Kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Waktu itu saya dan keluarga baru keluar dari Pasaraya Carrefour di Alamanda. Dari jauh saya nampak kelibat seseorang yang begitu saya kenali. Rasanya bukan saja saya, malah satu Malaysia juga pasti mengenalinya. Bagaikan bermimpi saya dapat berjumpa dengannya di tempat yang sebegini. Saya menoleh sekeliling. Tiada orang yang menghampirinya. Tiada juga orang yang berkawal disekitarnya. Adakah saya tersalah orang pada waktu itu?
Saya dan keluarga terus berjalan sehinggalah jarak kami saling berhadapan. Ya, saya tidak silap orang. Memang beliaulah orangnya. Wajahnya nampak begitu bersih. Beliau nampak muda walaupun kelihatan sedikit kurus dari yang selalu kelihatan di kaca TV. Saya tersenyum. Beliau membalas senyuman saya itu. Sungguh saya jadi tergamam. Dato' Sri Tegur saya perlahan dengan nada penuh hormat dan mesra. Beliau mengangguk sambil tersenyum lagi. Sedangkan pada waktu itu gelaran Dato' Sri yang dimiliki beliau sudah bertukar kepada gelaran Tun. Entah mengapa gelaran Dato' Sri yang sudah sekian lama meniti dibibir ini membuatkan mulut saya ringan benar menegur beliau begitu. Alangkah malunya saya. Tapi rasa gembira mengatasi segalanya saat itu.
Saya begitu ingin bersalaman dengan beliau. Tetapi saya sedar beliau bukan muhrim saya. Jadinya saya perlu mendapatkan keizinan daripada suami saya terlebih dahulu. Bila sudah beberapa langkah meninggalkan beliau, cepat-cepat saya menoleh kembali untuk memastikan yang saya tidak bermimpi. Dan secepat itu juga saya memohon keizinan dari suami untuk bersalaman dengan beliau. Tetapi dalam waktu yang singkat itu, sudah ramai pula yang mengerumuninya. Ramai juga yang sedang bersalaman dan bergambar denganya. Waktu itu saya tahu, peluang saya untuk berhadapan dengannya sekali lagi takkan berulang semula seperti sebelumnya tadi. Walaupun begitu, dapat bertegur sapa dengannya pun sudah membuatkan saya berasa cukup gembira untuk hari itu. Jadilah, setidak-tidaknya saya pernah menyapanya. Menyapa insan yang menjadi idola saya selama ini. Beliau ialah Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Saya memilih Mantan Perdana Menteri kita yang keempat sabagai idola saya adalah kerana saya begitu berbangga kerana Malaysia mempunyai pemimpin yang berpandangan jauh sepertinya. Begitu banyak pembangunan yang dapat kita lihat di waktu beliau mentadbir negara. Walaupun ramai yang mencemuh namun setiap pembangunan yang diilhamkan olehnya menjadi mercu yang membuatkan Malaysia lebih dikenali di mata dunia. Dan pembangunan-pembangunan itu sekarang sudah menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Pada saya, beliau ialah seorang pemimpin negara yang sangat bijak. Biarlah apa yang orang lain kata tentang beliau, namun saya tetap menganggapnya sebagai idola saya.
Seperti orang lain, saya juga mempunyai Idola sendiri. Idola pertama saya semestinya tidak lain dan tidak bukan Rasullullah SAW. Emak, ayah dan suami juga merupakan idola dan inspirasi saya. Pada saya idola dan inspirasi bukanlah hanya kepada kejayaan yang di miliki oleh seseorang itu. Tapi sifat baik yang ditunjukkan juga sikap dan perhubungan mereka dengan orang lain juga boleh menjadi ikutan kita.

** Entry ini adalah untuk peraduan sempena 1 tahun blog Mencari Erti Hidup milik Cik Latifah. Sebenarnya dah lama dah peraduan ini berlangsung. Tapi saya tidak punya cukup masa untuk mengarang entry untuk peraduan ini. Mujur saya dapat menyiapkannya juga sebelum tarikh tutupnya 31 Disember ini. Tapi sebelum itu saya perlu tag 3 orang lain untuk menyertai peraduan ini.
Minta maaflah yer, akak tak beri cukup masa untuk kalian semua. Jadi kalau berminat dan berkesempatan bolehlah menyertai peraduan ini. Syarat-syarat penyertaan bolehlah di lihat di sini. Peraduan Menulis Idolaku, Inspirasiku.
12 comments:
wahhhhh..
errr tak tau nak komen apa...
=)
semoga berjaya dalam peraduan ni!
Latifah : he..he.. saya pun tak pasti dgn penulisan sebegitu layak ke masuk peraduan tu.. saja cuba2 nasib.
Dinas Aldi : thanks dinas.. Klu ada rezeki InsyaAllah.
wah, thanks Diana. ini yg rasa bersemangat ni.. he..he..
semoga berjaya..
satu antara idola pemimpin saya..
mantan PM kita ke-4..
Thanks Sarah... nmpknya samalah idola kita..
goodluck untuk contest ni kak!.saya sayang tun mahathir :)
saya minat nak join akak..hehe tq tag :D..tp kena kumpul idea dulu. nmpk mcm serius sikit entry ni..hehe
thanks kayun.. harap2 sempat kumpul idea sblm tarikh tutupnya 31 dec ni..
good luck to u too..
Alamak... deadline sudah dekat. Matik matik i mcm ni ...
Hehehehehe.. thanks ye kak sudi tag ida. Insya Allah sempat ida buat.
he..he.. u r welcome ida..klu sempat bolehlah join yer.. All the best to u..
aLL THE BEST!
P/S: Slm kenal dan follow blog ni...dari senarai bloglarian ke 72....AZZEY....
thanks azzey.. Salam kenal juga..
Post a Comment