Malam minggu lepas semasa meyaksikan perlawanan bola di TV, en.asben mendapat satu sms dari teman sekerja lama kami. Dia menyampaikan berita yang seorang teman lama kami telah meninggal dunia akibat demam denggi di Hospital Sg. Buluh. Al-Fatihah untuk sahabatku. Semoga Rohnya di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Takziah buat suami dan anak-anaknya. Semoga mereka tabah menerima dugaan dan kehilangan ini.
Sedihnya bila mendapat berita sebegitu. Rasanya umur arwah sebaya atau mungkin muda sedikit daripada aku. Aku pun tak pasti sebab dulunya kami satu tempat kerja tapi tidaklah serapat mana. Walaupun aku tahu mati itu sesuatu yang pasti, tapi sebagai manusia, rasa sedih dan kehilangan itu tetap juga bertandang. Lebih sedih bila mengenangkan anak-anak arwah yang di tinggalkan mungkin sebaya dengan anak-anakku.
Tujuh tahun lepas, keluarga kami juga kehilangan adik ipar (suami adik aku) akibat demam denggi. Waktu itu anak arwah baru berusia setahun. Masih terdengar-dengar lagi bila nurse di wad ICU Hospital Tung Shin tu kata yang keadaan arwah sudah kritikal. Hati dan buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Ini membuatkan aku dan keluarga sangat fobia dengan demam denggi ini. Kalau demam lebih dari 3 hari tu memang kami akan risau sangat dan akan pastikan untuk mendapatkan pemeriksaan darah.
Dua tahun lepas aku sendiri pernah terkena demam denggi ni. Empat hari aku duduk di hospital. Berbelas beg air di masukkan ke dalam badan. Dengan pengalaman yang menimpa adik ipar aku membuatkan aku jadi takut sangat waktu itu. Bagi kami demam denggi bukan demam biasa yang senang-senang untuk sembuh.
Selera makan memang takde. Sendi-sendi semua sakit. Tapak kaki pun terasa sakit untuk memijak. Dalam perut memang rasa macam nak pecah. Kepala terasa sakit sangat dan selalu rasa loya. Aku muntah-muntah sampai bercampur dengan darah. Lebih teruk lagi bila waktu itu aku period. Bila platlet rendah, darah menjadi semakin cair. Jadinya darah keluar bagaikan air. Banyaknya darah period yang keluar sampai habis basah semua kain dan alas cadar. Memang pengalaman itu aku takkan lupa sampai bila-bila. Mata aku memang bengkak sebab aku asyik menangis sebab sakit dan takut yang amat. Waktu itu aku memang mahu sihat.
Aku paksa diri untuk minum banyak air kosong. Begitu juga dengan air 100 plus. Tapi aku pastikan gasnya hilang terlebih dahulu untuk elakkan sakit perut. Sup ketam pun aku paksa untuk minum. Meleleh-leleh air mata ni nak telan sup yang waktu itu terasa hanyir dek tekak yang meloya. Guava jus pun aku cuba minum. Pendek kata apa saja yang orang kata boleh membantu menaikkan platlet aku cuba dalam keadaan termuntah-muntah dan tekak yang meloya. (Orang kata daun betik juga boleh ubati demam denggi. Tapi aku hanya tahu mengenainya selepas sembuh dari demam denggi itu. Jadi aku tidak mencubanya)
Semuanya memang kena paksa dari diri sendiri dan keluarga. Rakan-rakan yang pernah kena demam denggi juga ramai yang datang untuk beri semangat juga berkongsi petua untuk aku terus sembuh. Alhamdulillah, aku sembuh juga akhirnya. Tapi selepas itu 2 minggu juga untuk badan ini pulih seperti biasa. Bagi aku demam denggi memang menakutkan. Ajal maut itu di tangan Allah. Tapi sebelum itu kita boleh usaha dengan pelbagai cara. Dan bila sudah sampai masanya, pastinya kepada DIA juga kita akan kembali. Kerana sudah itu janjinya.

22 comments:
Salam,
begitu rupanya demam denggi ya? takut juga...
takut denggi ni..
nyamuk kita xle halang dr terbang
tapi kita boleh halang nyamuk membiak..hati2 lah
saya pun xle bab nyamuk ni..smpai skrg tidur ngan ubat nyamuk..
al fatihah utk kwn sis...saya pun takut ngan demam denggi ni...nauzubillah...
thnks for sharing this. Nyamuk tu kecik je, kan tp bisanya ?? aduh ..
alfatihah untuk kwn akak.
mcm tu ya demam denggi..memang kena sokongla kempen aznil nawawi yang ganyang aedes tu..dulu abah saya kena demam denggi jugak, kena tahan kat hospital. tp dia tak bgtau kami sekeluarga langsung...mak saya memang tak boleh langsung dengar pasal sakit2 semua kena tahan hospital ni...huhu
Dinas Aldi : hmmm.. begitulah.. mengingatinya saja sudah cukup menakutkan untuk akak..
Sarah : mmg takut.. betullah tu, tempat pembiakkannya yang perlu kita musnahkan terlebih dahulu ..
