Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Jadinya jangan takut untuk bersedakah. Sebab dengan bersedekah, rezeki kita akan menjadi lebih berkat. Dan insyaAllah sedekah yang kita keluarkan itu akan digandakan oleh Allah SWT... Tentunya kita semua biasa dengar ayat-ayat sebegini yang menyeru kepada kita untuk bersedekah.
Sememangnya kita semua sudah maklum akan keberkatan bersedekah. Kita juga tahu yang ada rezeki orang lain dalam rezeki yang kita perolehi. Tapi kadang tu berat juga untuk kita mengeluarkannya. Kadang tu terasa sayang dengan apa yang kita miliki sehingga rasa tidak mahu berkongsi sebahagiannya dengan orang lain. Walaupun kadang tu kita hanya perlu mengeluarkan sebahagian kecil saja dari rezeki yang kita perolehi. Tapi rasa berat itu tetap ada. Jadi memang agak payah juga untuk kita mengikhlaskan hati kita untuk bersedekah.
Selalu rasa macam kita juga memerlukannya. Tambah-tambah memang itu rezeki untuk kita. Makanya, kita lebih pentingkan untuk mendahulukan keperluan kita terlebih dahulu sebelum memikirkan orang lain. Memikirkan orang lain yang mungkin kekurangan rezeki dan yang lebih memerlukan sebahagian dari rezeki kita itu. Itulah kebiasaannya kan.
Aku ada satu pengalaman yang ingin dikongsikan bersama berkenaan dengan bersedekah ni. Ianya hanya cerita biasa. Tapi cukup berkesan untuk mengubah persepsiku tentang perlunya bersedekah dengan ikhlas ini. Jadinya terasa mungkin elok juga untuk aku kongsikannya di sini. Mana tahu ada manfaat untuk orang lain juga.
Perkara ni berlaku dalam dua tahun lepas. Satu hari, seorang saudara dari kampung datang berkunjung ke rumah kami. Waktu tu lebih kurang dua tiga hari lagi sebelum masuknya bulan ramadhan. Memikirkan ramadhan, terdetik di hati ini untuk mengirimkan sedikit wang untuk tok di kampung buat perbelanjaan di bulan puasa nanti. Memang emak aku ada mengirim juga untuk ibunya. Tapi sebagai cucu, rasanya aku juga punya tanggungjawab untuk mengirimkan sedikit wang untuk tambahan tok berbelanja.
Tok aku bukannya orang senang. Tinggal bersamanya, makcikku yang sedikit kurang upaya. Pakcikku yang kematian isteri juga tinggal bersama 3 anak-anaknya di situ. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, tentulah tidak cukup untuk pakcikku menyara keluarga. Walaupun anak-anak tok ramai, tapi bukannya semua berpendapatan besar dan dapat menghulurkan bantuan setiap masa. Masing-masing ada komitmen untuk menyara keluarga sendiri. Jadinya, sesiapa yang ada lebih tu memang tahu sendiri untuk bantu apa yang terdaya.
Waktu tu memang aku ikhlas ingin bersedekah. Aku keluarkan RM50 dari purse. Terfikir pula setakat RM50 tu cukup untuk aku makan KFC anak beranak saja. Jadinya aku tambah lagi RM50. Bila dah tambah, teringat pula makcikku yang sedikit kurang upaya yang tinggal sekali dengan tok. Jadinya aku tambah lagi RM50. Bila dah tambah, teringat pula sepupuku, anak yatim yang tinggal sekali. Maka aku tambah lagi RM50 lagi. Akhirnya RM200 juga sudah aku keluarkan dari purseku.
RM200 bukanlah besar untuk sesetengah orang. Tapi untuk orang yang berkeluarga sepertiku, RM200 itu punya nilai yang agak besar juga. Waktu itu pula aku baru lagi berkerja di tempat baru ini. Dengan gaji yang berkurang melebihi 1k sebulan tentulah RM200 itu lebih bernilai untukku saat itu. Tambahan pula, bila dah hampir ramadhan, tentulah perbelanjaan untuk raya perlu diambil kira juga. Terfikir di kepala, dengan RM200 tu, dapat juga aku membeli kelengkapan untuk raya. Punyalah berkira nak mengeluarkan sedekah tu.
Tapi, aku terfikir kembali. Kalau aku yang punya pendapatan ini pun merasakan RM200 itu terlalu bernilai untukku, untuk tok yang punya tanggungan tanpa pendapatan itu, tentulah ianya lebih bernilai lagi. Jadinya aku bersihkan hati. Lupakan seketika keperluanku untuk sementara. Dengan ikhlas aku kirimkan RM200 itu kepada saudaraku untuk di berikan kepada tok. Kalau RM200 itu boleh membantu tok, makanya aku tidak rugi andai kurang membeli baju raya yang baru. Mungkin RM200 itu rezeki untuk tok. Bukan hak aku.
Beberapa hari kemudiannya saudaraku menelefon. Dia menyampaikan salam dan ucapan terima kasih tok untukku. Selang beberapa hari selepas itu aku menerima sepucuk surat atas nama aku dan en.asben. Surat dari bank yang kami tahu akaunnya sudah lama tidak aktif itu memang tidak mendapat perhatian dari kami berdua. Iyelah kami buka akaun tu pun sekadar untuk buat loan rumah 10 tahun lepas. Bukan untuk simpanan pun. Setelah beberapa hari barulah en.asben membuka surat itu. Isinya ialah penyata akaun untuk akaun bersama kami berdua.
