Sunyi pula suasana rumahku sejak semalam setelah empat, lima hari riuh dengan suara Tok, makcik dan sepupu-sepupuku. Nenek yang ku panggil Tok telah pulang ke rumahnya di Taiping. Biasalah orang tua. Mana betah mahu tinggal lama-lama di rumah orang.
Cadangnya aku dan en.asben mahu menghantarnya pulang pada hujung minggu ini. Tapi memandangkan makcikku ada tugas di sini maka makcikku yang membawa Tok aku pulang ke Taiping kelmarin. Lagi pun memang Tok aku sudah tidak sabar-sabar mahu pulang ke rumahnya. Macam-macam alasannya. Itulah, inilah.. tapi kami tahu, Tok sebenarnya tidak selesa untuk tinggal lebih lama. Jadi bila ada yang mengajak memang suka benarlah Tok aku.
Hajat di hati mahu membawanya berjalan-jalan di sini. Tapi tidak berkesempatan pula. Mana dengan kami sekeluarga pergi bercuti, berkerja lagi, anak berkhatan pula. Jadinya aku hanya mampu membawanya keluar sekejap-sekejap ke kedai dan ke rumah saudara mara rapat di sekitar sini-sini saja. Jadilah dari asyik terperuk kat rumah.
Tok aku sudah berumur 85 tahun. Tapi dia masih mampu berjalan sendiri. Masih kuat untuk umur sepertinya. Bila hendak keluar dia lebih selesa memakai kain batik dan berbaju kedah saja. Jadi setiap kali aku mengajaknya keluar mesti Tok akan mengajukan soalan ini kepadaku.
Tak malu ke nak bawak tok jalan-jalan pakai baju macam ni???
Ish.. Tok ni. Nak malu apa pulak. Orang tak kisah pun...
Concern betul Tok aku tu. Takut benar kalau-kalau aku malu. Padahal aku langsung tak kisah. Buat apa pulak aku nak malu. Kalau aku malu takkan pula aku mahu mengajaknya berjalan keluar. Walau bagaimanapun penampilannya, aku tetap bangga untuk mengakui dialah nenek aku. Tak pernah pula aku nak rasa malu.
Perasan tak, orang tua kita memang selalu begitu. Mereka selalu mahu menjaga air muka kita. Sedangkan kita ni jarang benar mahu menjaga air muka mereka. Kalau buat sesuatu perkara jarang benar mahu fikirkan perasaan mereka. Apalagi menghiraukan pandangan orang terhadap mereka dengan kelakuan kita. Entah kenapa, aku jadi sedih dan rendah diri pula bila mengenang soalannya itu. Sangat perihatin dan bertimbang rasa. Sedangkan kita ini, jarang benar begitu...
15 comments:
bagus2. sama lah kita. biar la apa orang nak kata. One day, we surely be at the same situation.
kak...sblm dok baca ni memang mood saya tiba2 syahdu dok teringat kat mak n abah..tambah bila baca perenggan yg last tu..huhu
PKH : betul, buruk ke, baik ke, itu tetap keluarga kita. kita pun akan tua juga.. dan perasaannya akan jd seperti itu juga nnt.
Kayun : Semoga kita menjadi anak2 yang dapat membahagiakan ibu bapa dan keluarga kita InsyaAllah..
betul tu..
itulah org tua kita
penuh nilai murni..hehhe
my FIL mcm org kampung betul..
salu pakai kain pelikat je jika ke mana2..xselesa pakai seluar katanya..
saya ikut je..xkisah pun..asal dia selesa..
sarah, kita biarkan ajer apa yg selesa pada mereka kan.. Kalau kita mahu mereka ikut cara kita takut mereka terasa pula.. nilai murni mereka tu banyak yg boleh kita contohi kan.
betul la hanis.. sama laa kalo abah zura dtg umah baru sehari je kt umah dah resah nak balik..tak sabar2 nak balik dah..tiap kali g jalan je tiap tu la gaduh ngan mak pasal nak balik cepat :0
yaa..sy setuju!
kita tak pernah pikir ape yg mereka pikir kan?
rasa sedih lak baca ni..:-(
izan pun setuju sgt. kita sepatutnya yg kena lebih jaga perasaan org tua2. lagi2 bila mereka dah berusia, hatinya mudah tersentuh dan sensitif~
**rindu mak saya~
rindu pulak kat tok. dia pun dah baya2 tok akak.
Azura : biasalah tu.. ddk rmh anak cucu lama2 mmg buat mereka rasa tak selesa..
Rose : kita ni asyik fikir pasal kita aje kan.. sedangkan mereka tu.. selalu fikir pasal kita..
Izan : kita sendiri pun selalu sensitif.. inkan pula mereka yg dah berusia itu kan..
GC : selalu rindu kat tok juga..
alahai..
sedih lah baca n3 nie...=((...takper, jagalah hati orang tua selagi kita mampu. =))
hmm nice..jaga la orang tua kita, seperti mana mereka menjaga kita dari kecil.hee~
Diana : mmg selalunya macam tu kan..
Hamzah Ian : hmm.. alahai.
Shiela Latif : semampu yang kita mampu kan..
Wan Gerrard : yup, itu yg sepatutnya.
huhu betul tu....
alamak rindu pulak kat arwah nenek...huhuhhu
Post a Comment