Thursday, May 19, 2011

Bila mengadu menjadi keperluan..

Aku ni jenis yang susah sikit nak mengadu. Kalau rasa tak berapa perlu tu memang aku simpankan saja. Tapi mengadu untuk memperbetulkan sesetengah perkara itu perlu juga adakalanya. Makanya tempoh hari, dalam keterpaksaan aku mengadu juga untuk pertama kalinya. Mengadu kepada ustazah di sekolah kafa anak aku. Selalunya kalau anak aku bercerita ada kawan yang buat mereka di sekolah, aku sekadar mendengar dan periksa badan anak aku saja. Kalau tiada luka-luka dan kesan yang kelihatan di mata memang aku diamkan saja. Tak sukalah nak mengadu kata anak orang nakal anak kita tidak. Kalau boleh tak mahu memperbesarkan cerita.

Pada aku, budak-budak ini sama saja perangainya. Tak anak orang cuit anak kita, anak kita pula cuit nak orang. Jadinya bila ada kawan yang buat anak-anak aku, aku hanya nasihatkan anak-anak aku agar mengadu pada cikgu dengan segera bila perkara yang sama berlaku lagi. Sambil itu, aku berpesan juga agar jangan buat seperti itu  pada kawan-kawan lain. Isnin lepas, selepas pulang dari sekolah anakku mengadu sesuatu padaku. Biasalah budak-budak. Dalam bergurau-gurau, kadang-kadang gurauannya jadi melampau. Aku rasa perkara ini sangat tak kena. Terasa perlu untuk memaklumkan pada ustazah. Bukan hanya kerana anak aku yang jadi mangsa. Tapi kalau boleh aku mahu elakkan perkara itu berulang lagi kepada pelajar lain. 

Memang aku serba salah sebenarnya. Bukan untuk menghukum pelajar yang gurauannya melampau itu. Tapi sekadar untuk minta ustazah memberi nasihat pada pelajar itu dan murid-murid lain agar tidak mengulangi perkara yang sama. Juga agar mereka tahu yang gurauan seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Tidak boleh sama sekali. Setelah berbincang dengan en.asben dan setelah beberapa kali meminta anak aku bercerita secara detail aku menelefon ustazah. Memaklumkan apa yang terjadi. Dalam serba salah aku beritahu niatku yang bukan mahu menyalahkan sesiapa. Mujur ustazah memahami niatku. Selepas membuat panggilan memang hatiku rasa sangat tak sedap. Walaupun tindakan pelajar itu salah, tapi aku takut juga andai pelajar itu menerima hukuman. Bagiku, dengan umur di peringkat sekolah rendah ini, pengajaran mana yang baik dan mana yang salah itu lebih baik dari hukuman.

Bila dah mengadu terasa macam-macam yang menerpa dalam kepalaku. Tapi lepas bertenang seketika, aku tahu aku dah buat perkara yang betul. Pertamanya, kerana bukan setiap masa anak kita mahu mengadu perkara yang berlaku di sekolah kepada kita. Jadinya bila sesekali mereka mengadu dan tiada tindakan selanjutnya dari kita, aku takut anak-anak akan mengelak untuk mengadu lagi di lain kali. Keduanya, bila aku terus diamkan, aku takut anak aku sangka perkara itu adalah perkara biasa dan mereka juga boleh bergurau begitu pada orang lain. Ketiganya, bila ada sesetengah perkara yang mereka adukan mendapat perhatian dan sesetengah darinya tidak dihiraukan, aku mahu mereka tahu yang ada perkara yang perlu di ambil tindakan. Ada perkara yang tidak perlu. Jadinya aku mahu mereka cuba elakkan dari mem perbesarkan perkara yang kecil. Yang penting mengadu ikut keperluan dan kebaikan bersama. Bukan mengadu kerana sakit hati dan dendam.

30 comments:

Encik MamaT said...

kadang niat baik kita di salah erti kan... mungkin ada yang menganggap ianya berlebihan... tapi kalau kita cakap elok2... mungkin orang tak salah erti kot..

