Baru-baru ini aku ada terasa hati dengan seseorang. Seperti biasa bila aku rasa tak best dengan orang lain aku tak akan luahkan kepada sesiapa kecuali en.asben. Kalau aku suka tentang seseorang aku memang boleh bercerita pada orang lain. Tapi kalau aku tak suka jarang benar ada orang lain yang tahu. Aku lebih suka begitu. Ini kerana aku tak mahu ada orang lain yang tahu cerita tak best itu dan rasa tak puas hati kepada orang itu hanya dengan mendengar cerita dari pihakku. Itu bukan cara aku.
Walaupun aku isterinya, bukan sentiasa en.asben akan menyebelahiku. Kalau memang dalam perkara itu aku sepatutnya mengalah, jadinya dia akan meminta aku beralah. Kalau dalam perkara itu aku memang betul, dia akan menyokongku dan meminta aku lupakan saja perkara-perkara yang aku rasa tak boleh nak terima. Dan bila dia rasa aku salah, dia juga tak akan kata aku betul. Dia akan beri pandangannya dari persepsi orang itu mengikut sesuatu keadaan. Dia akan minta aku fikirkan perkara itu secara rasional. Bukan semata menurut kata hati.
Selalunya aku memang rasa lega bila dan luahkan segalanya pada en.asben. Sebab dia akan terangkan pada aku mana yang aku terlepas pandang. Dan satu yang aku suka, bila segalanya sudah aku luahkan, perasaan marah, benci dan tidak puas hati akan terus hilang dari hatiku. Perasaan dendam juga tak sempat bertandang. Bagusnya begitu. Bila tiada benci, sakit hati dan dendam makanya hilanglah segala tekanan. Semua orang boleh jadi kawan.
Bila aku fikirkan semula, sebenarnya amat penting untuk kita memilih orang untuk meluahkan masalah kita. Kalau kita bercerita pada orang yang sentiasa akan menyokong kita sampai bila pun kita tak akan nampak kesalahan kita. Kalau kita bercerita pada orang yang selalu membelasah kita semula, kita akan rasa lebih ramai orang yang tak adil pada kita. Jadinya semakin ramai pula orang yang kita tak suka. Kawan berkurang. Musuh jadi bertambah.

Jadinya, kalau nak luahkan perasaan, pilihlah orang yang betul. Takut-takut masalah kecil akan jadi tambah besar dengan campur tangan orang lain. Kadang-kadang orang nak sedapkan hati kita. Bukan salah mereka kalau mereka mahu menyedapkan hati kita. Tapi salah kita sendiri kerana tak mencari orang yang tepat untuk menyelesaikan masalah kita.
37 comments:
ummi pun pada husband tempat mengadu, lega rasa kan ada orang yang sudi mendengar, lagi pun klu mengadu kat husband lg selamat, xde yang nak panjang2kan cerita...
sebab itulah saya tidak pernah meluah pada sesiapa... sehingga orang membuat pelbagai andaian pada saya.. tapi saya redha.. peace (hati tiba2 gundah emo)
Saya pun suka cerita pada asben semua masalah. Cara dia terima dan beri pandangan semula pada saya sama mcm suami Hanis. Memang ada masa, tak sependapat, tp dia mencelikkan mata saya ttg sesuatu yg ada masa saya terlepas pandang... ( dahlah sebelah mata ada problem kan..huhu)
Boleh lagi yus buat lawak kan, sorrylah kepala ada senget juga ni..hihi
pasal luah meluah masalah
malam tadi akak tido hampir jam 3 pagi..
huhuhu....
balik ni nak cover tido
sokong kepada encik suami sajalah dok bercerita ...bak kata ummiros, takde panjang cerita...takde pusing2 ...
Memang selalu bercerita dengan encik suami saja. Terbaik untuk meluah segala keluh kesah hati
hmm..yup..pilih la orang yang betull...tapi saya tak jumpa lagik org betul nih...ku tunggu2 tak kunjung tiba...warghh...
kak hanis, aida pun pernah terkena gak .. sudahnya skang ni dia mmg tak sebulu pun dgn aida .. siap cakap aida tak layak jadi kawan dia .. hmmm manusia kan ..
kak hanis, aida pun pernah terkena gak .. sudahnya skang ni dia mmg tak sebulu pun dgn aida .. siap cakap aida tak layak jadi kawan dia .. hmmm manusia kan ..
samalah cam izan kak. luah perasaan mmg pada en hubby je. mmg dia akan bagi pandangan, yelah pompuan ni kan banyak emosinya kan. pandangan dia pasti buat hati kita lega semula.
betulll....
ummiross : betullah ummi, at least kita tahu cerita itu habis sampai di situ saja kan...
Astina : simpan sendiri saja pun masih ada org yg buat andaian sendiri.. takpelah kan astina.. kita redha aje asalkan mereka bahagia..
~yus~ : Alhamdullilah kita boleh harapkan suami utk berikan pandangan terbaik mereka buat kita.. baguslah buat lawak2 pun yus.. masalah xkan selesai klu kita terus bersedih.. harap2 mata yus dapat dirawat dan pulih sepenuhnya nnt.. Kita sama2 doa yer..
sayangsayangibu : sampai 3pm meluah perasaan yer.. takpe klu tak luah lg x boleh tido.. slmt cover tido mlm ni..
=sz= : betul, takde panjang2 cerita.. terus habis cerita..
suara kalbu : mmg betul.. kita tak segan nak meluah, dia pun tak segan nak menegur.. itu yg terbaik..
farah fauzi : InsyaAllah, nnt adalah yg berkunjung dtg di hati tu.. org yg betul utk meluahkan perasaan x semestinya suami saja.. dgn adik beradik dan kawan rapat pun boleh juga..
