Saturday, December 25, 2010

Pagi yang menakutkan aku...

Aduh.. kecut perut aku pagi tadi. Mana taknya. Masa aku nak sidai kain baru terperasan ada satu t-shirt en.asben yg telah bercapok kerana ada pakaian lain yan turun warnanya ke t-shirt en.asben itu. Punyalah aku gabra. Waktu tu pula en.asben takde kat rumah. Pagi-pagi dah keluar pergi seminar aikido. Kalau dia ada bolehlah aku terus minta maaf. Walaupun bukan aku yang kotorkan baju tu tapi sebab tugas mencuci tu kerja aku, jadinya bila ada benda yang tak kena mestilah aku yang dipertanggungjawabkan.

Puas aku sental dengan sabun tapi warna yang turun di t-shirtnya tetap juga tak mahu tanggal. Rasanya macam nak rendam dengan clorox saja. Tapi takut pula sebab t-shirt tu warna merah. Kalau turun warna lagilah aku tak tahu nak jawab apa.

Punyalah suspen sementara nak tunggu en.asben balik. Bukanlah en.asben aku tu garang sangat sampai aku ketakutkan. Tapi aku risau sangat sebab t-shirt yang kena tu t-shirt kerja dia. Ada satu pulak tu yang warna itu. Buatnya ada function ofis nak kena pakai t-shirt tu, mana pulaklah aku nak cari t-shirt merah lain yang ada company logo dan nama department kat supermarket.
Itu yang buat aku kecut perut.

Bunyi kereta en.asben stop depan rumah dah buatkan aku berdebar-debar. Bunyi en.asben pijak anak tangga lagi buat darah aku jadi gemuruh. Nampak aje muka en.asben aku terus rasa nak nangis. Tak bertangguh aku terus bukak cerita sebenar. Takde tunggu-tunggu lagi. Goda mengoda dulu untuk ambil mood dia pun aku dah tak ingat dah. Mujur en.asben rileks saja walaupun adalah juga dia perli-perli manja kat aku. Fuh lega.

Takpelah cuma kena perli saja. Tahan sajalah telinga ni untuk dua tiga hari ni. Nak buat macam mana. Dah nak terkena. Selalunya t-shirt dan baju en.asben memang aku cuci tangan. Tapi yang satu ni boleh terlepas pula. Baju en.asben sorang pulak tu yang kena. Baju aku dan anak-anak kat dalam cucian yang sama takde pulak yang kena. Ish.. macam kena sumpahan pulak... he..he.. masuk mesin lagi baju suami kan dah kena macam tu.. (itu lawak aku pada en.asben)

Ada tak yang tahu petua nak hilangkan baju yang terkena capok warna lain dari pakaian lain yang turun warnanya. Boleh juga untuk aku cuba untuk bersihkan balik baju en.asben tu sebelum ianya bertukar status menjadi kain buruk di dapur.

10 comments:

Suara Kalbu said...

Kak Hanis,

Basahkan dan cuba sapu dekat tompokan warna dengan varnish liquid tu. Biarkan sekejap.Lepas tu berus atau basuh dengan tangan kat sapuan tu.

Varnish selamat untuk kain warna tak akan luntur.

Ida pernah cuba sebelum ni. Alhamdulillah.

Hanis Azla said...

Thanks ida. Nnt akak cuba mana tahu berhasil. Td akak cuba juga tp rendam dengan vanish terus tp tak menjadi mcm tu.

♥MAMASYAZA♥ said...

try letak bedak, bedak apa pun takpe, kat warna yg melekat dibaju tu, biar lama ckit bedak tu, lepas tu, berus, insyaallah hilang

sarah-najwan said...

baju kemeja hubby saya kerap kene dakwat pen..

ni bukn hubby yg marah..saya lak yg membebel2..geram..nak2 baju kemeja yg baru dibeli..huhu..

saya juga nk petua utk hilangkn kene gtu..boleh applykan..hehe

Unknown said...

boleh lak hanya baju asben yg kene eh dlm byk2 baju tuh...mmg mcm kene sumpahan je...hehe

Hanis Azla said...

Diana : ingatkan kat rumah aje kena.. kat dobi pun boleh terkena juga yer.. Mujur juga mereka nak bayar gantirugi tu kan.. Kalau tidak tentu sakit hati jadinya..

Mamasyaza : Thanks yer..td cuba dengan varnish.. nampak kurang sikit.. cuba letak bedak pun nampak kurang sikit tapi still tak hilang sepenuhnya.. kena cuba berulang lagi kot sbb warna tu nampak susah benar nak tanggal..

Sarah : oh ini mesti kes terlupa tutup pen dan terus masuk poket kan.. en. asben saya plk jenis yg berjaga2.. itu yang kalau saya yg rosakkan baju dia terus jadi gabra semacam.. he..he..

Papa Mifz : iyelah, mcm kena sumpahan pulak.. he..he.. salam kenal yer..

HaDi said...

Xde petua la pula...selalu klo kne cm2,,sental balik..klo xblh hlg,,terus buat kain buruk..hehe

Hanis Azla said...

setakat ni lps cuba petua2 yg diberi nmpk ada kurang sikit warna
yg turun tu tp masih ada lagi kesannya.. Rasanya kena cuba dua tiga kali lagi sblm ianya hilang sepenuhnya. Harap2 baju tu tak selamat menjadi kain buruk.. he..he..

Ogy said...

baguss gak ni ade petua2 kat sini....selalu gak jadi mcm ni...aduii geram sungguh...tp silap sendiri jugak tak hati2..main campak je... :)

Hanis Azla said...

ha..ha.. nnt boleh cuba petua2 tu.. itulah, mmg lbh tension klu silap sendiri yg x hati2 kan..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...