Jumaat petang, lepas balik kerja aku dan Yat kawan baikku ke KL. Cadangnya nak drive ke sana tapi en.asben dan suami Yat tak izinkan sebab hujan lebat dan semestinya jalan di KL jem di petang jumaat. Jadinya aku dan Yat menaiki ERL dari Putrajaya ke KL Central. Solat maghrib di KL Central kemudian menaiki Putra LRT ke stesen Dato' Keramat. Sebenarnya inilah kali pertama aku menaiki ERL dan LRT. Jadinya memang cuaklah. Dari nak beli tiket sampailah dah dalam LRT & ERL tu. Rasa macam eh.. betul ke ni.. he..he.. Nasib baik berdua. Kalau sorang-sorang tentulah berganda-ganda cuaknya. Jadinya information counter memang menjadi tempat rujukan penting akulah petang tu.
Kenapalah aku bersusah payah yer. Sebenarnya sudah hampir sebulan kawan baik kami Ja pulang bercuti. Tapi sebab masing-masing sibuk makanya asyik tertangguh-tangguh saja perjumpaan kami. Minggu lepas saja beberapa kali juga tertangguh temujanjinya. Rasanya kalau tak disebabkan dia akan berangkat semula ke Doha pada rabu ni, memang akan tertangguh-tangguh lagilah pertemuan kami. Sudah hampir 3 tahun kami tak jumpa. Jadinya memang kami nak sangat berjumpa untuk kali ini. Bersusah-payah sikit pun takpelah. Janji dapat jumpa. Disebabkan suaminya tidak balik sekali makanya en.asben dan suami Yat serta anak-anak kami tak perlulah untuk join sekali.
Cadangan asalnya kami nak dating di Pavillion. Tapi masa dalam train Yat tiba-tiba tukar fikiran. Iyelah, kami dah lama tak jumpa. Kalau berborak dan kepochi, mesti suasananya jadi gamat. So plan di tukar ke rumah adik Ja. Sebab dia memang stay kat situ sepanjang cutinya ini. Kalau kat rumah bolehlah bersila, berlunjur, meniarap, bertepuk, bertampar tanpa menganggu orang lain. Jadinya tentulah lebih selesa. Kalau kat rumah juga mesti boleh berjumpa sekali dengan anak, mak dan adik beradiknya yang dah lama benar tak jumpa.
Ja datang ambil kami dengan menggunakan kereta adiknya. Ha..ha.. memang kami yang request minta dia mengambil kami dengan kereta yang lebih best dari kereta-kereta kami. Saja nak demand. Dari dalam kereta sampailah ke rumah memang tak henti-henti bercerita. Dalam pukul 10 malam kami keluar pergi makan. Borak lagi. Lepas makan balik ke rumahnya semula, pun borak lagi. Kiranya agenda kami malam tu ialah, borak, borak dan borak. Sakan betul berborak.
Maklumlah 3 tahun punya cerita yang terkumpul. Pukul 11 malam en. asben call tanya nak balik pukul berapa. Ja request sampai pukul 1 pagi sebab tak puas lagi borak. Sebab en.asben dah memahami sangat dengan perangai kami bertiga kalau dah dapat borak jadinya en.asben kata boleh continue. Suami Yat pula dangan baik hati nak datang jemput kami balik. So lagilah best jadinya. Dah nak balik pun boleh borak lagi dalam setengah jam kat luar kereta. Masa ni suami Yat pun dah join the club. Punyalah akrab kami bertiga ni.
Alhamdulillah. Seronok sangat dapat hang out dengan kawan-kawan baik yang sekepala sejak sekolah rendah dan menengah ni. Walaupun jarang sangat dapat berjumpa, tapi bila berjumpa kemesraannya tetap sama. Macam dulu-dulu juga. Itu yang bestnya.
Oh ye, sebelum aku terlupa. Apa kena mengena tajuk dengan cerita aku ni agaknya? Sebenarnya Ja, ni ialah kakak kepada seorang pelakon popular. Jadinya kereta yang dia gunakan untuk ambil kami dan rumah tempat lepak itu kepunyaan artis tersebut. Jadi itulah saja kaitannya he..he.. minta maaf ye sebab sesekali cari publisiti murahan macam ni.
We'll miss u Ja... Take care & Happy always.
