Tuesday, February 8, 2011

Ada pula pengecualiannya..

Malam tadi sebelum menghantarkan Han ke pusat Tuisyen, kami singgah ke kedai buku terlebih dahulu. Selepas membeli apa yang dihajati kami kembali semula ke kereta. Kelihatan berbaris kereta di hadapan kedai. Pelik juga sebab semasa kami masuk ke kedai buku tadi suasananya lenggang. Dengan mudah aku dapat tempat parking.

Jengguk punya jengguk rupanya ada kereta yang di parking bertindan dengan kereta lain yang menyebabkan laluan terhalang. Kelihatannya kereta itu sedang menunggu orang sebab ada orang lain di dalam kereta dengan enjin dan lampu kereta terpasang. Aku yang hendak keluar dari parking pun jadi tersekat kerana kereta di belakang tidak bergerak dan terus menghalang laluan.

Dalam sabar-sabar tu, hati ini tetap juga melahirkan ketidakpuasan hati sebab ada yang mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain. Berdecit juga mulut ini walaupun tidak mengeluarkan sebarang kata-kata yang tidak elok. Setelah seketika barulah kesesakkannya reda. Dan aku pun bolehlah memandu keluar dari parking lot itu.

Ketika melalui kereta yang menghalang laluan itu, aku terperasan yang itu adalah kereta seorang teman lama. Dan kereta itu sedang menunggu temanku itu. Terus saja perasaan tidak puas hati itu hilang dengan sendirinya. Bagaikan kejadian itu tiada salahnya. Sempat pula aku mengangkat tangan kepada temanku yang nampak kelam kabut mahu masuk ke dalam kereta selepas menyedari yang keretanya telah menyebabkan kesesakan, menghalang laluan dan telah menyusahkan orang lain.

Aku tak tahu orang lain. Tapi perkara macam ni selalu terjadi padaku. Bila kejadian itu melibatkan orang yang kita kenali, terus saja perkara yang pada asalnya kita nampak tak betul berubah menjadi kepada tidak apa-apa. Tapi kalau orang lain yang melakukannya, kita rasa bagaikan tiada maaf bagimu. Memang mereka itu sangat bersalah sehingga terasa bagaikan mahu terus-terusan menghukum mereka.

Kenapa ya kita tak boleh menilai setiap perkara yang sama situasinya dengan penilaian yang sama. Yang salah tetap salah walaupun siapa yang melakukanya. Tapi untuk kita sentiasa ada pengecualian. Langsung tak tegas untuk menegur perkara yang salah itu. Rasanya sebab itulah kalau yang salah itu terus dirasakan betul oleh sesetangah pihak kerana ada pihak lain yang menyokongnya.

Pernah tak u all juga mengalami situasi sebegitu? Ke hanya aku sorang saja yang ada pengecualian yang sebegitu...

23 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

he..he.. akak pernah menegur yg dikenali coz parkingnya tak masuk betul. suka hati dia je senget & separuh kereta masih tertinggal luar parking. akak kata "laa... apasal tertinggal kat belakang?" (belakang kereta tu la..)

lebih kurang le kes ni :

http://adzriel.blogspot.com/2011/01/drive-thru-yg-menyusahkan.html

sarah-najwan said...

ada gak berlaku gini..hehe
tu normal kot..
jika kwan kita yg terlibat..kita pada mulanya marah2..last2 kita lak yg nak backing mereka..
tapi kalu org lain..berapi marah..

normal kot..xpe..janji xmelibatkan masalah besar..sekadar pot pet sdiri..ok la tu..

Fuz said...

kadang-kadang ada jugak rasa macam tu.tapi tu la.member2.always think positive.

farah fauzi said...

pernah jugak akak..kadang2 tue tulung backup lagi walaupun salah..ishh..tak patut betul la saya nih..

wahida said...

kak, saya pun bersikap mcm akak..kalau kwn sendiri, tetiba mcm ada pengecualian plak..tapi, kalau hubby saya x mcm tu..dia mmg tegas..dia tetap marah kalau kawan dia pun...

Hanis Azla said...

Adzriel AB : baguslah akak ni.. klu saya, tak tegur secara gurau2 pun teragak2 nak buat..

Sarah Najwan : itulah, selalu kita rasa mcm normal kan, tp bila fikir balik rasa mcm tak kena pula..

