakat Pendapatan pula ada 3 garis panduan untuk pengiraannya. 1. 2.5 peratus atas pendapatan kasar setahun (Jika pendapatan itu melebihi nisab)
2. Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan. (Iaitu : Diri Sendiri 8K, Isteri 3K, Anak 1K setiap seorang, Pemberian kepada Ibu Bapa, Potongan KWSP 11%, Caruman Tabung Haji dan Institusi lain yang telah membayarkan zakat untuk ahli)
3. Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.
Jangan lupa ye, setiap pembayaran zakat layak untuk mendapat rebet cukai pendapatan bila ianya dibayar sebelum 31 Disember. Jadinya untuk mendapatkan kelayakkan itu, buatlah pembayaran sebelum tarikh tersebut.
Untuk info bertulisan hijau tu aku dapat dari kalendar Zakat Selangor yang aku dapat setiap tahun. Mungkin ada yang tak jelas. Jadinya kalau tak faham bolehlah ke kaunter zakat di negeri masing-masing. Mereka akan membantu kita untuk menerangkan dengan lebih details dan membantu kita membuat pengiraan yang betul. So carilah masa untuk ke sana yer.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan meyucikan mereka (dari akhlak yang buruk)"
(Maksud sebahagian surah at-Taubah : ayat 103)

12 comments:
saya ade buat potongan utk zakat pendptn tu..bole tolak utk income tax..hehe
Alhamdullilah.. Masa di ofis lama dulu saya pun ada buat potongan gaji.. di tempat baru ni tak sempat2 nak buat lagi..
eh demam jugak? tengkiu jeguk orang demam ni ya. neway selalu ibu yang uruskan benda ni
terima kasih kerana mengingatkan :) untuk zakat pendapatan saya buat potongan gaji. lega rasanya.
love this info.. :)
Sasa : mmg musim demam skrg ni kan... bagusnya ada ibu yg boleh tolong uruskan..
Dinas Aldi : mengingatkan diri sendiri juga ni.. lega kan bila dah buat potongan gaji..
Heidi : Alhamdulillah.. semoga bermanfaat..
thanks for the reminder
kite tak keje lagila awk. hehe
tapi thnx info :)
aku potong gaji je... senang
Fad Ariffin : u r welcome..
Mien : bila dh kerja jgn lupa yer..
Pala Maldini : betullah itu paling mudah, lps ni kena buat potongan gaji semulalah..
saya pun taktau gak kak macm mna sebenarnya kak..huhu..dulu2 ada blajar pn x bg tumpuan kot..huhu rugi2 x amik ilmu n simpan terus dlm hati..
ni baru baca n fahami balik
tq ya kak^^
u r welcome kayun.. Ini pun serba ringkas saja.. jadilah untuk mengingatkan diri sendiri dan org lain juga..
Post a Comment