Tuesday, December 14, 2010

Bergantung tali, berpantang makan..


Alhamdulillah, hari sabtu lepas anakkku Is dah selamat berkhatan bersama-sama dengan sepupunya. Sepatutnya tiga orang sekali termasuk anak bongsuku Az. Tapi di saat akhir dia menarik diri pula. Takpelah, dia pun kecil lagi. Baru enam tahun. Dua tiga tahun lagi pun masih boleh tunggu untuk berkhatan. Jadi tiada paksaan dari aku mahupun en.asben.

Masa nak pergi klinik tu punyalah excited Is dan sepupunya. Tergelak sakan bila kena pakai kain pelikat ke klinik. Sampai klinik pun punyalah relax. Langsung takde tanda-tanda gabra. Tanda-tanda takut mahupun pucat pun takde. Bangga aku bila lihat anak lelakiku seberani itu. Tapi mungkin juga nak cover macho sebab semua anak-anak lain yang menunggu giliran juga kelihatan cool sepertinya.

Disebabkan bilik rawatan untuk berkhatan itu sempit maka ibu bapa tidak dibenarkan masuk sama sewaktu proses berkhatan di lakukan. Jadi en.asben hanya menunggu di luar. Tapi boleh pula masa Is nak berkhatan tu, ada kontraktor datang nak betulkan tombol pintu bilik rawatan. Jadinya pintu bilik rawatan itu pun merenggang sedikit. Ish.. spoil betullah. Tapi dapatlah juga en.asben ambil gambar sesnap dua bila pintu bilik merenggang sebegitu. Ha..ha... ambil kesempatan lagi.

Keluar dari bilik rawatan pun punya selamba. Dalam mulut siap ada lolipop lagi. Langsung tak nangis. Laju aje jalan. Naik kereta pun boleh naik sendiri. Wah.... Tapi setengah jam lepas tu masa kat rumah bila ubat bius dah hilang kesannya barulah dia mula menangis. Beria pulak tu. Bila dia dah menangis, sepupunya pun apa lagi, terikut samalah. Aduh gamatlah kejap kat rumah aku. Dahlah kita orang plan nak buat kenduri doa selamat sikit malam tu. (Kenduri itupun memang dia yang request. So takkan aku taknak buat pulakkan)

Mana nak layan dia orang mengerang kesakitan. Bab menangis pun tak sudah lagi. Mana nak pergi pasar. Mana lagi nak masak. Aduh, nak cancel kenduri, jiran-jiran dan saudara mara terdekat dah dijemput. Jadi nak taknak kenalah juga handle semuanya sebaik mungkin. Selepas makan ubat, tidur kejap, layan game, layan coklat barulah okey. Lega rasanya.

Alhamdulillah, majlis kenduri doa selamat malam itu pun berjalan lancar seperti yang dirancang. Meriah rumah aku dengan kehadiran keluarga aku dan en.asben juga jiran-jiran terdekat.

Oh ye, pagi tu sebelum ke klinik aku belikan nasi lemak ayam berempah untuk anakku bersarapan. Sambil makan Is menyoalku. Ma, nanti kena berpantang makan ni dua bulan kan?? Ha..ha.. tergelak aku mendengarnya. Dua bulan tu untuk berpantang lepas bersalin. Berpantang untuk berkhatan ni cuma sampai baik saja. Tak perlulah sampai dua bulan. Lawak betullah anak aku ni.

22 comments:

tigrismalaya said...

eh skrg pakai gantung tali lagi yer..

tgk anak kawan berkhatan selamba jer pakai kain pelikat gitu jer

MamaTiaMia said...

ha..haa..selamat..so cute tergantung2..penat lah mama menjaga ye..sian kena pantang lagi;)

Hanis Azla said...

TM : ha..ha.. neneknya yang nak berikat2 cam gitu. Katanya barulah ada feel org bersunat..

MamaTiaMia : Ha..ha.. memang penat nak layan kerenah org yang berpantang tu.. Mcm2 permintaannya.

aibaks said...

hmm... best gak dgr pasal khatan ni.. sbb hujung tahun ni selalu isu kawin jer..hehe

Suara Kalbu said...

hahahahahahah.. 2 bulan pantang ? Sweet je anak kak hanis

Kayun said...

haha..seingat2 sya dlu tme abg berkhatan dlu..dia duduk kat tengah2 ruang tamu pastu tnggu orang mai bg duit kat dia...tme tu syok ja tgk dia dok bilang duit..haha xD

Hanis Azla said...

aibaks : bila cuti sekolah mmg musim org kawen & berkhatan..

SK : klu betul 2 bulan pantang, muak plklah akak nak melayan..he..he..

Kayun : ha..ha.. mmg, lebat jgk collection org berkhatan ni..

♥MAMASYAZA♥ said...

samala cam ami dulu, kat dlm bilik doc, siap tutup muka dgn sapu tangan, tak berani nak tgk. bila dah selesai, masih boleh tersengih2, tp bila dah habis ubat bius, meraung sakan

Hanis Azla said...

kita dok ingatkan kuat sangat, tp menangis juga akkhirnya kan.. ha..ha.. anak oh anak.

Pala Maldini said...

khatan zaman sekarang ok lah.. tak sakit.

cuba test mudim kampung.. hehehe.. baru nampak janggut tok mudim.. mau berlari keliling kampung "menyelamatkan" diri..

Anyway, TAHNIAH Is !!

welcome to the next level.. kena jadi gentleman lah lepas ni...

azlin hashim said...

mak aih! tingginya tali. kalau kat tempat sy bdk2 berkhatan ramai2, siap ader kompang lg, yg menariknya ader bomba sekali tuk siram2 bdk2 tuh, sajek nak happy dulu, pastu meraung!

Fuz said...

teringat memori lama.
umur 5 tahun dah kena sunat.

Hanis Azla said...

Pala Maldini : citer based on pengalaman ker? ha..ha.. skrg ni guna laser.. kurang sikit kot sakitnya.. Thanks yer..

Azlin : Itu ajer tempat yang boleh gantung. Tinggi pun tinggilah. he..he.. Klu berkhatan ramai2, suasananya mmg lebih meriah kan.

PKH : Wah cepatnya..

pN.rOs said...

haha lama tak rasa suasana rumah yg ada budak berkhatan... cam best ja usik2 depa kui kui

Hanis Azla said...

mmg best dpt usik2 depa ni.. tp bab nak menjaga tu mmg ada penat sikitlah..

wahida said...

wah...Is dah besar ye...tahniah Is..sgt berani...nak pantang sampai 2 bulan yg x tahan dengar tu...ekekekek...

Hanis Azla said...

Diana : Masalahnya nak pantang 2 bulan tu mcm2 permintaannya sbb dia mmg suka makan..

Wahida : Alhamdulillah, dh jd org besar.. solat pun boleh masuk saf depan sikit.. Itu yg dia nak sgt berkhatan tu..

faryzh said...

hehehe..teringat zaman2 berkhatan dulu..

Hanis Azla said...

Faryzh : he..he.. nostalgia yer.

Melor : Salam perkenalan juga. Thanks yer..

Hanis Azla said...
This comment has been removed by the author.
-Sara- said...

xsabar nk tgu sunat syaqir gak nti, tp lmbt g lah kot, bru 3thn,hehe :P

Hanis Azla said...

akak masa anak kecik2 pun rasa cam gitu juga.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...