Wednesday, February 9, 2011

Penghargaan dari tetamu..

Saya sangat terharu dengan layanan yang diberikan di sini. Sungguh, saya di layan sebaiknya. Saya tak merasa terpinggir langsung selama berada di sini tadi. Ucap seorang tetamu di tempat kerjaku sambil menaikkan ibu jarinya sebelum meninggalkan lobi utama.

Kisahnya begini menurut ceritanya : Tetamu itu datang ke pejabat kami pada hujung waktu rehat. Jadinya tiada orang pada waktu itu untuk melayaninya. Tetapi beberapa orang kakitangan yang lalu lalang tetap menegurnya mesra sambil bertanyakan tentang urusannya. Walaupun sudah memaklumkan pegawai lain masih belum masuk tetapi kakitangan tersebut tetap juga mencari alternatif agar tetamu itu boleh dibantu. Makanya dia memaklumkan kedatangan tetamu itu kepada Bahagian Pentadbiran.

Pegawai dari Bahagian Pentadbiran yang kebetulan lalu di situ melayani secara baik walaupun bukan pegawai itu yang sepatutnya di temui. Aku sampai di pejabat tepat pada waktu rehat tamat. Setelah bertanyakan urusannya, aku cuba memaklumkan bahagian yang tetamu itu perlu berurusan. Oleh kerana pegawai yang sepatutnya masih belum masuk ke pejabat lagi, makanya salah seorang kakitangannya membawa tetamu itu menunggu di lobi bahagian tersebut. Semasa kakitangan itu masuk ke pejabat untuk memberitahu kepada pegawainya tetamu itu terus menunggu di lobi bahagian. Waktu itu masih ada juga kakitangan lain yang masih menegur tetamu itu dan bertanyakan urusannya dan siapakah pegawai yang ingin tetamu itu temui. Dan akhirnya tetamu itu berjumpa dengan pegawai yang sepatutnya.

Semasa dia melalui tempatku aku mengucapkan kata maaf kerana dia perlu menunggu untuk membuat urusannya tadi dan bertanyakan semula, adakah sudah selesai urusannya. Dengan senyuman dia memaklumkan yang urusannya sudah selesai. Dia jugalah yang bercerita tentang kisah di atas kepadaku. Aku tersenyum dengan kata-katanya. Syabas untuk semua kakitangan dan pegawai tempat kerjaku yang telah memberikan layanan terbaik seperti itu. Semoga sifat yang baik ini berterusan hendaknya.

Semua orang mahu di layan sebaiknya, betul tak? Setiap tetamu itu adalah orang penting bagi setiap organisasi. Tetamu yang datang tak perlu di sambut dengan bunga manggar atau paluan kompang untuk merasa diri mereka dihargai. Karpet merah juga tidak perlu dibentang untuk mengalu-alukan kedatangan mereka. Cukuplah dengan layanan penuh mesra dan sikap ingin membantu yang dihulurkan. Itu saja sudah cukup untuk membuatkan tetamu yang datang merasa diri mereka dihargai.

18 comments:

Unknown said...

btol3 kak! budi bahasa amalan kita senyum itu satu sedekah berat sama di pikul ringan sama di jinjing.. ni nilai2 murini yg sy dapati kat entry ni... :)

Hanis MY said...

betul tu sebagai takpelah lambat janji dapat layanan yang baik cakap pun elok2 bukan nk gaya nk marahkan kita huhu...

Dinas Aldi said...

betul tu, syabas buat staf jabatan Hanis!

Pala Maldini said...

"thumbs up"

Liza @ Adzriel AB said...

Setuju benar tu hanis...tetamu itu mesti dihormati :

http://adzriel.blogspot.com/2011/02/tetamu-itu-mesti-dihormati.html

ummiross said...

Syabas2..sejuk hati dengar cerita ni.
kdg2 ada pejabat yg terlalu banyak birokrasi.

A.s.t.i.n.a said...

begitulah.. manusia ni mcm2 ragam.. syukur tetamu itu mmg baik.. semoga dilimpahi rahmat..

Bunga said...

wah..bagus la..bunga kadang2 bukan xnak layan..tapi malu la..hakhakahkahkakk..

aibaks said...

nice.. tapi len kali klu buh kapet merah ke.. dialungi dengan kompang ker.. mesti best.. eh? kenduri kawin plak..hehe

farah fauzi said...

bestnyer klu dapat layan macam tu jugak...susah nak jumpa macam nih..

Unknown said...

kita kalau kat tempat org tu pun mesti rasa best kan bila dapat layanan mcm tu ..

salam kenal dari saya .. :)

wahida said...

senyum paling penting....

sarah-najwan said...

kita tafsirkan diri kita andai di tempat org..mesti nk dilayan dgn elok sesuai dgn hajat kita dtg..xperlu manggar dan kompang2..hehe..ckup sekadar org tanya elok2 dan mesra..

yanamib said...

betul tu..kalau kita letih sekalipun apa la salahnya bagi senyuman...tegur pun cakap elok²...tak perlu kerek dan buat muka good good..bygkan kita di tpt tetamu tu..kan =)

nk apply keje kt situ jugak buleh? hihi~ ^_^"

azzey said...

Customer service yang bagus! well done!

Dilla Ady said...

btul la kak..tpi selalunye jarang yang camni...slalunye kite jadi tunggul atau dinding yang sape2 pun tak perasan kewujudannye..

Suara Kalbu said...

Kak Hanis..
Ida nak datang tempat kerja akak ni. Tolong siapkan bungga manggar dan beras kunyit bunga rampai sekali ye. Kalau boleh pasukan kompang sekali .. hihihihihi

Bagus kak sikap macam ni. Barulah orang akan senang hati berurusan. Tahniah utk akak dan semua

DrMaya said...

Betul...dan takyah ada hari bersama pelanggan pun, organisasi tetap layan pelanggan...ini lah yg sepatutnya berlaku di mana2 organisasi pun kat negara kita :)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...