Friday, March 9, 2012

Usah ditanya mengapa...

Memutuskan perhubungan dan membatalkan perkahwinan dalam masa seminggu sebelum tarikhnya bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan juga hal yang main-main. Tentunya bukan perkara yang kecil untuk mengambil keputusan itu. Kita yang mendengar terasa berat, inikan pula badan dan jiwa pembuat keputusan yang menangung. Walaupun diri rasa tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Abaikan saja undangan yang telah diterima.

Kad sudah diedar. Saudara mara, jiran tetangga, rakan taulan sudah dijemput. Segala persiapan sudah ditempah. Tinggal majlis yang dinanti waktu berlangsungnya. Tapi bila perkahwinan terpaksa dibatalkan dalam masa seminggu lebih sebelum perkahwinan, pastinya ada hal yang menghalang. Yang membuatkan perkahwinan yang dirancang tidak dapat diteruskan. Kita bersangka baik sajalah, itulah yang lebih baik.

Bila hal ini terjadi, anggap saja tiada jodoh antara mereka. Usah di tanya mengapa. Hati bakal pengantin perlu dijaga. Hati keluarganya perlu diambil kira. Tentunya berbagai perasaan sedang bergaul rasa di dalam hati mereka. Jangan ditambah dengan persoalan dari kita. Usah sibuk nak tahu cerita. Anggaplah saja bukan urusan kita. Doakan saja mereka sekeluarga akan lebih bahagia dengan keputusan yang diambil.

Sedih dan terkejut dengan berita yang disampaikan minggu sudah. Sepatutnya kami akan ke majlisnya esok. Petang ini majlis nikahnya. Tapi bila tiada jodoh, tiada siapa yang boleh kata apa. Perancangan Allah pastilah yang terbaik buat kita. Pastinya ada rahmat disebaliknya. Majlis tetap dijalankan untuk tetamu yang sudah diundang dan tidak dapat dimaklumkan. Harap-harap semua yang hadir peka dengan perasaan mereka sekeluarga.


23 comments:

Eye_nee said...

Musibbah yg melanda..berat menempuhinya..apatah lagi bila ianya membabitkan org ramai pula..cerita tetap akan kekal sampai bila-bila...perlukan kekuatan Fizikal dan mental..luaran dan dalaman..zahir dan batin utk mengatasinya...semoga mereka itu tabah kerana hikmah disebaliknya brgkali cukup cukup indah nanti...

TS said...

mesti ada yang menghalang..
banyak persoalan dari kita..banyak lagi beban mereka..
doakan yang terbaik tuk mereka lebih baik dari kite persoalkan sebabnya..

Mek Rose said...

kakkk sedihnye baca..
moga kawan/sedara akak tu tabah ye..

tapi tula if kat kg..sure ramai makcik2 la sebukkk nak tahu tanye kenapa pasai ape why awat??? haihh suka norr amek tahu hal org kan..

moga ade hikmah..tiada jodoh..itu yg pasti..Allah rencanakan yg lebih baik utk dia..insyaAllah..

Kakcik Seroja said...

Telah tersurat tiada jodoh antara mereka BUAT MASA INI. Perancangan Allah untuk masa depan kita tak tahu, kan? Eloklah bersangka baik sahaja. :)

mama maman aka yana said...

dugaan hidup...:(

ummiross said...

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk, semoga yang menerimanya dengan tabah. Allah menguji kerana kasih sayangNYa, pasti ada hikmah di sebaliknya, harap yang diuji bersabar meskipun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

sisdee said...

UJIAN dari Allah..pnah tjadi dlm family tapi nsb baik majlis tu blangsung tuk 2 pgantin..jadi boleh cover sikit. si kakak tak jadi..si adik terus kan pkahwinan..

smoga si dia tabah!!

Unknown said...

Aduhai.. Dugaan yg tidak tertanggung oleh bahu sesiapa pun.. Moga keluarga tersebut mendapat ganjaran yg setimpal oleh Yang Maha Esa.. ;)

Rina Rahamat said...

ada hikmah di sebalik semua ini..


cuma diharap org sekeliling jgnlah sibuk bercakap hal orang lain kan sbb hal kita sendiri belum tahu lg

Izan Ishak said...

keputusan yg terbaik telah dicapai sekalipun dgn membatalkan perkahwinan. hanya tuan empunya diri n keluarga terdekatnya saja yg lebih arif. cuma org kelilinglah jgn cakap lebih2 pula... moga ada hikmah atas apa yg berlaku...

whitecappuccino said...

semakin banyak kes sebegini berlaku kebelakangan ini..memang perit menanggungnya tapi mungkin itu adalah yg terbaik..ada hikmah mungkin.

Dinas Aldi said...

Terkejut baca entri ni Hanis kerana ia jugak berlaku pada seorang sahabat akak yg sepatutnya bernikah pada cuti sekolah bulan Mac ni..

MulutPayau said...

berat mata memandang..berat lagi bahu memikul bebanan...mngkin ada hikmah disebalik semua tu...

Izwa Kamaruddin said...

kasihan nyer mereka.... :(

Maya Mayana said...

semoga yang terlibat itu tabah menghadapinya....

Kayun said...

Allah ada perancangan yg lebih baik, insyaAllah. kak, dulu sepupu mak saya prnh mcm ada pengalamn gini la. tp bukan kes kahwin tp anak meninggal masa bersalin. tp ramai org ingat dia bersalin normal saja la, ada anak. then ramai yg dtg ziarah masa dia pantang tu n tanya eh mana baby? x nampak baby pum. dia cakap kat mak saya bila ramai org tanya gitu, sebak sgt n tak tahan nk terangkan kt org setelah byk kali org tanya. huhu

Kamalia said...

Dugaan yang berat, saya yg membaca pun dah dapat bayangkan kegetiran yang dialami oleh bakal pengantin tu dan keluarganya..

Unknown said...

As salam Rafeah,

Ok, first sekali nama tu tak macam muzium pun... Mcm nama artis adalah... Nice name :)

Saya betull2 shock baca cerita ni! Really happen in real life? Kesiannya... hrp yg terlibat byk2 bersabar... Hrp juga yg org sekeliling peka perasaan mereka... Berat mata memandang berat lg bahu yg memikul :(

Ce'gu JAERA said...

waduh kesiannya,... pa leh buat.,. xda jodoh kan.., cuma maruah keluarga tu yang perlu diambil kira.. semoga segalanya berjalan dengan baik antara kedua belah pihak

zehan said...

mungkin ada hikmah di sebalik kejadian..
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, mungkin akan mendapat yg terbaik dari sekarang...
salam perkenalan...saya follo blog awak...sudi2 singgah blog saya ye..:)

Reflisia said...

Apa yang berlaku sudah tersurat dan hikmahnya sudah tersirat...InsyaAllah manisnya kan tiba jua nanti..

Moga mereka tabah dan kuat hadapinya..amin

Hanys Najib said...

kadang2 masyarakat kiri kanan sibuk mengata 'kenapa', 'tulah sebabnya', blablabla..tak terfikir ke perasaan keluarga pengantin tu..ada juga yg kesian, kita kesian, tapi empunya badan yg menanggung pelbagai perasaan timbul, sedih, kecewa, marah, malu, etc.. moga waktu sy esok tak terjadi begini..takut..

~Sal Ismail~ said...

pernah terjadi pada seorang kenalan, pada hari majlis, pengantin lelaki tidak memunculkan diri..remuk redam hati tiada siapa yg peduli..Tuhan saja yg mengetahui~

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...