Saturday, February 12, 2011

Rahangku tercabut..

Pernah dengar orang tercabut bahu atau pun kepala lutut kan. Rupa-rupanya rahang juga boleh tercabut seperti itu. Kalau dulu aku tak tahu, tapi setelah mengalaminya sendiri barulah aku tahu yang perkara itu pun boleh berlaku sebenarnya.

3 tahun lalu :

Waktu itu aku di surau ofis untuk solat zohor. Biasalah waktu petang selapas makan tengah hari. Mata pun jadi mengantuk. Menguap jadi berkali-kali. Tapi dalam solat seboleh mungkinlah mahu mengawal agar tidak menguap. Waktu sujud di rakaat terakhir aku terasa mahu menguap. Aku cuba bertahan dengan meminimakan bukaan mulut. Ketika aku bangun untuk tahiyat akhir mulutku terus tidak boleh ditutup. Aku jadi panik sehingga terus terhenti solatku. Aku cuba tolak daguku untuk menutupnya tetapi tidak berhasil.

Kawan-kawan yang berada di surau ketika itu turut panik. Sedangkan sebelum itu mereka menyangkakan aku sekadar bergurau. Mereka juga cuba membantu. Tapi tidak berhasil. Jadinya mereka mencadangkan agar aku segera di bawak ke klinik. Ketika menyarung tudung mengadap ke cermin aku lihat daguku sudah ke depan dalam 1 inci. Waktu itu aku tidak dapat bayangkan perasaanku. Wajahku sudah berubah bila dagu sudah ke depan begitu. Perkara pertama yang terlintas di kepala ketika itu ialah aku sudah terkena stroke. (Nauzubillah.. Minta di jauhkan).

Di klinik syarikat mereka juga cuba membantu. Tetap juga tidak berhasil. Waktu itu aku sudah semakin sukar untuk bercakap. Untuk menelan liur pun terasa sukar. Terdengar juga bisik-bisik yang mengatakan kemungkinan aku terkena stroke. Perkara ini membuatkan aku merasa takut sekali. Setelah kenderaan syarikat disediakan, aku dan nurse syarikat bertolak ke Pusat Rawatan yang berhampiran. Segala urusan di kaunter diuruskan oleh nurse syarikat. Tanpa lenggah aku di suruh ke bilik untuk rawatan kecemasan.

Prosedur pertama mereka bertanyakan bagaimana semua itu berlaku. Dalam susah nak bercakap aku menceritakan segalanya. Ada 2,3 orang doktor juga yang melihat keadaaanku. Selepas mengurut seketika di bawah rahang mereka meminta aku cuba mengerakkan rahang sendiri. Tapi tetap juga gagal. Jadinya doktor memberi suntikan untuk relaxkan otot. Setelah seketika seorang doktor memasukkan kedua ibua jarinya ke dalam mulutku untuk membetulkan rahangku. Percubaan doktor yang pertama tidak berjaya. Mungkin tidak cukup kuat. Makanya doktor yang kedua pula mencubanya.

Doktor itu meminta aku menahan sakit untuk seketika kerana dia mahu menarik dan menekan rahangku dengan sedikit kuat untuk membetulkan kedudukannya kembali. Doktor minta aku relaks agar otot itu tidak terus menegang. Aku bertahan dan cuba relaxkan perasaan. Dengan lafas bismillah doktor menarik rahangku. Kelekuk bunyinya bila rahangku kembali ke tempat asal. Aduh leganya perasaanku bila mulutku boleh di tutup seperti biasa. Rasa sakit hilang serta merta kerana kelegaan.

Dalam perjalanan pulang ke ofis, nurse syarikat bercerita padaku. Sampai kena bukak bukulah doktor nak betulkan rahang awak tadi.. Oh ye ke. Dalam kekalutan aku sendiri tidak perasankannya. En.asben pun tidak sempat aku beritahu. Bila segalanya sudah selesai barulah aku menghantarkan sms kepada en.asben.

