Nuffnang

Thursday, December 2, 2010

Dapat pujian... Thank you Allah..

Selalunya, bagaimana penerimaan dan reaksi kita bila menerima pujian???

Eh, takdelah.. biasa aje...

Taklah, mana ada cantik pun...

Alar, tak comel mana pun...

Tentu pernah dengar kan jawapan sebegini. Aku pun selalu guna juga jadi tak bolehlah nak mengaku kata tak pernah dengar. Selalunya sebelum ucapan terima kasih tu, mesti kita cuba nak nafikan dulu setiap pujian yang kita terima. Seboleh-boleh kita nak menidakkannya terlebih dahulu. Iyelah, takut-takut andai orang kata kita ni perasan pulak.

Tapi bila difikirkan balik kenapa pula kita perlu membuat penafian. Sedangkan yang baik itukan dari Allah. Tentu lebih baik kalau kita ucapkan terima kasih pada yang memuji dan tanpa lenggah mengucapkan syukur pada Allah yang mengurniakan segala kebaikan, kecantikan dan segala-gala yang indah itu kepada kita. Itukan adalah lebih baik dari kita bersusah payah untuk menafikannya. Apa yang lebih penting, jangan riak dengan pujian yang diterima.

**sedang cuba memperbaiki diri dengan lebih banyak bersyukur dengan pemberianNYA yang maha indah lagi sempurna. Alhamdulillah, Thank you Allah.

17 comments:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

betul..kecantikan itu datang dari Allah..harus bersyukur
cuma kdg2 tu kita selalu rasa kerdil utk terima pujian2 tu sbb tu selalumengelak dari mengaku.

nak tanyela, mangga ad tu ok tak income dia?

sarah-najwan said...

betul tu..
kita kdg2 segan je dgn pujian org..hehe..harap2 org yg memberi pujian tu ikhlas

Hanis Azla said...

Rose : iyelah, malu pun iye jg..
psl mangga ads tu, pada akak ok juga. Dari segi admin ok. Psl amountnya lebih kurang ajer dgn yg satu lg tu..tp nak ckp lebih pun tak tahu sbb jumlahnya utk dua2 tu sama ciput utk blog ni.. Tp Alhamdulillah, naik jugalah semangat.

Sarah : kdg tu sbb segan. so mulalah xnak mengaku..

diana said...

suka betul bila dapat pujian..
tapi yang memuji
biarlah ikhlas..

Hanis Azla said...

siapa yg x suka dpt pujian kan.. tp klu yg memuji tu ikhlas lglah suka.. Syukur Alhamdulillah..

khaiyisah husna said...

syukur alhamdulilah...
sebab akak puji sy comel, kan akak kan? hehehe ^^

wahida said...

hai sis, thanks drop by my blog..saya dah follow kembali...

Hanis Azla said...

khaiyisah husna : ha..ha.. serius, mmg comel.

Wahida : u r welcome sis.. Alhamdulillah..

Khairy said...

bersyukur kerana diketemukan blog hanis azla...pheewit....sweet tak? hehe

Hanis Azla said...

ha..ha.. sweet sgt. Terima kasih, Alhamdulillah..

Peminat Katie Holmes said...

nak puji jugak lah.
sweet lah kak hanis anak tiga ni.haha

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. Thank you yer..

Suara Kalbu said...

Terima pujian memang sangat best. Kembang segala-gala tapi jangan jatuh riak pulak

Yg memberi pujian tu yang susah nak teka ikhlas ke tidak.

Hanis Azla said...

Itulah, mmg susah nak teka. Tp tak kisahlah, kita balas saja dengan ucapan terima kasih yang ikhlas. Itu lebih senang kan..

Omu Rice said...

pujian kadang2 menghanyutkan diri kita..kalau kita xbersyukur pasti Allah tarik balik..huhu...jadi sentiasalah bersyukur...sujud syukur lagi bagus..salam ziarah dari omu...bloglarian..

Pala Maldini said...

kena puji tentulah kembang mambang.. dan terasa semacam ada goose bump!

SoutulMujahid said...

betol tu.. tp pada hakikatnya, syukur itu bukan terletak pd bibir semata2, tp terletak pd kelakuan hamba-Nya

sedihnya mengenangkan diri ni yg selalu x bersyukur

hari2 ada je maksiat yg dilakukan