Tuesday, February 1, 2011

Infiniti..

Budak-budak ni kan, kalau ada perkataan baru yang mereka dengar atau pelajari, mereka memang suka sangat nak menggunakannya. Tak kiralah perkataan tu yang good word ataupun yang bad word. Kiranya macam gempaklah kalau boleh guna perkataan baru tersebut. Kalau mereka tahu maknanya memang lagilah mereka akan lebih kerap untuk menggunakannya untuk ambil perhatian orang di samping mahu orang lain tahu yang mereka memahami maksud perkataan tersebut.

Sebenarnya, aku pun gitu juga masa budak-budak dulu. Pantang ada perkataan baru yang aku tahu, mesti nak gunakan dalam ayat ketika berbual. Ayat yang takde kena mengena pun tetap juga nak masukkan perkataan baru tu untuk nampak cool. Contohnya macam vogue, bros, etc, instead of, either or, neither nor, chit chat tu semua.. (ini masa sekolah rendah ok.. masa sekolah menengah dah terer dan dah matang sikit. Jadinya gunakan perkataan-perkataan yang baru tahu dan faham tu bila bersesuaian dengan ayat saja.. so tak payah susah-susah nak gelakkan yer. Nak senyum sikit-sikit tu takpe.. he..he..)

Kisahnya, si Az baru kenal perkataan baru iaitu infiniti. Entah cikgunya ajar atau abang & kakaknya yang ajar. Tapi dia memang tahu infiniti tu maksudnya jumlah atau nilai yang tidak terbatas. Sekarang ni kan banyak game show kat tv yang ada ganjaran berupa wang tunai macam RM 5K, RM 30K. Tapi tiap kali ada iklan tu aje mesti Az dengan muka macam eksyen cakap alah bukannya banyak sangat.

Aku pun risaulah jugak sebab takut juga anak aku ni tak tahu yang nilai macam tu dah kira banyak. So aku cakaplah elok-elok kat dia eh, dah banyaklah jumlah macam tu sayang. Aku terangkanlah kat dia yang lima ribu, tiga puluh ribu tu banyak. Takutlah dia ingat lima ribu tu macam lima ringgit dan tiga puluh ribu tu macam tiga puluh sen saja. Then dia reply, baby tahulah mama. So aku pun lega. Anak aku tahu nilai rupanya. Okey fine.

Bila aku nak gerak tu aku dengarlah dia cakap ngomel-ngomel macam cakap sendiri gitu.. alah, kalau infiniti tu barulah banyak..

He..he.. punyalah nak gunakan perkataan baru tu. Sampaikan nilai lain semuanya sikit bagi dia. Memang anak mama. Sorilah yang.. anak u ikut perangai i lah..

25 comments:

A.s.t.i.n.a said...

30 ribu jer ma.. bukannya byk sgt..

Maya Mayana said...

nasib baik Az tahu guna juga words tu,cam anak yana cth bila dgr org ckap "kena kencing je la org tu.." dia dok nyampuk "kena kencing manis ke?" hoho...

Hanis Azla said...

astina : haah, bukannya infiniti pun kan.. he..he..

ermayana : aduhai, lagilah lawak klu ckp mcm tu.. pandai pulak dia menyampuk.. ha..ha..

Siti Noor Aminah said...

haha. tak tau bila nk gunakan perkataan infiniti tu. haha.

Dilla Ady said...

ye la..bebudak skang cepat jek menangkap perkataan baru..dak acha yg dua tahun tu pun, pandaiiiiii ajuk ckp org tua..yg tak elok pun cepat jek lekat kt kepala die..hishhh...

aishah said...

smart boy.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam, itu ler nama nyer anak alam cyber..

Hanis Azla said...

-GC-: he..he..

Dilla Ady : mmglah dilla.. yg tak elok tu lg cepat melekat kat kepalanya.. itu yg kena pantau tu kan..

Aishah Faisal : InsyaAllah..

Be Simple Beb (BSB) : itulah, anak alam cyber yg serba tahu skrg ni..

Unknown said...

wah..
saya pun tak reti nak letak perkataan infiniti tu kat ayat yang cemana..
budak2 sekarang kalau bercakap memang kalah kita kak..

Unknown said...

30 ribu tak banyak? Semua kerana infiniti ye kak..hehe

Kayun said...

ahaha..sya pn br tau infiniti lps msuk skolah mngh..cikgu ajar dlm math..hehehe

apdm said...

salam pagi rabu =)

mama borek anak rintik ni..hehehe

LiFe KaMi said...

hehe comel betul anak akak ni..
tak sabar nak tgu anak kami pandai bercakap..:)

Unknown said...

kak..
jom join kontest..
kalau rajin le..
tapi saya tau akak selalu malas..
'hahahahaha

http://diana-senyumsenyum.blogspot.com/2011/02/contest-jejaka-terhangat-nak-bagi.html

DrMaya said...

hahaha...mmg bijak anak2 zaman sekarang neh, tentu sulit juga parents nak didik :) banyak dugaan banding dolu2

Bunga said...

bijak2..hee..

Hanis Azla said...

Diana : itulah, terfikir2 nak buat ayat dengan infiniti tu kan..

he..he.. eh kenyataan tu, tau takpe.. akak mmg ada malas sikit nak join contest..hi..hi.. tp Insyaallah ada kesempatan akak cuba join yer.. TQ..

~yus~ : semua kerana infiniti.. he..he..

kayun : akak pun gitu sama...

sisishira : he..he.. si borek dan si rintik..

life kami : InsyaAllah, nnt bila nak dah pandai bercakap, mmg mcm2 yg keluar dari mulut mereka.. kdg2 kita pun tak terfikir mcm tu..

maya : mmg betul, byk dugaannya dlm mendidik anak2 zaman ini..

bunga : InsyaAllah, semoga bijak untuk perkara2 yg betul saja..

yanamib said...

haha cute je..tp btol la sy dlu pon bila dpt tau satu perkataan br sebok nk guna perkataan tu..heee` =P

hentakbelipat said...

selalu kalau perkataan yang nampak cool cepat melekat dkt kepale hotak ye dak..

Hanis Azla said...

YanaMIB : he..he.. samalah kita.. rasa mcm best aje klu boleh guna perkataan baru tu..

hentakbelipat : mmg sgt betul..

Hanis MY said...

haha..comel dan smart! bagusnyaa anak akak..

salam kenal sy folo blog ni..

Oh Lady said...

akak! infiniti tu bagoslah..at least bekembang pmikiran tu..hee.. :) sangat clever ikut jejak mama lah ni..like mother like son kan kan...

Izan Ishak said...

tererlah dia guna perkataan infiniti. itulah kak...kalau ada je word baru, mulalah nak guna kan ye.

Hanis Azla said...

Hanis MY : Alhamdulillah.. Thanks yer sbb sudi blog ini..

Iryns Awyn aka ryn : like mother like son yer.. he..he..

Izan Ishak : betulkan izan, klu ada perkataan baru tu mmg teruja aje nak guna..

whitecappuccino said...

hehe..jenuh la infiniti tu yer..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...