Monday, December 20, 2010

Itu aku.... Yang bertuah..

Masih tak sihat. Tapi nak juga nak post entry. Jadinya terpaksa muatkan 2 cerita dalam 1 entry.

ITU AKU

Dapat tag "Itu Aku" dari adik manis
Kayun . Thank you sis. Dan tugasannya ialah :

*Copy & paste character Pink seperti yang di bawah ini. - Done, Comelkan Pinky ni.

*Upload a picture of you.
Err.. the request is denied.. He..he.. nanti-nanti boleh tak Kayun...

*Kenalkan diri anda.
Saya seorang isteri dan ibu yang berkerja. Saya mempunyai 3 orang anak berumur 6, 9 dan 11 tahun. Saya mempunyai seorang anak perempuan (Han) dan dua orang anak lelaki (Is & Az). Saya merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik perempuan. Saya seorang yang murah dengan senyuman. Jadi memang jarang ada orang yang akan kata saya ni sombong.

*Bagi wish untuk bulan Disember.
Nak siapkan persiapan persekolahan anak, Nak iron semua uniform anak-anak sebelum sekolah buka, Nak balut buku sekolah anak, Nak bersiap sedia untuk sibuk dengan aktiviti anak-anak bila sekolah di buka nanti. (anak-anak sedang meningkat naik jadi memang segalanya berkisar tentang mereka yang menjadi kepentingan dan tanggungjawab saya).

*Tag 5 Follower.
Kalau nak tag semua follower boleh tak. Sebabnya saya pun nak kenal siapa anda semua. Jadinya pada yang sudi, sila-silakanlah yer..

*Tajuk entry mestilah Itu Aku. OK.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Follower yang ke 200...


Minggu lepas saya menjadi Follower bertuah yang ke 200 di Blog Faris. Siap dapat award lagi. Sukanya. Thanks yer. Cantik award ni. So, pada sesiapa yang nak dapat award macam ni bolehlah berkunjung ke Blog Faris yang best ni. Untung-untung dapat award yang cantik ni macam saya. Untuk Faris, terima kasih banyak yer. Sori yer, lambat sikit nak update pasal award tu sebab tak sihat sikit dua tiga hari ni. Salam kenal dari akak.

9 comments:

sarah-najwan said...

saya ni yg byk hutang tagged nge awards nih..bilo nk setel nih..huhu

Kayun said...

hehe..xpa eh xdak gmbq pun..terharu kak buat ni..hihi
ohh kak ada dua anak lelaki ngan seorang perempuan eh..hehe..sama bilangan dengan adik beradik saya...=)

Hanis Azla said...

Sarah : he..he.. biasalah tu. Saya pun mmg cari masa. Tak buat rasa mcm tak best pulak...

Kayun : Thanks kayun..Oh yer ke. Samalah bilangan anak2 akak dengan adik beradik kayun. Dua yg lelaki tu selalu buli kayun tak? Klu anak akak yg sulung tu, dia yg suka buli adik2nya... he..he..

Dilla Ady said...

baru nk tgk camne orgnye hanis azla nih...huhu..kempunan ;(

Hanis Azla said...

Diana : Thanks yer.. Mmglah skrg ni musim tak sihat.. kat rumah ni boleh kata semua demam.. Kat ofis pun gitu juga.. So diana & anak2 take care yer.

Dill Ady : ha..ha.. takyah kempunanlah. Saya ni biasa aje.. tp malu2 nak tunjuk muka.. he..he.. InsyaAllah nnt2 kot.

Latifah said...

owhhh lamanya tak tinggal jejak kak sini...

hai akak =)

emmm baru perasan, tak pernah tengok muka tuan blog nih... ngeee

Hanis Azla said...

Takpe.. akak tahu Latifah sibuk. Sesekali datang singgah ni pun akak dah suka.. nnt2 insyaAllah boleh tgk muka yer..

Kayun said...

heeee...memang pun la akak. tapi kan akak tu time kecik2 ja. bila dah besar, depa dua jadi penyayang...haha..kalau nak pergi mana2 mesti kena berteman dengan depa...^^

Hanis Azla said...

wah, bagusnya kalau macam tu.. terus ada bodyguard skrg yer..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...