MamaTiaMia said...

salam hanis,tak apa emngadu utk kebaikan hanis,kadang2 memang perlu buat sesuatu but being a women we suka regret anad terfikir-fikir after that especially kalau yg kita adukan tu kena denda etc..but for the good by all mean go for it:)p.s ye lah hanis dah ada cert,dapat bake cake utk family pun good enoughlah;)

Izwa Kamaruddin said...

kalo melibatkan anak & anak org lain mmg kene berpikiran panjang & tenang...

Misz-ella said...

yg penting niat kita baik, kan hanis. tp tu la .. bila org terslh anggap, jd salah phm ,,, aduhai ..

Unknown said...

mengadu biar bertempat...

rasanya betul tindakan Hanis tu. Bukan untuk menghukum, tapi untuk memperbetulkan kesilapan mereka kan. Kalau tiada yang buat sesuatu, mungkin akan terus berlarutan sifat negatif yang kita tak suka tu kan. Sekurang-kurangnya ada yang cuba menasihatkan nanti...

sarah-najwan said...

saya pom kurang mengadu..rasa tak pernah kot..

dlm hal anak2..saya rasa jika anak saya mengadu apa2 kwn dia buat..saya mesti ckp balik sb kamu yg buat dia jugak...biasalah budak2..mcm yg awk ckp..xanak kita cuit anak org..anak org cuit anak kita..

tapi ada satu kes..jari najwan digigit kwnnya..balik skol menangis2..saya tgk lukanya biasa aje..cuma biasalah berdarah..najwan jd takut..dan nama yg disebut yg gigit tu..budak yg sama salu buat kat najwan..

satu hari..ceyy..mcm fairy tale pulak..hehe..saya ke kafa utk bayar yuran..ada la ustazah bercerita ttg hal gigit tu..saya pom faham..dan saya tanya mana budaknya..budaknya kecik ajo..dia pulak mcm takut kat saya..siap dia ckp:"najwan salu buat kita"..saya ckp:"xpe..mak cik xmarah..kwn elok2 yer"..

itulah budak2..guru yg mngjar patut pantaukan..tu saya pesan kat ustazah tu..pukullah anak saya jika dia nakal..jgn sampai buta mata..patah riok suda..saya cikgu..saya tahu situasi dan kepayahan guru utk mendidik..

sbg ibu bapa kita kene adil..jgn cepat melatah mcm awk bgtau...

*****************************

arramak...panjang lagi..wahahahhahahaaa

ummiross said...

Hmm betul jugak tindakan Hanis tu, mengadu setelah difikir baik dan buruknya, lagipun niat kita mengadu bukan nak menghukum, sekadar mencari penyelesaian agar perkara sama tidak berulang, untuk kebaikan kedua2 belah pihak..

Rina Rahamat said...

betul tindakan puan tu..sbg panduan utk sy juga neh..

Kakzakie Purvit said...

Kakak setuju cara Hanis sebab pernah terjadi pada anak kakak juga bila budak lelaki tendang dada dia hingga akibatnya kena ke klinik. Mujur pakcik bas sekolah nampak sebagai bukti. Ibu-bapanya dtg mohon maaf tapi kami katakan budak-budak....

Cikgu pun rasanya tak dapat nak pantau murid yg terlalu ramai melainkan ada yg mengadu barulah dia tahu dan dari sini pasti guru boleh membuat tindakan susulan...

munna said...

takde lagi pengalaman mcm akak ni... mungkin bila anak dah bersekolah ni kena ambil berat pasal ni... tapi takdelah sampai nak report polis mcm kes rozita che wan tu...

Anonymous said...

Kita sama tp x serupa..EE pon susah nak mengadu dan simpan apa yg org buat dlm hati..Kalau dah x tahan tulis kat kertas atau diari n then hanyutkan kat sungai or bakar...itu mcm simbolik kpd hilangnya masalah kita...

