Semua orang ada nama panggilan kan. Kadang-kadang tu kita hanya mengenali seseorang dengan nama panggilan. Nama sebenarnya kita langsung tak tahu. Macam aku, sepupu sendiri pun ada juga yang aku tak tahu nama sebenar. Sebabnya sudah terbiasa dengan panggilan yang digunakan sejak mereka kecil. Sudahnya hanya tahu nama sebenar bila dapat kad kahwin. Kalau tidak pun masa nak add friends dalam facebook.. he..he.. Itu pun cuma baru-baru ini. Itu yang kalau tengok nama kita confuse nak add, tapi bila tengok gambar baru kenal siapa orangnya.
En.asben aku sendiri sudah melekat nama panggilannya boy. Sehinggakan bila dah dapat anak buah pun dah tak boleh tukar nama panggilan itu. Sudahnya terus jadi uncle boy. Anak aku yang bongsu pun dah melekat dengan nama panggilannya. Semua orang dok panggil dia baby. Even dia sendiri pun membahasakan dirinya baby. Masa kecil dulu kira okeylah. Tapi bila dah besar-besar ni rasa macam pelik pulak. Nak masuk darjah 1 tapi panggil baby juga. Kalau perempuan tu tentulah bunyi macam cute. Tapi bila anak lelaki yang dah besar-besar pun panggil baby rasa macam tak kena pulak.
Aduhai, susah betul rasanya nak tukar. Tapi kalau tak tukar, nanti melekat pula sampai ke tua. Jadinya sempena nak masuk tahun baru ni aku berazam nak panggil namanya dengan menggunakan nama sebenar. No baby, baby lagi. He..he.. tapi baby juga yang sedap di mulut ni.
Tadi masa sms, en. asben dah start guna nama baby sebenar. Bunyi macam best pulak. So aku pun kena start ubah jugalah nampaknya. Harap-harap lembutlah lidah ni yer.
Tadi masa sms, en. asben dah start guna nama baby sebenar. Bunyi macam best pulak. So aku pun kena start ubah jugalah nampaknya. Harap-harap lembutlah lidah ni yer.
17 comments:
anak2 izan semua panggil nama penuh. takde singkatan atau gelaran. tp mmg betul kalau dgn sedara mara, sepupu selalu tak tahu nama penuhnya apa kan...
*oh...baby nak masuk darjah satu dah ye...
Heheheh! saya dari kecik dipanggil Yang dalam family. kat neighbourhood ni pun kalau sebut nama betul, rasanya hampeh orang tak kenal sebab dema pun panggil saya Yang, kahkahkah!
Diana : ala comelnya tuan puteri Maisara ni.. tp betullah, anak perempuan ni mmg selalu demand sikit.. Nama pun nak pilih sendiri mana yg dia suka kan..
Izan Ishak : haah, esok lusa nak masuk darjah 1 dah.. bagusnya panggil anak guna nama penuh.. taklah sia2 kita bagi nama yg sedap tu kan.. ini yg kena ubah juga ni..
Dinas Aldi : ha..ha.. betullah.. bila sebut nama betul org semua tak kenal.. akak pun nak panggil yang jugalah.. he..he..
nama anak saya yg no 1 dan 2 panggil along dan angah..
yg no 3 dan 4 panggil nama betul lak..hehe..
tapi kalu time lontaran vokal..seme dipanggil nama penuh..lengkap bin lagi..hehe
ha..ha.. lontaran vokal yer cikgu sarah.. samalah, masa tu aje mmg guna nama sebenar.. tp masa kat sekolah dulu mmg kalau ada hal aje mesti cikgu akan panggil guna nama penuh siap nama ayah sekali kan.
ingatkan akak minat lagu baby..baby ... by justin beberrr tu..ihikss...
insyaallah..
wish u boley tukar nma pnggilan anak ye. bukan apa, takot bila besar ada kawan2 dok ejek.. pham2 la skang nie kan
sz m.s.s : ha..ha.. akak pun minat juga lagu tu..
aku : thanks yer.. akak pun terfikir mcm tu juga..
cam anak bongsu akak umur dah 13 taun, semua panggil adik..tapi maksu dia lagi hebat..dah anak 4 mak dia panggil adik lagi..
apa2 yang terjadi pada anak2 berpunca dari ibu bapa kan.....
masa kecik comey ja panggilan tu....
Whitecuppuchino : dh melekat terus nama tu yer..
Sud@is : mmg betullah.. ity yg klu blh nak tukar juga dr skrg
Anak2 saya semua panggil nama betul...konon2 sekarng nak buat gelaran Along, Angah, Uda...tapi tak menjadi-jadi..huhu
mula2 ni mcm susah sikit.. lama2 baru menjadi kot.. he..he.. nnt kita sama2 terus mencuba yer..
salam hanis, anak BSB yg kecik pun kami panggil Baby. Skg dah 2 tahun.
samalah kita yer.. klu x tukar & takde adik lg tu mesti nnt melekat smp besar mcm anak saya tu.. tp mcm best aje bila panggil baby kan..
apa salahnyaaa kalo melekat...nnti dpt adik lagi..br tukar..panggil adik pulak baby...heheee
ha..ha.. takut2 nnt dh dpt adik pun melekat juga nama tu..
Post a Comment