Aida : sedihnya.. asal kawan dah jd lawan pulak yer.. manusia kan.. hati lain2..
izan ishak : betullah izan.. kita perempuan ni emosi mcm2.. klu org lain tegur selalu x boleh terima.. klu suami yg tegur tu, lembut juga hati ni nak terima teguran tu..
maya : betul jgk..
saya sokong awk hanis..tepat sekali
jika pilih salah org..kdg2 kita buat salah pom dia sokong demi nk jaga hati kita..
tapi kebanyakan kwn saya betul blake pendapat merka.jika saya salah atau ade kelemahan..mrk bgtau..jika betul mreka sokong..
setakat ni xde yg hipokrit..
ntah le...yana selalu cerita kat bespren jer,suami yana ni susah ckit almaklum la dia lg tua dr yana, lbih krg 13 thn gitu jarak usia kitorang...kat umah pn dia yg selalu bebel..hehe
kita pun selalu juga cite kat hubby
siapa lagikan...hubbylah best friend ever..
susah nak jumpa kawan baik..lani
Jom baca: BERTEMU MAN KIDAL
Suka N3 ni...tp akk punya lebih dari seorg utk diluah kan masalah...selalunya MAK tmpt mengadu..Kdg En HaB..dan yg selalu Jd pendengar yg setia..TUHAN yg satu...biar pon hanya gerak hati yg menentukan terurainya masalah tersebut..
sarah najwan : Alhamdulillah dapat kawan yg nak menegur dan tak hipokrit mcm tu kan...
ermayana aka mrs. mahzan : klu ada besfren yg boleh kita share cerita, boleh aje kita cerita asalkan kita selesa dan masalah kita dpt diselesaikan..
ati masrif : betul.. best friend ever.. InsyaAllah..
eye nee : bagusnya bila ada banyak tempat mengadu.. dan semestinya Allah yg satu tempat pertama utk kita mengadu segalanya..
kita pun suka citer kat en apek..
selalunya ok
tapi kadang2 bengang jugak.. sebab kita beria2 citer, siap ada gaya tangan, memek muka, intonasi suara yg pelbagai.. tetiba respons dia 'ehmmmm' aje... ek eleh, anti klimaks tul.. hahaha
betul tu kak.. bila dah takde orang utk kita luahkan perasaan,, buat depan cermin.. kalau nak maki sekali pon, kita akan pk 2 kali sebab dekat dalam cermin tu diri kita sendiri,, kehkeh..
latest -
-cara menangani isteri yang garang
betul tu sis! stuju sgt... hanis pun salu luah kat suami... kadang2 adik beradik hehe...
h4ni3 : ha..ha.. klu dh anti klimaks mcm tu maknanya dia sokong kita lah tu kot.. he..he..
fariq : betul juga tu.. marah2 depan cermin barulah nampak keburukan diri sendiri kan.. tentu taknak buat selalu he..he..
hanis MY : betullah hanis, ada cerita yg sesuai utk diluah pd suami, begitu juga adik beradik dan org lain.. jdnya kita pilih org yg terbaik dan yg tepat utk membantu kita..
kak, saya pun kalau ada apa2 masalah mmg carik suami dulu, bukan masalah je, benda yg hepi pun, suami saya carik dulu...dia lah kawan sejati yg terhebat pernah saya ada..
wah, kalaulah dia baca komen ni, mesti dia kembang...ekekekek...
nampaknya bunga kena cari suami cepat2 ni..ahahha.
selalu mengadu kt kawan baik. hihhi
alhamdulillah dpt hubby yg sudi mendengar keluhan hati hanis. memang betul kena pilih org yg betul kerana kita takut cerita kecil jadi besar, dari tak ada apa, jadi fitnah. elok berkawan dah jadi musuh.
setuju sgt2!!! ada menda yang perlu ditegur. ada jugak menda yang perlu disokong
wahida : Alhamdulillah ada suami yg kd sahabat sejati kita kan wahida.. takpe klu dia kembang pun baca komen isteri dia ni.. he..he..
bunga : kena cepat2 cari.. he..he.. akak doakan untuk bunga yer..
-GC- : mengadu kat kawan baik pun boleh juga..
Adzriel AB : Alhamdulillah.. betullah kak klu jd fitnah nnt lg susah.. baik2 kecil terus jd besar..
Anati Soki : yup.. itulah yg sebaiknya
utk kebaikan kita juga..
"like"
assalamualaikum
kita setuju =)
nak berkongsi cerita kena berpada2
takut nanti bukan nak ringan masalah
tapi menambahkan lagi kekusutan
yang sedia ada... ~
pala maldini : TQ..
manje : mmg kena berpada2 kan.. klu tambah kusut, kita juga yg susah...
setuju sgt2!
sbb ada pengalaman bercerita dgn org yg tak sepatutnya..huhu
akak sakit hati dengan saper,,, dengan liza ker... huhuhuh :P
akak sakit hati dengan saper,,, dengan liza ker... huhuhuh :P
ogy : bila bercerita dgn org yg tak sepatutnya nnt jd lain pulak kan..
aliza : Eh tidaklah.. semestinya bukan liza.. minta maaf yer klu liza terasa..
betul sokong sangat !
utk kebaikan kita juga kan..
hanis ; ehhh tak adalah akak.... liza just gurau jer..... :))
Post a Comment