Malam tadi aku dan en asben ke sekolah malam. Sekolah malam? Macam nak ambil SPM atau STPM semula pula siap ambil sekolah malam kan. Eh.. eh taklah. Sebenarnya bukan pergi sekolah malam. Tapi pergi ke sekolah malam-malam. Iye, dari pukul 8 hingga 10.45 malam.
Malam tadi ada perjumpaan permuafakatan antara para Guru dan Ibubapa di sekolah Han untuk pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ni. Aku memang pujilah kerajinan dan komitmen yang diberikan oleh guru-guru di sekolah itu. Sanggup tu datang malam-malam semata-mata untuk memberikan penerangan untuk ibu bapa tentang program yang dirancang dan akan dilaksanakan bagi memastikan anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR di sekolah itu.
Dari kelas tambahan, program motivasi, majlis sembahyang hajat dan beberapa program lain yang berkaitan, semuanya dikongsikan jadual perancangan tarikhnya. Cara menjawab soalan dan pemarkahan juga turut diberikan penerangan untuk setiap matapelajaran. Ada tips juga mana yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa dan pelajar. Memang info yang sangat baik buat ibu bapa untuk diambil perhatian dan tindakan selanjutnya.
Yang menariknya, sejak awal persekolahan lagi sesi bacaan Yassin telah diadakan pada setiap hari jumaat untuk semua pelajar Tahun 6. Baguskan, mengunakan pendekatan sebegitu untuk para pelajar sejak dari awal.
Terima kasih untuk Guru Besar dan semua guru-guru yang terlibat. Banyak betul jasa kalian untuk memastikan para pelajar berjaya dalam peperiksaan di samping untuk menaikkan ranking sekolah. Terharu ni...
21 comments:
Bagus kak pendekatan macam tu. Baca Yassin tiap2 Jumaat at least ada rutin kat situ kan ?
bagus tu..jasa cikgu mmg x dpt dibalas, sama mcm jasa ibu...kalau betul2 ikhlas, mmg byk pahala cikgu2 ni menurunkan ilmu..
elok skolah tu
awal2 thun da stat..
semoga anak akak akn berjaya dlm UPSR nati
bole msuk skol SBP..
seronok bila tgk komitmen cikgu2 kat sekolah mmg nak anak2 kita berjaya kan kak... awal2 tahun dah start. kalau izan jadi akak pun izan rasa terharu~
bagus sguh kan...malam pun maseh ada program khas ibu bapa dan guru ..suma demi anak2 kan...
bagusnya sekolah tu. semoga anak Hanis akan berusaha dengan gigih ya!
baguslah macam tu...pendekatan rohaniah pun ada..kejayaan anak2 lebih berkat dan bermakna.
memang bagus...semoga Allah memberkati setiap yang baik...
suara kalbu : harap2 rutin tu jd amalan mereka sehingga dewasa InsyaAllah..
wahida : mmg byk jasa dan pahala cikgu2 ni kan.. klu ikhlas, lg bertambah2 pahalanya..
sarah najwan : itulah, awal2 dah start.. Amin utk doa tu.. itu antara usaha kita untuk buat yg terbaik..
Izan Ishak : tgk dari komitmen mereka pun kita dah tahu yg mereka mmg bersungguh2.. mmg terharu jadinya kan..
fieza79 : baguskan.. sanggup korbankan malam mereka untuk pelajar dan sekolah mereka..
Dinas Aldi : InsyaAllah.. itu doa dan harapan akak juga..
keli oh keli : keberkatan ilmu itu yg lebih penting kan..
dunia mayaku : Aminn.. mudah2an
baguslah macam tu...ada jugak sekolah yg betol2 prihatin yang nak buat semua xtvt tu...tapi yg penting la mak bapak pun kena kerap berhubung dgn pihak sekolah, baru la ada hubungan 2 hala..
hmm betul.. mmg perlu sangat ada hubungan 2 hala.. kedua2 pihak perlu ambil peranan masing2..
tanpa guru siapa la kita skrg nih..huhu
skang nih mmg la kak...sekolah2 prihatin ngn murid2 yang nk periksa nih kan..
bagus btul cikgu2 nih..besar pahala diorang dapat ni nnti..
Wah! memang bagus betul sekolah tu. Dari awal tahun dah mula. Moga anak akak mendapat keputusan yg cemerlang dalam UPSR nanti ye..:)
sekolah mana tu?
bagusnya
so cikgu, parents n students sama2 usaha utk pastikan diorg dpt result yg cemerlang
bgus jgk semoga berjaya semua pelajar kt sna!
tiba-tiba rindu sekolah rendah.
cikgu dah bagi, tunggu murid je nk terima ke tak..
tanpa guru..tak cerdik lah PM.hehe
wa..rajinnye cikgu2 ek..semangat nk mantapkan murid..moga2 beroleh kecemerlangan..
bacaan yaasin dari awal, mmg wajar dipuji..sbb hidup ni kena le seiring..seimbang usaha n tawakkal.. :)
moga anak sis beroleh kemerlangan!
papa mifz : byk betul jasa guru pada kita kan..
dilla ady : bila pihak sekolah dah perihatin, ibu bapa pun kenalah turun padang untuk kepentingan bersama..
~yus~ : Amin.. mudah2an. Thanks yer yus..
h4ni3 : sekolah biasa aje. kat area kg lagi.. mmg kena usaha untuk jd cemerlang kan..
diana : ada juga sekolah yg begitu.. sampai kita yg naik risau.. he..he.. nak bagi peluang mak ayah mengajar kat rumah tu bukan semua parents mampu buat.. besar cabarannya tu..
nick irfan : InsyaAllah.. Thanks yer..
PKH : rindu yer..
si para-para : betul2.. at the end output dari pelajar juga.. PM?? he..he.. tanpa guru mmg ramai yg takkan jd cerdik..
shimawar : mmg kena puji guru2 yg rajin dan komited mcm tu.. utk berjaya usaha dan tawakkal mmg perlu seimbang kan.. Thanks yer utk doa tu..
Post a Comment