Nuffnang

Monday, January 31, 2011

Thanks Nick Irfan..

Ucapan terima kasih buat Nick Irfan yang sudi tag akak. Fisrt time ni tak bertangguh nak buat tag. Kenapa?? Sebab utamanya tentulah nak menghargai orang yang sudi tag kita tu. Sebab keduanya ialah takut kalau bertangguh nanti akan terlupa pula dan akhirnya tak sempat nak buat. Rasa berhutang pula nanti. Jadinya kena settlekan cepat-cepat. Okey meh kita mulakan..

1. Bila korang suka tulis entry?
Takde spesifik masa nak menulis entry ni. Ikut bila-bila ada masa, ada idea dan cerita saja.

2. Adakah korang blogwalking hari-hari?
Sudah semestinya. Tapi tak banyak mana pun boleh blogwalking dalam sehari tu sebab kekangan masa. Sebab lain pula ialah saya seorang yang suka membaca, jadinya saya ambil masa singgah kat blog orang lain untuk membaca entry mereka. Pada saya itu lebih bermakna daripada saya berblogwalking untuk meninggalkan jejak saja.

3. Namakan tiga blog yang korang paling suka baca:
As i told u earlier, i love reading. So semua blog yang saya follow seperti senarai dalam bloglist saya tu saya suka baca. Nak pilih yang paling suka pun dah tak tahu sebab semuanya best dan ada cara, ada cerita dan ada nilai tersendiri untuk dihayati.

4. Apa yang korang nak cakap dekat ML kalau korang jumpa ML <-- Ini soalan original. Tapi saya tukar dengan soalan : Apa yang korang nak cakap dekat Nick Irfan kalau jumpa:
Kalau jumpa Nick Irfan, saya nak cakap, Thanks yer sebab selalu sudi berkunjung ke blog akak ni. Sudi juga memberi komen lagi. Appreciate it so much. Jemputlah berkunjung selalu yer.

5. Tag 5 orang rakan blogger yang korang rasa cool like a snow :
Wow, ada ramai blogger yang saya rasa sangat cool. Mereka terdiri dari rakan-rakan blogger yang selalu sudi singgah, komen dan follow blog saya ini termasuklah Nick Irfan. Saya buat tag ni untuk menghargai orang yang sudi tag saya tu dan suka nak menjawab soalan. Tapi saya taknak tag orang lain sebab seperti biasa saya suka mengelat. Ha..ha.. Lagipun dah lama dah tak tag orang lain. Jadinya untuk kali ini pun saya taknak tag juga mengikut kebiasaan saya. Boleh ke gitu? Boleh kot.. (kalau dah tanya lepas tu jawab sendiri dan tentulah jawapannya boleh kan) He..he..

Thanks Nick Irfan..

18 comments:

NICK IRFAN said...
This comment has been removed by the author.
NICK IRFAN said...

eh! tukar jd nama sy plak? terharu rasanya.. thnkz jgk kt akak!!! slalu berkunjung di blog sy jgk:)

sissyira said...

salam pagi selasa =)

suka baca jawapan nombor 2 tu dan setuju sangat.....

diana said...

saya pun kerap ngelat kak..
tak sempat sebenarnye..
hehhe..

Hanis Azla said...

nick irfan : sama-sama:)

sissyira : stiap org ada cara masing2 kan syira..

diana : jom kita ngelat selalu.. he..he..

Fieza79 said...

rajen jwb tag..dpt tag kena cpt2 jwb..kalau tak terjawab la smpai sudah...

Sasa Al-Sharif said...

bab bw tu sama jgk. sbb kekangan masa, tp suka cari blog dgn entri matang dan menarik. dibuat kwn dan suka kongsi2 pendapat

Hanis Azla said...

fieza79 : betullah fieza, kalu tangguh2 sudahnya tak terjawab langsung..

sasa al-sharif : berkongsi2 pendapat dapat buatkan kita lebih berfikir tentang pandangan kita sendiri dan orang lain juga kan..

Izan Ishak said...

akak...izan pun kadang2 ngelat buat tag. kalau ada tu terus buat.

izan pun skrg cam akak..suka baca2 n komen2...kalau tinggal jejak tu pada blog yg baru singgah~

Dilla Ady said...

aisey..tertinggal byk entri pulak..sori kak..

leh geng la nih..dilla pun suke membaca..

kak, suke la entri dulu cakap lain tu..

h4ni3 said...

saya taknak jawab tag

hehehhe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

hehhehe..dah lama sy tak buat tag
sure org tag sy sedih...wuwuwuwu

Hanis Azla said...

izan ishak : ngelat juga yer.. he..he.. bestkan dpt baca & komen entry org lain..

dilla ady : Takpe dilla.. sudi ke sini lagi pun akak dah suka.. he..he.. kita geng suka membaca..

h4ni3 : tag tu bukannya paksaan kan.. tak buat pun tak mengapa.. akak pun ada juga yg tak buat sbb xsempat.. he..he..

rose--{@ibu rafiq@} : patutlah akak dengar ada org nangis.. rose tak buat tag rupanya.. he..he..

KELI OH KELI said...

betul tu kak hanis..sekarang ni kalau BW tu..saya pun amek masa pelan2 baca entry kawan2...biaq sikit2 x pa..janji ada kualiti yg kita kutip..

Adzriel AB said...

ha..ha...mengelat lagi. akak pun ada hutang kena tag lagi ni..adoi.

Hanis Azla said...

keli oh keli : kualiti yg kita kutip tu yang lagi penting kan..

Adzriel Ab : manjang ngelat aje kerjanya kita ni kan.. he..he.. takpe, klu sempat bolehlah buat..

Aishah Faisal said...

he..he..

Hanis Azla said...

he..he.. thanks aishah sudi singgah ke sini..