Alasan... Siapa yang tidak pernah memberi alasan. Anak-anak yang baru pandai bercakap pun ramai yang sudah pandai memberikan alasan. Inikan pula kita yang sudah lancar berkata-kata. Alasan memang sentiasa ada dan selalunya sudah tersedia di kepala. Tak kiralah alasan itu adalah alasan yang bernas, alasan yang betul dan tak kurang juga alasan palsu yang direka untuk menyelamatkan keadaan.
Setiap kali kita memberi alasan, pastinya kita berharap agar alasan kita itu diterima. Tak kiralah alasan yang diberikan itu alasan yang betul mahupun alasan palsu. Sebolehnya kita mahu orang lain mempercayai alasan kita. Tak cukup dengan itu, ditambah pula lagi dengan cerita-cerita sokongan dan watak-watak tambahan untuk mengukuhkan cerita bagi menguatkan alasan.
Kalau alasan itu alasan yang betul, walaupun logiknya ada sedikit kurang tapi memang itu kenyataannya, lagilah kita mahu orang lain percaya. Dan kalau alasan yang kita berikan itu alasan palsu atau dengan kata lain alasan untuk menyelamatkan keadaan, semahunya pula kita mahu orang lain untuk menerima dan mempercayainya.
Tetapi bagaimana pula kalau alasan itu untuk kita terima??? Walaupun alasan itu betul dan jujur tetapi logiknya tiada, dah tentu-tentu kita akan teragak-agak untuk menerimanya. Kadang tu teranguk-angguk juga kepala ni tanda percaya. Tapi ekspresi di muka berubah juga. Dan hati pun mula berkata-kata. Hmmm.. alasanlah tu.
Anda pula bagaimana? Pandai tak beralasan. Dan selalu ke dapat menerima alasan orang lain yang kedengarannya tidak logik dengan seadanya tanpa perubahan wajah dan detikan tidak percaya di hati? Meh kongsi meh...

10 comments:
yang terlalu banyak memberi alasan adalah yg terlalu dekat dengan kegagalan...sering menunding tanpa memikirkan kekhilafan diri...
adakala diam lebih baik dari memberi alasan yang bodoh...kerana diam perniagaan yg x pernah rugi dalam kehidupan insan2 yang merendah diri...wallahualam...
kat tempat keje saya ada sorang staff yg suka sgt bg alasan...sampai naik x percaya kami dibuatnye...huh!!
kalu alasan yg logik, boleh diterima lagi..kalu da slalu sgt mmg tipu la tu jawabnya kan..bukan alasan lagi tu ...
sebab tu ada peribahasa:
hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih=alasan..
kdg2 penting gak alasan..utk selamatkan diri..hehe..tapi jrg kerap sgt..nati org hilang keprcayaan..
keli oh keli : satu alasan yg cukup bernas ttg diam itu perniagaan yang tak pernah merugikan...
Diana : zaman sekolah memang zaman yang penuh dengan alasan.. pantang cikgu soal, pasti ada saja alasan yg keluar dari mulut kita kan.. he..he..
Wahida : betullah, kdg tu sbb selalu sgt beralasan, reputasi seseorang pun nampak tak menyakinkan..
Dilla Ady : Kalau selalu beri alasan palsu, bila bagi alasan yg betul pun org susah nak percaya kan.. itulah padahnya.
Sarah : haah, betullah peribahasa tu cikgu.. he..he.. alasan tu kdg kala memang di tuntut juga..
kalau banyak sangat alasan tu...
camana ya....
hmmm.. terpulang pada penerima alasan itulah agaknya kalau dah byk sgt alasannya.. yg baik mungkin org blh terima.. yg merapu tu takut2 org muak pula..
orang yg selalu beralasan..orang yang tidak mahu berubah. bagi alasan..jawapan yg selamat bagi dia..:(
setuju.
sy pun kadang-kadang suka cari alasan.
kak yon : hmm.. betul juga tu..
PKH : biasalah, kdg kala semua org suak cari alasan untuk melepaskan diri..
Post a Comment