Fieza79 said...

sama la dgn anak kita masa mula2 masuk sekolah..hari2 ngadu org tu pukul org ni tendang la...balik sekolah ada je kesan lebam...

farah fauzi said...

mujur maser kat skolah dulu tak der org nak kacau saya sebab pegang title 'anak cikgu' kat situ..dan ramai jugak yang tak nak kawan sebab takut nnt saya ngadu kat mama ...aisehhh..sian saya...hihi

Unknown said...

tak de pengalaman lagi ni.
tapi saya pun tak suka orang usik anak saya..
lagipun saya tau anak saya bukan jenis suka bergaduh..
bila ada kawan2 maisara yang macam nak ajak bergaduh saya terus pesan je kat budak tu "main elok2..tak nak bergaduh.."walaupun mak ayah dia ada kat depan mata saya .dah mak ayah dia tak nak pesan,jadi sebelum jadi apa2 kat anak saya baik saya pesan depan2 depa,supaya depa sedar sikit dari kecik la kita kena ajar apa yang betul apa yang tidak..

mak encik | SZ said...

hal anak2 ni memang selalu jadi serba salah..
ye lah anak2 yang sama sekolah pun kategori jiran2 je semua..
apa2 pun klu aduan secara berhemah takde apalah nak dirisaukan kak...
lain la kalau datang sekolah buat sepanduk jke mengamuk2 ke..
heee

Izan Ishak said...

abg muhaimin pun biasa jadi camni. tp takdelah nak cakap pada sapa2, cuma ummi pesa kat dia kalau dia buat lagi just bagitau cikgu terus.

*adakalanya rasa risau takut apa yg kita buat tu nmpak macam berlebih2 kan kak. tp at least dah lega sikit pale otak ni bila ustazah pun faham ngan tindakan kita tu~

Dr K said...

Hmmm..banyak benda yg saya belajar tentang keibubapaan di sini..

Saya kena standby benda macam ni bila anak saya masuk umur persekolahan...hehehe

Bagi saya mmg ada benda yang boleh diabaikan aduan anak, dan ada benda yang kita kena ambil tindakan..

Dinas Aldi said...

Serba salah rasanya bila nak mengadu kan tapi kalau dah serius sangat perkaranya, takkan nak didiamkan terus pulak.

LiFe KaMi said...

cikgu byk yg perlu di lakukan ,jadi ibubapa harus mengambil inisiatif dalam mendidik anak2, mmg susah juga klu jenis plajar yg suka buli2 ni, apa2 pun laporan kepada guru mmg kena buat supaya tak berulang kembali..

kurus said...

akak suh je anak2 kalau ada ape2 yg org buat ngadu je kat cikgu .. cuma kalau boleh mereka selsaikan sendiri , selesai dulu .. bila dah melampau kenalah mengadukan .. sape x marah :))

KELI OH KELI said...

kalau semua org berfikiran dari setiap aspek macam kakak,mesti negara kita lebih maju dan terpelajar budayanya...suka cara kak hanis berfikir....

-Sara- said...

betol kak hanis, kite bukan nak manjekn anak kita kan..

Eye_nee said...

Akk pon tgh berfikir jugak ni Hanis sama ada nak mengadu ker tidak pada Ustazah si Yana akk tu...benda mmg nampak kecil..tp bila dah kerap sgt berlaku akk tak boleh thn dah...tp ttp juga rasa serba salah nak mengadu...

Hanis MY said...

betul tindakan akak tu...wahh u r my idol la!

Kamalia said...

akk mmg buat perkara yg betul..mmgla pd mula rs serba salah, tapi itu yg terbaikkan..

Maya Mayana said...

emm tu la yana pn kdg2 rasa mcm tk perlu je ngadu2 ni nanti kata cerewet,sombong berlagak...tapi mcm akak cakap ngadu utk membetulkan sambil2 tu nasihatkan anak kita sekali...

zella y said...

kdg2 perlu juga mengadu dan ade kebaikannya kita mengadu... ;)

eB said...

betol gaks kan?... kiters sendiri la kena tgk perlu hendle ker per kan?... pasnih eB nyer turn la plk ;p

Unknown said...

aida setuju dgn cara akak tu .. dan kadang anak pun ada gak mengadu pada cikgu .. tp cikgu jelah yg tak amik apa² tindakan .. lemassss betul bila cikgu yg tak amik tindakan mcm tu ..

Liza @ Adzriel AB said...

ustazah tu mungkin tak perlu hukum budak tu, cuma guna psikologi bercerita dan menasihat tentang perkara berkaitan kepada ramai murid.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...