Wahida : Thanks yer.. Minta dijauhkan hendaknya..
kakchik@ella : betullah.. yg kecik itu pun mampu membunuh... bahaya kan..
Kayun : Thanks yer.. mmg kita kena sokong kempen hapouskan aedes tu.. gotong royong utk membersihkan kaw. perumahan pun sgt perlu.. maybe abah kayun taknak nak isteri dia risau kot.. Itu yg dia x bgtahu tu..
Diana : Memang menakutkan.. Nauzubillah, minta dijauhkan wabak denggi itu untuk kita semua..
takutnya bila baca n3 ni. risau dibuatnya kalo anak2 demamkan. minta dijauhkan dari penyakit macam ni
tak penah kena tapi adik ipar baru pas kena..mmg sian tgk die mase tu..
tak sangka mcam tu punye seksa kena demam denggi nih ye..
mamasyaza : betullah, klu anak2 demam mmg kena monitor & bagi anak minum byk air.. minta dijauhkan hendaknya..
Dilla Ady : mmg seksa rasanya.. sakit sangat.. tekak pahit, tp kena usaha untuk makan dan minum juga utk cpt baik..
Innalillah.. Takziah.. Bulan 7 thn neh suami sy kena demam denggi berdarah.. Time tu saya di kedah, suami di bangi.. Sy trus beli tiket flight on d spot smpai mlm tu gak kat ospital serdang.. Takut risau Allah je yg tawu smpai guru besar tnya nape xsempat cerita da nanges2 depan dia..huhuhu Alhamdulillah suami kuat, dalam 3 ari da boleh kuar wad.. Mari hapuskan aedes!!
Hanis Azla: Janji Allah itu benar kannnn.....
Lovehunter : mmg risau sgt kan.. lg2 klu denggi berdarah.. lglah risau.. so marilah kita sama2 hapuskan aedes yg sgt bahaya itu..
Azzey : mmg betul..
isk isk...
takowtnyee.....
da laa musim dmm skrg.....
tlg jgn bg vrus dmm dggi pd sye....
tak pernah alami jadi tatau mmana rasanya..tp bila mak kena ari tu...dia kata tobat takmo kena lagi....so mestilah sgt tidak seronok kena demam denggi ni kan...huhu
nurkaloi : mmg takut.. minta dijauhkan hendaknya wabak ini..
ogy : betullah.. mmg tersiksa sgt. akak pun berdoa sgt agar dijauhkan demam tu utk diri sendiri dan semua org..
salam Hanis, takut bila baca N3 nie.
nak ingat pun dah rasa takut.. thanks yer sudi follow di sini..
denggi sana sini skang... tapi masih lagi orang tak aware kan kak... al fatihah untuk arwah.. moga ditempatkan dalam kalangan orang baik-baik... amin
betullah.. amin, mudah2an hendaknya..
singgah sini..tajuk ni memang menarik minat nak komen...memang betui denggi ni boleh bawa maut...tapi ikut QADA DAN QADAR yg ditetapkan oleh ALLAH S.W.T.. ada yg panjang umur dan pendek umur...
adik sy pun pernah kena denggi hampir sebulan tak belajar kerana sakit kat hospital...kat hospital sg buluh lah...memang sy tak respect hospital tu..kerana dah byk kes yg sy dengar...org dah nak dekat nyawa2 ikan baru nak ambik kisah..ini juga berlaku pd adik sy sendiri..1 mlm tidur kat hospital baru doktor jenguk...nurse ramai tapi tak berapa nak kisah...setelah dimarah2 baru nak buat keje...setelah diugut nak bawa kuar adik n nak saman baru nak ambik kisah...takkan ku jejak lg hospital tu...alhamdulillah pjg umur adik sy.
samalah Hanis sy paksa adik minum hundred plus.botol besar.1 hari wajib minum 2 botol..sblm minum letak dlm bekas..setengah jam baru minum biar keluar gas...
sup ketam rebus tanpa minyak,...tiap2 hari makan isi dan sup.memang mujarab dgn izin ALLAH...
adik sy denggi berdarah le...tu yg sy panas sgt kat hospital tu...sakit hati betul...dia terkena kat rumah sewa duk tingat 32 tapi nyamuk boleh naik...ni kes pencemaran alam...syukur pd ALLAH panjang umur dia dpt sambung pelajaran lagi..
Alhamdullillah dia pulih kan.. Kita memang kena percaya qadar dan qadarnya.. Kita juga perlu usaha sehabis daya. Aduh macam tu sekali yer layanannya di sana. Arwah kawan saya tu, tak tahu pula apa ceritanya sewaktu di sana. Harap-harap tiada orang lain yang terkena nasib sebegitu. Kita masuk hospital nakkan rawatan yang sebaiknya. Tapi lain pula ceritanya yer. Pencemaran juga semakin menjadi-jadi. Kita bersihkan kawasan rumah kita. Tapi orang lain tidak. Bila nyamuk itu dah membiak, tak kira rumah bersih atau kotor, nyamuk tu datang juga. Minta dijauhkan wabak itu dari menimpa kita semua. Thanks yer berkongsi cerita ini.
Post a Comment