Peminat Katie Holmes : fikir positif ajelah yer..

Farah Fauzi : betul. kdg2 tu siap back up sekali.. x patut betul kita ni kan..

wahida : Bagusnya hubby wahida.. mmg patutnya kita mcm tu juga kan.. bilalah kita nak jd tegas yer..

azzey said...

betullah. saya pun sama. klu kawan2 ke jiran2 ke...sng je kita cool dg dia..tp klu org yg kita x knl....* npk gayanya ini kelemahan kita..dan perlu diperbaiki kelemahan tu....*

A.s.t.i.n.a said...

kena lak kawan kita.. terus tak jadi nak marah.. itulah semangat persahabatan yang masih menebal...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam,entah ler tapi rasa nyer kalau dah kenal tue tetiba jadi segan ler pulak nak marah2.

Hanis MY said...

Ha ah la betul2 pastu kalau nk tegur kawan mesti fikir byk kali sebab takut sakitkan hati dia awalhal benda dia buat tu salah huhu...

Hanis Azla said...

azzey : mmg kena perbaiki kelemahan kita tu kan..

astina : itulah pasal, sampaikan yg salah pun terus tak rasa salah.. hu..hu..

be simple beb (BSB): mmg rasa segan sgt nak tegur kan..

hanis MY : betul, sbb takut mereka sakit hati, kita pula terpaksa makan hati..

mak encik | SZ said...

perasaan tu normal kot kak...
lebih kurang la kita...
kawan tu pun mesti jenis yang baik kan, kalau tidak takdelah kita segan nak menegur :)

Anonymous said...

folo & BW..

mehla jenguk belog ai..

salam kenal!(^____^)

Ati Masrif said...

emm..lumrah perasaan kita kot kan

bila org kita kenal
cepat jer cool down

Dilla Ady said...

slalu kalu depan2 mmg dilla pun akan wat cam akak wat..

tp dalam hati ni...

%$@^@^&Q&Q^Q^Q%^^%^&**& punye kawan!

hihihi...

Maya Mayana said...

emm tulah,tp kenapa mesti begitu yer?ada baik buruknya sikap cam ni...

Kayun said...

salam kak. :)

tulah pernah jugak kot jd begitu. lpstu kan bila ada kenalan atau saudara sndiri buat satu bnda yg slh, kdg2 rasa susah la nak tegur kesalahan dia tu..mcm x berani ja...eh mcm dh termasuk topik lain la pulak. hehe

Unknown said...

yelah kak hanis. bila member je mcm ada pengecualian pulak ye. Tapi biasanya akan menegur juga dgn nada gurauan, cuma tidak pada masa ia berlaku..

Anati Soki said...

ahahah.. btol2!!! stuju sgt2!!!

Hanis Azla said...

sz m.s.s : mungkin gitu kot.. sbb dia selalu baik jdnya kita rasa segan nak menegur..

noremy bte rahmat : tahnks yer sudi follow blog ini.. Salam kenal juga..

ati masrif : itu namanya cool bertempat kot. he..he..

dilla ady : terpaksa cakap belakang pulak yer dilla..

ermayana aka mrs mahzan : mmg ada buruk baiknya tindakan kita tu kan..

kayun : salam kayun.. ehhh, tak lari topik pun.. betullah, kita jd segan dan takut nak tegur bila org tu rapat dgn kita..

~yus~ : he..he.. masa gurau smash sekali yer yus.. kena belajar buat gitu jgk ni..

anati soki : ok.. kita geng.. he..he..

Azah Rahaman said...

tu normal lah kaka, amek pengajaran oke, hiks

Dinas Aldi said...

kehkehkeh memang pun kalau orang lain kita marah bebenor dema buat gitu tapi bila tengok kawan sendiri, jadi sejuk.
udah kawan kita, gitu la perasaan kita, hehe

Hanis Azla said...

azza firza : mmg kena ambil pengajarannya ni..

dinas aldi : terus sejuk jam2 itu kan.. hilang segala rasa marah.. hi..hi..
penangan kawan yg buat hal..

diana : diana mmg jenis berani bersuara.. itu yg akak kagum tu.. mcm akak ni yg betul pun takut nak bersuara, klu yg salah tu lagilah.. aduhai, kena menuntut dari diana ni.. he..he..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...