Friday, March 30, 2012

Pukul 3 pagi...

Jam sudah menghampiri pukul 3 pagi. Mengantuk? Tak terasa lagi. Manakan tidak, aku sudah tertidur dulu tadi. Terjaga semula 2 jam sudah. Harap-harap aku tidak mengantuk di pejabat nanti. Idea datang. Waktu sebegini, mudah benar jari jemari berlari laju menekan kekunci. Tenang, damai, sunyi. Dan idea mula mencurah lagi. Aku tersenyum sendiri bila muka surat semakin bertambah. Rehat itu perlu. Esok, aku perlu berikan perkhidmatan yang bermutu. Jadinya, aku perlu tidur dahulu. Mana tahu idea datang lagi dalam mimpi... 

33 comments:

kueh bakar said...

idea tak selalu dtg..sekali dia dtg macam air paip tak bertutup pula..

tapi idea juga boleh tiba-tiba hilang mahupun lupa jika tak catit.

Hudalatip said...

tulah namanya novelis kan..idea datang bila2 je.

Amie said...

Rajinnya, selamat meneruskan usaha menulis...

Lulu Caldina said...

kalau datang dalam mimpi, harap2 bila sedar, masih ingat kan kak fea.. :)

ummiross said...

Hehe teringat lagu P.Ramlee...
Waa begitulah rupanya novelis, ketika orang lain diulik mimpi,ketika itulah ideanya datang mencurah-curah.

Acik Erna said...

alhamdulillah..semoga cepat diterbitkan..kami menunggu

Izwa Kamaruddin said...

tak sabar nak baca yg seterus nyer :)

Liza @ Adzriel AB said...

tak pe... bukan ada baby yg nak di layan. harap mata tak sembab pagi ni.

Kakzakie Purvit said...

Novelis memang berkarya tak tentu masa. Agak-agak tahun ini boleh siap tak Hanis?

TS said...

waaahhh..camtu ek life seorang penulis nih...
time sunyi2 tu la idea mencurah2 kan kak.. :)

sisdee said...

waktu2 camtu mmg idea dtg mcurah2 le..waktu yg paling tenang..;)

gadisBunga™ said...

saya rasa akak byk fikir lah. tuh yg tertidur terjaga tuh. heheh~

Anonymous said...

dulu2 tina selalu mcm tu, terjaga pukul 2 3 pagi, buat keja apa yg patut, tapi skrg ni takde lah pulak, dah tido tu mmg sampai pagi lah jwbnya

-Sara- said...

kak hanis nk publish 2nd novel ek? gd luck! ;)

qemaishak said...

insyaAllah tak lama lagi terbit la novel kedua tu kak:)

Eye_nee said...

gud luck sis utk "baby" kedua kamu...why everytime sis talk about writing...akk rasa guilty sgttttt....

whitecappuccino said...

selamat mencatat idea yg mencurah2 itu ya

Akak Kembang said...

smg idea yg best2..

munna said...

dulu zaman study ....munna selalu tidur awal dah bangun pukul 3 pagi utk ulangkaji... macam berkesan dgn munna cara study mcm tu

Azee Hana said...

penulis novel la..salam kenal..=)

Ati Masrif said...

memang masa2 gini amat tenang
buat apa pun banyak idea yg datang
bolehlah buat selalukan hanis...hik3

Rina Rahamat said...

bestnya akak..ada bakat menulis..kita pon teringin tp x reti nk ngarang

Dinas Aldi said...

Sila tekun menulis kerana akak teringin sangat dah nak baca novel Hanis yg kedua nih :)

Cikgu Tie said...

Salam perkenalan....
teruja sangat dapat kenal dgn penulis novel di sini. Cikgu memang gemar sangat membaca novel.

Maya Mayana said...

kadang2 idea dtg tak kira waktu...

idea nk menulis walaupun blog cuma pn begitu jua...kdg2 yana perasan yana jd lebih bijak dan idea mencurah-curah ketika waktu malm hingga 3 pagi juga (kak, jagn muntah yer baca statement yana ni..haha)

MulutPayau said...

Assalamualaikum hanis...

Seronokkan kalau idea datang mncurah2....

susumanis said...

duss..novel pertama hsanis pun lom dapat nih..cari kt popular ampang point x de, where shd i cari ya :)

Unknown said...

hebat kak fea..
idea datang dalam mimpi je..
heheh

Fuz said...

sy mimpi sya bernikah kak ;p

~Sal Ismail~ said...

mmg syok kalo idea dtg lam mimpi~ harapnya ia terjadi~ ;)

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Begitu rupanya menjadi seorg penulis, idea dtg xkira waktu... Tidur dulu nnt tambah lg muka surat tau! :)

Izan Ishak said...

bila idea dah dtg... kena tekan keyboard cepat2... tapi kena jaga kesihatan juga tau kak...

Unknown said...

Chaiiyookkk kakak!! Tak sabar nak tunggu novel ke2...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...