Wednesday, March 14, 2012

Kisah hati...

Cuaca tak  selalunya cerah. Adakala mendung datang juga. Begitu juga dengan hati kita. Dah namanya pun manusia. Pelbagai emosi seringkali menguasai diri. Masalah ada di mana-mana. Tak berlaku secara langsung kepada kita. Berlaku pada orang-orang di sekeliling kita. Hati ini juga kadang kala terlalu sensitif. Sedikit tercuit, emosinya merudum berhari-hari.

Kadang-kadang kisah orang lain buatkan kita ikut beremosi sama. Orang lain aku tak tahu. Tapi aku selalunya begitu. Minggu lepas, berkaitan majlis perkahwinan yang tak kesampaian, airmataku bergenang bila bakal pengantin muat naik lagu sedih tentang cinta yang tak kesampaian di FB pada petang sepatutnya dia bernikah. Aku bersimpati dan ikut bersedih.

Beberapa hari kemudian aku  tersentuh bila seorang isteri yang dengan penuh mesra menegur suaminya di FB namun tidak mendapat balasan. Sedangkan si suami jenis yang sangat rajin komen status orang lain. Entah mengapa aku pula terasa berkecil hati. Lebih-lebih lagi bila tahu kemelut yang sedang melanda hubungan mereka. Pada waktu itu tentunya sang isteri sedang cuba mahu memperbaiki hubungan mereka. Tapi mendapat balasan yang dingin pula. Aku bersimpati dan ikut sedih.

Cuaca di luar mendung. Di dalam hatiku juga mendung. Bukan mengenang nasib diri. Tapi mengenang nasib orang lain untuk memuhasabahkan diri yang juga tidak sempurna serta banyak khilafnya. Dengan keadaan cuaca yang mendung, susahnya rasa nak menceriakan hati sendiri. Memikirkan yang indah-indah tetap juga berhati gundah.

29 comments:

dwatyKNY said...

sedihnya kak... sebagai teman kita turut merasa tempiasnya...

TS said...

kadang2 nasib org lain membuat kita lebih bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang kan kak..

Izwa Kamaruddin said...

oh sedih nyer...

Kakzakie Purvit said...

Betul Hanis... walau sekadar mengetahui melalui pembacaan melalu buku/akhbar atau paparan media hati kita akan tersentuh sama... akal dan minda kita yg mengajak kita berfikir membuat rasa sedih bertandang...

Bersyukur juga kita tidak berada di tempat sepertinya..

Rina Rahamat said...

akak..mgkin cerita-cerita sedih yg berlaku di sekitar akak boleh dijadikan ilham utk novel terbaru



jiwa penulis mmg begini kan..perasa dan sensitif dgn perkara yg berlaku di sekitar mereka :)

Admin said...

Perempuan memang suka menjiwai jiwa
orang lain; terlalu mudah.. membayangkan
jika kita berada di situasinya, lalu sedih,,
mohon diangucerahkan yang terbaik buat kita :)

Unknown said...

sedihnya baca kisah2 akak tulis tu, esp yg majlis tak jadi. semoga kita semua tabah dgn dugaan yg masing2 lalui. insya allah, perbanyak istighfar, yang mendung akan berlalu.

Kakcik Seroja said...

Begitulah kehidupan - bak air di laut, tetap ada pasang dan surut...

Anonymous said...

alangkan baca novel pun boleh tersentuh, inikan pulak real life

tak boleh berhenti memikirkan aiham fakhri, masalah besar dah ni hehe

Unknown said...

As salam Puan Writer,

Teringin nak baca novel tu... :(

Maybe boleh buat next novel, melalui pengalaman hidup tu... Kdg2 macam tulah, sy pun cepat terasa, sensitif... Padahal org lain yg menanggungnye... Hrp2 perkara yg serupa tak jadi pd kita...

mama maman aka yana said...

hidup penuh cabaran.. fight for better life..:)

mama pun tgh mendung nih.. :(

munna said...

hari ni munna berkongsi dgn 2 org sahabat kisah sedih ...walaupun tak terjadi pada munna... tapi bila mendengar keluhan mereka mmg timbul rasa simpati

Unknown said...

sedihnya bila tau ttg 2 kisah sedih ni w'pun lia x tau secara detail dpt membayangkan kesedihan hati mereka2 ini....

semoga duka yg bertandang cpt berlalu..

Siti Noor Aminah said...

friendly dgn kawan2, tp dgn isteri sendiri.. hmm...

LYAfrina said...

kalo lya berada d tmpat si istri tu pon..lya ckp2 terasa... btapa si isteri berusaha utk jernihkan hbungan tu..

-Sara- said...

sdih lak baca entry kak hanis nii...

Qhaifa Nur said...

tumpang sedih bila baca kisah nih....dah ada jalan penyelesaian kenapa diabaikan...

Ce'gu JAERA said...

saya pun tumpang sedih... di saat kita berduka, rupanya lebih ramai insan di luar sana yang yang sedang bergelut dengan ujian kehidupan...

kita doakan semoga yang terbaik untuk semua..

h4ni3 said...

errkk..
rasa nak sepak jer suami orang tu
eh, ter emo gak

Eye_nee said...

dan kerana kita sering meletakkan diri kita ditempat mereka..itu menyebabkan airmata senang sgt tumpah...kepedihan..kepiluan...kesayuan yg mereka rasai bagai kita turut sama merasakan..kita wanita kan sis..tambahan pula yg terkena itu adalah insan sejenis dan dikenali pula...inilah kehidupan sis...kebahagiaan bukan kekal menjadi milik ..derita juga tidak akan selamanya menghimpit..kehidupan ini unik sis..kepelbagaian rasa mematang dan mendewasakan kita supaya baki umur yg masih bersisa akan kita pergunakan tanpa sia-sia dan percaya ada kebahagiaan yg lebih indah disebalik kedukaan yg kita terima pd awalnya..

Aduhai sis..terpjg lah pulak dah..

♥MAMASYAZA♥ said...

betul tu. akak kdg2 sampai malas nak baca surat kabar bila tgh macam2 kejadian yg berlaku sekrg ni. kita yg baca pun tumpang sedih

Dr K said...

saya rasa lah kan, akak jenis yang mudah menangis kalau baca novel sedih..ekekeke, betul ke salah?

qemaishak said...

Memang macam tu kak, kita turut berduka bila teman berduka..kadang2 yang tak knl pun bila baca kisah sedih diaorang, kita pun turut sedih..

Fuz said...

Facebook sedikit sebanyak meranap rumah tangga orang. -Kajian.

ummiross said...

Betul lah Hanis, kadang2 sangat terkesan dengan keperitan dan kesusahan orang lain, apatah lagi rakan2.Take care ye dear, jangan berduka..

Liza @ Adzriel AB said...

tima kasih fea kerana sering menceriakan kak liza. tengok fea je pun dah sejuk hati.. he..he..

Kamalia said...

sedih..( T_______T )
saya kalau tengok orang lain bersedih,saya pun boleh sama-sama menangis dengan dia jugak..huhu

Maya Mayana said...

moga2 gerimis di hati akak dan org2 yg dimaksudkan berlalu pergi yer..

dan mudah2an Allah berikan pelangi pula hendaknya..Amin...

Unknown said...

hati yang mudah terkesan ni, In Sha Allah, hati yang masih dipelihara oleh Allah S.W.T...sebab kita sensitif dgn keadaan sekeliling...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...