28 comments:
woww..sapekah artis tu kak?hehe :D
Artis yg mana tu kak? Merz tu.....hehe
mmg best jumpa kwn lama
nk2 time skoloh dulu
byk benar perkara nk diborakkan
mmg sampai xsedar sehari..hehe
sapa artis tu?/ kete mercedes tu..hehe
akak bgtau la..hhee
tertanya-tanya jugak siapa artis tu. brand kereta gempak gila tu
-sara- : dia tak terlibat dalam pertemuan tu.. so tak best plk nk bercerita psl dia kan..
~yus~ : hmm.. siapa yer.. tp yg pasti dia ni popular sbg pelakon drama & filem..
sarah najwan : mmg best.. syok sgt berborak.. tahu2 dah pagi.. he..he.. minta maaf yer, tak best pulak nak bkk cerita sbb dia tak terlibat langsung dalam pertemuan ini.. yg terlibat hanya kakak, kereta dan rumahnya saja..
sasa al sharif : artis wanita yg cantik pastinya..
haha..kalau dah lama x jumpa mmg mcm tu la..
sapekah artis itu???
ala...amik gambar belakangnye jek..aisey..
cube tgk muke depan, mane tau ade iras2 kan..
wah, mmg best kalau dah dpt jumpa kawan lama, sekepala lak tu...kalau saya pun, mau x balik..kehkeh..
kak, bgtau je la sape gerangan artis tu...huhuhu....nak tau sgt neh...
akak organise la reunion,confirm best jumpa kengkwn lama...btw sporting hubby akak...kita duk bkt gmbir,smpai sana bleh la roger2 k
gigi ronggak : betullah, bila lama x jumpa mmg berborak tak ingat.. he..he..
shaheila malek : jeng..jeng..jeng biarlah rahsia kot..
Dilla Ady : itulah pasal.. sbb klu ambil dari depan nnt kenal plk sbb muka mmg ada iras.. he..he..
wahida : mmg best.. rasa taknak balik pun ada tp org kat rmh lg penting so kena balik jgk.. he..he.. nak tahu yer.. tak bolehlah.. akak minta maaf yer..
Dunia mayaku : akak bab organise ni mmg lemah sikit.. he..he.. InsyaAllah klu akka gi bkt gambir nnt akak roger yer.. bestkan klu dpt jumpa..
sangattt besttt la kak! kalau saya pun jumpa geng2 rapat mahu lupa dunia jap...incik2 suami kena buat persidangan lain..heehehe
sz m.s.s : mmg betul tu.. sgt best.. sbb tu encik2 suami yg memahami kena bagi can.. he..he..
best dapat suami yg sporting. hihi
-GC- : alahamdulillah.. sporting bertempat..
diana : betul jgk tu.. kdg2 lain yg diharap, lain pula yg menjadi..
hehe sayapun kalau jumpa kawan lama sampai lupa masa bila bersembang :)
Dapat rasakan kesronokan jumpa kawan lama...
Ziarah sini Hanis...sambil buat kerja....memang seronokkan jumpa kawan lama..macam2 nak bercerita.coz dah lama tak jumpa..
Dinas Aldi : bila dah leka berborak mmg boleh lupa masa kan..
Ummiross : mmg seronok sangat..
Adiwieyah : Thanks sudi menziarah ke sini.. klu dah jumpa kwn lama tu mmg tak habis cerita jadinya..
seronok kalo dpt together2 dgn member baik kan...lebih2 lg kalo cik2 abg tak mengekor sama...wahh ibarat dunia kita yg punyaa....mulut tak henti2 bercerita....
ha..ha.. betul tu gee.. sesekali gitu mmg ibarat dunia kita yg punya..
artis? jengjengjeng.. hehehehe
anat fllow mellow kamu ek :)
sape la si artis tu..suspen je...ishh Ja tu jgk merupa kan nama ku tu...
anati soki : jen..jeng..jeng.. he..he.. thanks yer anati sudi follow blog ni..
fieza79 : he..he.. sesekali kasi kwn2 saspen.. jadinya boleh panggil Ja jugalah ni yer..
Siapa? siapa? siapa artis tu kak?
hehe..kepochi jee..
;D
hmmm siapa yer.. he..he.. buat2 lupa jap..
waah!!!mercedez..hehee...artis mana la tu ye kak?
Post a Comment