Beberapa hari ini rahangku rasa tak selesa. Bila banyak mengunyah rahangku jadi sakit. Jadinya aku pergi berjumpa doktor di klinik panel. Doktor di sana mencadangkan agar aku berjumpa doktor gigi untuk rawatan seterusnya. Menurut doktor masalah yang aku alami ini ialah TMJ disorder. (Temporomandibular joint and muscle disorders (TMJ disorders) are problems or symptoms of the chewing muscles and joints that connect your lower jaw to your skull.) Selepas berjumpa doktor ada juga aku google tentang masalah aku ini di laman web ini About TMJ.

Nampaknya selepas ni aku kena dapatkan rawatan susulan untuk TMJ. Ada sesiapa yang pernah tercabut rahang sepertiku juga ke?

29 comments:

farah fauzi said...

akak..ngerinyer saya dengar...pakai bracespun bg saya dah sakit apatah lagi nak betulkan rahang yang dah terkuar dari tempat dia...ngilu betul baca entry akak..takutttt....

ummiross said...

malang tak berbau kan, menguap pun boleh datangkan bahaya, cepat2 dptkan rawatan susulan ye Hanis

Unknown said...

terasa ngeri pulak..nasib baik amek tindakan cepat masa tu kan..

A.s.t.i.n.a said...

tika solat.. lihatlah itu sebagai satu teguran.. Saya selalu melihat musibah itu sebagai balasan di dunia..

Syukurlah sembuh segera.. walaupun dokter bukak buku but at least mereka berjaya... Syabas!

Dinas Aldi said...

alamak takutnya! kadang2 bila kerap menguap memang ada terfikir takut tercabut rahang, rupaya memang boleh jadi begitu..

So Shy Lady (SSL) said...

salam hanis,


dulu ada juga akak rs sngal bhgian rahang, pgi jumpa makcik urut ktnya bengkak urat.

hanis t.pnah cuba cara tradisional?
tp t.pasti la ssuai ke tak...kna tanya dr dlu

sud@is said...

1st time baca berita camni...takut juga sbb sllu menguap...memang panik klu jadi

alhamdulillah dah selamat

Latifah said...

uiksss... mesti sakit kan kak.
tak terbayang bagaimana rasanya...
huhu...

hope everything will be okay...

Hanis Azla said...

farah fauzi : Actually masa kena tu tak sakit sangat.. cuma perasaan takut tu yang lebih sbb takut rahang tu terus tak boleh tutup.. masa dr masukkan balik pun tak terasa sangat.. cuma lepas tu aje rasa senggal sikit..

ummiross : untuk yg takde masalah TMJ tu takpe kot kak..

lydzar : Alhamdulillah, masa tu ramai yg nak membantu.. klu tidak tentu panik sorang2..

Astina : mmg fikir mcm tu juga.. jdnya mmg kena memperbaiki diri yg byk kekhilafan ini.. Syukur semuanya selamat.. Thanks you Allah.

Dinas Aldi : mmg kena beringat kan.. sbb takut terkena mcm tu juga.. harap2 tidaklah..

So shy lady : pernah juga try berurut tp lega utk sekejap aje.. lps 3 tahun ni baru skrg terasa tak selesa balik..

Sud@is : Sebelum kena gitu saya pun x tahu pasal tu.. bila cerita dgn family dgn kwn2, mereka pun ckp mcm tak percaya.. Syukur takde apa2..

Latifah : taklah sakit sangat cuma lebih kepada rasa tak selesa bila kedudukan rahang lari dan rasa susah nak menelan liur.. Thanks yer.. harap2 takde apa2 lps dptkan rawatan ni..

Ati Masrif said...

tak pernah kena dan tak pernah dgr

mesti sakitkan hanis...

Thanks for this very good info!


Jom baca: Khas Untuk Semua KAUM WANITA.. mesti baca!!

Hanis Azla said...

itulah ati, saya pun tak pernah tahu sebelum ini.. sakit tu tidaklah sangat, tp lebih kepada rasa tidak selesa..

-Sara- said...

akak, ngeri plak sara bce story akk nii.. bru2 ni penah gk sara terkena cmtu kak, mulot sara xleh tutup tp jap jela, pastu ok blk, bile bce cite akk ni bru tau rupe2nya ade penyakit cmtu ek, bahaye gak
sara doakan akk sembuh sepenuhnye cepat2 ye :)

Liza @ Adzriel AB said...

jiran kat kampung pun ada pernah kena mcm ni. mak akak lah cerita. perkara yg kita tak boleh nak jangka pun. mmg menakutkan.

nasib tak nganga luas2..adoi.. kalau akak pun boleh panik..

lepas ni hanis kena rajin senaman mulut mcm akak le.. akak suka kunyah chewing gum. ada yg kata elok utk otak. tang mana elok tak sure lak.

