Friday, December 31, 2010

Doa dan harapan...

Salam semua. Tahun baru 2011 menjelang tiba. Pastinya umur akan meningkat lagi ke satu angka baru. Angka baru yang pastinya akan meningkatkan kematangan diri dan fikiran. Seterusnya membawa kepada perubahan sikap dan tingkah laku yang lebih baik, InsyaAllah.

Usia perkahwinan juga akan bertambah. Pertalianku dengan en.asben akan menjadi semakin erat. Hubungan dan kasih sayang menjadi semakin lama. Harap-harapnya akan menjadi semakin teguh dan terus kukuh. Semoga ianya terus berkekalan hingga ke hujung nyawa kami.

Anak-anak semakin membesar. Alhamdulillah, tahun baru ini semua anak-anakku sudah menjejaki ke sekolah rendah. Tanggungjawabku sebagai ibu dan isteri akan menjadi lebih besar. Tugas mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berjaya dan berguna dalam pelajaran dan sahsiah diri akan menjadi lebih mencabar. Semoga anak-anakku menjadi anak yang soleh dan beriman. Semoga segala ilmu yang mereka dapat dan pelajari mendapat berkat.

Emak dan kedua mertuaku akan lebih berusia. Seharusnya perhatian kami sebagai anak untuk mereka perlu ditingkatkan. Semoga kami dapat menjaga fizikal dan hati orang tua kami yang terlalu banyak jasanya itu sehabis baik. Semoga kami terus menjadi anak-anak yang mampu memberi kegembiraan dan kebahagian buat mereka.

Azam baru pastinya ada. Yang lama juga masih banyak yang perlu diteruskan. Harapanku semoga 2011 menjadi tahun yang lebih baik untuk kehidupan kami sekeluarga. Mohon dikurniakan keberkatan umur dan rezeki buat kami sekeluarga. Minta dijauhkan dari sebarang penyakit dan wabak. Semoga kami menjadi insan yang lebih beriman dan bertakwa.

Untuk teman-teman blogger, semoga persahabatan kita akan terus berkekalan. Terima kasih kerana sudi menjadi teman baru yang sangat baik untukku. Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua. Aku doakan semua yang terbaik untuk kalian dan keluarga. Take care & happy always...

20 comments:

Unknown said...

selamat tahun baru

Hanis Azla said...

Thanks yer..

sarah-najwan said...

selamat tahun baru 2011..

Dinas Aldi said...

Selamat menyambut tahun baru untuk Hanis & keluarga. semoga persahabatan yg baru terjalin ini akan berkekalan :D

Hanys Najib said...

selamat tahun baru kak~
;D
moga tahun ni lebih maju dari tahun lepas..;)

fiezah91 said...

selamat tahun baru

azzey said...

Hanis Azla: umur makin meningkat tu mmg pasti....:)

DrMaya said...

Selamat tahun baru kak..semoga terus ceria bahagia sihat walafiat

sud@is said...

selamat tahun baru nak ucap juga...
semoga bahagia berjaya cemerlang dan hebat

yua said...

smoga tahun baru mjadi thun yg lebih baik bbnding thn sblumnya ;)

Izan Ishak said...

selamat tahun baru ye kak... moga thn ni dilimpahi kebahagiaan buat kita semua~

mak encik | SZ said...

selamat tahun baru utk kak hanis sekeluarga :)

Solihin Zubir said...

semmoga tahun baru ini lebih baik drp sebelumnya..
innsyaAllah.. amin.. :D

Unknown said...

happy new year beb! :)

Sizzling Suzai said...

insyAllah smoga kt sama2 dpt ape y di hajati utk tahun 2011 ini..amin..
akk thanks 4 d link..i hv put urs in mine too erk.. ^^

Hanis Azla said...

Thanks for the wish yer u all semua..

Suara Kalbu said...

Kak Hanis

Selamat Tahun Baru 2011 ya. Semoga Kak Hanis sekeluarga dilimpahkan rahmat, rezeki, bahagia dan kesihatan yang tak putus-putus.

Thanks juga utk satu persahabatan maya ini

Hanis Azla said...

Aminnn.. Thanks Ida..

Ogy said...

selamat tahun baru buat hanis sekeluarga....

Hanis Azla said...

thanks ogy..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...