Nuffnang

Friday, December 3, 2010

Banyak hutang oooo....

Aduh, banyak hutang yang aku tak bayar lagi. Opppsss.. bukan hutang wang ringgit yer. Alhamdulillah aku takde hutang duit orang. Hutang along apatah lagi. Hutang kereta dengan rumah tu biasalah. Mana ada banyak duit nak beli cash. Hutang kad kredit pun takde yang tertunggak. Berapa aku pakai, hujung bulan aku bayar semuanya balik. So konklusinya bukan hutang wang ringgit yang aku nak cerita. Hutang yang aku nak cerita ni ialah hutang award dan tag. Betullah kata pepatah yang bertangguh itu pencuri masa. Bertangguh lagi.. bertangguh lagi.. inilah padahnya. Kan dah lambat nak terima award yg orang bagi. (Yang ini bebelan untuk diri sendiri, so orang lain tak perlu nak terasa hati yer.)

Award yg cantik dari Tinta Pena.

Award yang cantik ini diberikan khas untuk semua follower blog Tinta Pena. Thanks Shiemah. Suka blog Tinta Pena ni sebab novel bersirinya best. kalau tak percaya bolehlah pergi ke blog ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Award dari si cantik manis Lulu & Eiyda

Thanks Lulu & Eiyda sebab bagi award ni. Sama pulak awardnya. Tapi yang pelik soalannya lain-lain pulak. Tapi akak buat satu ajelah yer. Award ni dapat dari blog budak botak (as stated kat blog Lulu & as stated dalam award tu). Sori yek, lambat sikit akak nak ambil. Banyak sangat benda dalam kepala ni yang nak diluahkan. Jadinya hari ni baru sempat nak ambil.

Ok straight to the soalan cepu emas untuk award ini.

1. http://budakbotak11.blogspot.com/ di mata korang. (Berikan pendapat dengan jujur).
Pada saya, blog ini sangat menarik dan banyak informasi. Sama macam blog Lulu & Eiyda juga. So, bolehlah jengguk-jenggok ke blog mereka bertiga yang best ni...

2. Nama Blog korang dan kenapa letak nama tu? :
Nama Blog saya Hanis Azla@Blog. Hanis Azla adalah gabungan nama insan-insan kesayangan saya. Hanis Azla adalah kisah saya, famili dan apa yang ada dalam fikiran saya yang berkaitan dengan kehidupan kami sekeluarga. Kisah keluarga yang ingin saya kongsikan bersama di dalam blog kesayangan saya ini. Sebab itulah saya namakannya sebegitu.. @Blog.

3. Nama URL Blog anda dan dari mana datangnya idea tu? :
http://hanisazla.blogspot.com/
Untuk idea tu, jawapannya sama seperti yang di atas.

4. Apakah method dalam penulisan blog anda? :
Untuk perkongsian kisah peribadi, ilmu, masalah dan pendapat.

5.Bila blog anda ditubuhkan? :
June 2010

6. Siapa orang pertama yang tahu dan menjadi follower blog korang? :
En. asben dan anak-anak orang yang pertama tahu. Lulu antara orang yang pertama menjadi follower. Thanks Lulu for your support and friendship. Appreciate it so much.

Tag : Rose , Pn. Ros , Diana , Sarah Najwan

Semua ni ni nice blog. PS: Tiada paksaan untuk yang di tag yer. Ikut kelapangan untuk menerimanya. Kalau taknak terima pun takpe. I faham. U all semua sibuk. Confirm I tak akan tagih hutang pun nanti. Kecil hati pun InsyaAllah tidak. So don't worry. Peace.

**Lega rasanya. Hutang award dah siap. Alhamdulillah. Hutang nak siapkan GA in progress. Harap-harap dapat buat sebelum tarikh tutup.

17 comments:

Suara Kalbu said...

Waaaaaaaaaaaaaa...

Tahniah kak .. berjaya langsaikan hutang.

Betul tu kak Hanis. Tag ni suka-suka . Just nak merapatkan hubungan sesama blogger. Yg terima tag tak perlu gundah, kita pun faham masing masing sibuk kan kak

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

yey dapat award..nnti kita gantung k..tq..:-)

Hanis Azla said...

SK : ha..ha.. akhirnya setel jgk. Betullah tag tu sbg suka2. Secara tak langsung kita boleh promote blog kawan2 dan merapatkan hubungan. Itu lg penting kan..

Rose : TQ Rose. Sudi2kan yer.

diana said...

baiknye hati..
hehhe.
award yang atas tu cantik la..

sarah-najwan said...

saya pom byk hutang awrds tu..huhuhu...bilalah nk setelnyer...btw..tq..

pN.rOs said...

terima kasih kak tag saya...
nnti saya ambil tau...
sekarang bit bz siapkan program pnting untuk my students..
luv u... mmmuasccch

Hanis Azla said...

Diana : cantikkan award dari shiemah tu.. sweet sgt..

Sarah : u r welcome. Saya pun tak sempat2 nak buat. Akhirnya setel jgk hari ni.. Alhamdulillah.

Pn. Ros : u r welcome too..wah, bz yer org penting ni.. takpe2, setelkan yg penting2 dulu. Cayang ros juga. Take care yer.

Bayu Kenangan said...

terima kasih sudi terima award tinta pena...

Vintage Rose said...

uhhh..sye dh hutang byk bde2 tag ni..
ntah ble bru leh siapkn

hamzah ian said...

award2.. tag2..

Tn.Punya said...

Salam malam..blog anda di jumpai didalam senarai bloglarian.. ada masa datanglah jenguk2 blog myvitrd.blogspot.com

Peminat Katie Holmes said...

meriah2....

Khairy said...

hutang award memang banyak pun...tapi macam malas lak nak tulis..huhu

Pencacai Alim said...

hutang aku juge..wakakakak

h A n Y S said...

haha, tau takpe, jgn lah nak tangguh2 keje..mcm sy jgk, br habis buat entri psl award2 yg dterima, semput rasa..hehehe

Kayun said...

hahaha..kak..tamnbah hutangbleh x?
BlogLarian..hehe..sya xtau nk tag spa dah slain kak..heheh..dgn yg lain sya segan..hik3

Pala Maldini said...

bagus nko eh, tiap2 bulan kasi langsai semua hutang kad kredit sekali hadap..

emm.. bila la aku boleh macam tu jugak gamak eh..