Unknown said...

sungguh ke nih??
xdapat nk bayangkanrahang tercabut...
luka skit pon sakit..ini kan plak...ngeee...

Pala Maldini said...

huh?!

bahaya tuh!

Unknown said...

sy alhamdulilah xpnh lagi cuma skrg ni rahang sy bengkak je akibat dari penyakit beguk ni tp alhamdulialh skrg beransur pulih... mcm mne boleh jd mcm tu? sbb tahan mnguap ker?

Hanis Azla said...

sara : thanks sara.. sara pun tak boleh tutup mulut juga yer.. wp kejap tentu panik juga kan.. harap2 x kena lagi next time..

adzriel AB : akak pun ada dgr juga yer.. saya pun rajin juga kunyah chewing gumm.. tp hari tu masa jumpa doktor, dia kata jangan banyak mengunyah sangat.. saya pun tak tahu nak ikut yg mana kak..

et : sebenarnya tak sakit.. tak rasa pun masa rahang tu keluar.. tahu2 tak boleh tutup.. itu yg panik tu..

pala maldini : mmg bahaya klu langsung tak boleh masukkan rahang tu semula kan..

nick irfan : agaknya sbb akak tahan menguap kot.. sbb akak ada masalah rahang mcm tu, itu yg boleh jd lari kedudukannya.. harap2 beguk nick terus pulih dgn cpt..

Anati Soki said...

omg!! anat penah rasa cane rahang tercabut! tapi anat tak sempat banyak!
anat punyer rahang tercabut sbb anat menguap bukak mulut luas sgt smpai tercabut. sakit giler! sakitnyadia tarik smpai rasa sakit kepala2. huh. nngeri2.. tp anat tak p doktor pun. anat g mengurut je.. trus ok. hehehe

Hanis Azla said...

oh, anat pun pernah kena juga yer.. ngeri kan.. harap2 kita tak kena lg.. takut sgt..

sarah-najwan said...

takutnya..mcm saya..jika saya menguap je..mesti bunyi je rahang saya tu..jika xbunyi..jadi sakit tau..huhu

suri solehah said...

salam..pertama kali dengar masalah mcm ni..masya Allah..rasa macam takut jugakkan..alhamdulilah dah takdak apa2..

aibaks said...

bahaya gak klu perkara camni berlaku.. kadang2 tu.. kite jadi tak thu nak buat camne..

Hanis Azla said...

sarah najwan : Oh, kena ada bunyi kat rahang yer.. akak tak pernah pun bunyi, tahu2 tertanggal..

suri solehah : Alhamdulillah takde apa2 dan boleh pulih balik selepas tu..

aibaks : betullah, perkara yg tak pernah jadi buat kita tak tahu nak buat apa..

wahida said...

kak, sumpah first time saya dgr kes mcm ni kak...nasib akak x de apa2 kan masa tu...tapi saya yg baca ni rasa ngilu dia kak..
akak kena follow up check up ni kak...

Suara Kalbu said...

Adessssssssss... terasa ngeri pulak. Tgh bayangkan kesakitan akak masa tu.

Hanis Azla said...

wahida : mmg Alhamdulillah akak takde apa2.. mmg kena buat follow up cepat2 ni..

suara kalbu : akak pula sedang teringatkan kenangan waktu itu.. mmg sgt ngeri klu ianya tak boleh di perbetulkan semula.. minta dijauhkan..

Hanis MY said...

tak suka jumpa dr gigi huhu...

si para para said...

tak pernah kena..tapi pernah tengok..


takut jugak kalau kena macam ni..

Hanis Azla said...

Hanis MY : akka pun x suka jumpa dentist.. tp sbb terpaksa ni kena pi lah jgk.. hu..hu..

si para-para : pernah tgk juga yer.. mmg takut sgt masa kena tu..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...