Akaun yang kami sangka tidak aktif dan sudah kosong itu rupanya ada baki lagi yang kami sendiri tak pernah ingat. Ada RM2k di dalam akaun itu. Waktu itu terus saja aku teringat RM200 yang aku kirimkan kepada tok. Teringat pula tentang keberkatan rezeki. Teringat tentang gandaan yang akan diterima atas keikhlasan kita dalam bersedekah. Dengan hanya Rm200 yang aku kirim kepada tok berserta keikhlasan, aku dapat pula RM2k dari rezeki yang aku tak pernah sangka-sangka. Terima kasih Allah.
Kesan dari kisah itu, sampai sekarang, kalau ada rezeki, aku semakin kurang nak berkira untuk bersedekah. Aku selalu tanamkan dalam hati ini. Kalau ini rezekiku, maka dengan cara apa sekalipun aku akan dapat rezeki ini. Tapi kalau bukan rezekiku, aku tidak kisah, kerana dalam rezekiku ini memang sudah pasti ada rezeki untuk orang lain yang perlu aku agihkan.

25 comments:
betul hanis. jgn terlalu berkira & kedekut. kadang2 bila dihimpit kesusahan, cuba2lah bersedekah.
Satu pengajaran yg baik dari kisah ni kak. Terima kasih berkongsi.
Yus pun ada masa berkira, tapi bila sekali sekala menjengah atok di kampung, yus tak lupa kasi dia sedikit wang. Bukan apa, kadang tu takut juga nak hulur tanpa kebenaran suami, sbb yus skrg dah tak bekerja.
Apa pun yus mmg selalu minta izin dia dulu untuk apa2 yg yus belanja, walaupun wang itu sudah dia pindahkan siap2 ke dalam akaun yus.
amalan bersedekah mmg dituntut..
saya pom berusaha utk bersedekah dgn seikhlas2nya..
sama2lah kita yer..
memang benar, bersedekah besar ganjarannya walau kadang kita tidak sangka ganjaran datang dlm pelbagai bentuk.alhamdulillah
alhamdulillah! betul kan, yg penting kita ikhlas masa memberi, insyaallah akan mendapat balasan yang baik. jika tidak di sini, insyaallah dapat juga balasan dariNya di sana nanti..
yelah kak, rezeki tuhan bg xsemestinye hak kite je, mereke yg perlu pon ade hak ats rezki tu.. setuju sgt2 :)
cerita ni bole jadi renungan kepada kita bersama..
tak salah kita bersedekah walaupun jumlah yg sedikit, tak semesti nya utk golongan yang miskin,kita bersedekah pada sesiapa saja pun dgn ikhlas mungkin suatu ari nanti kita akan menerima balasan yg baik..:)
Alhamdulillah, bersedekah menambahkan keberkatan rezeki
org berniaga lagi selalu kena menderma...inshaAllah perniagaan selalu berjaya.
entry yg bagus utk kita renungkan bersama...
Adzriel AB : betullah kak, dengan bersedekah boleh jadi jalan untuk kikta keluar dari kesusahan hidup kita..
~yus~ : baguslah mcm tu yus.. kita minta izin suami.. Akak yg berkerja ni pun gitu juga sbb suami mmg tetap bagi duit juga.. jdnya nak buat apa2 mmg tanya pendapat dan izin dari dia juga..
Diana : Thanks diana..
Sarah Najwan : Sama-samalah kita membersihkan hati dalam bersedekah kan..
whitecappuccino : betul kak, ganjarannya kita terima dlm pelbagai bentuk rezeki yg kita tak pernah sangka2.
Dinas Aldi : Memang ganjaran di sana nnt yg lebih penting.
-sara- : Mmg ada hak org lain dalam rezeki kita kan..
Life Kami : Terima kasih.. harap2 dpt jadi renungan utk semua..
ummiross : InsyaAllah.. klu ikhlas mmg menambahkan rezeki..
keli oh keli : lebih berkat rezeki klu bersedekah kan..
ermayana : InsyaAllah.. Thanks yer.
sedekah yang paling afdal bila kita bersedekah diwaktu kita dalam kesempitan..sama2lah kita bersedekah..tengs akak share kisah nih..
wahhh...terkagum jap bace entri akak..btul la, yg penting kite kena btul2 ikhlas..insya allah akn dapt ganjaran lumayan...
terbaik! amalan sedekah nie patut diamalkan..tapi bukan senang nak mengamalkan benda nie..huhuu
salam ziarah..Bersedekah banyak ganjaran disisi ALLAH..tak rugi bersedekah..tapi hati mesti ikhlas..resepi panjang umur dengan bersedekah..
contohnya... ada jugak org meminta..tengok keadaannye lah..bagilah kat dia walaupun sedikit..jgn diherdik atau mengata..mungkin hari ni hari dia...kita tak tahu hari kita macammana pula..
kadang2 Allah ingin menguji kita samaada kita bagi ke tak...kdg2 org yg datang pada kita tu..itu Allah dah gerakkan hatinya datang pada kita..untuk minta sedekah..sebenarnya Allah nak bagi pahala kat kita...hidup akan tenang jika selalu bersedekah...hidup kita tak lama sampai masa akan pergi jua..ingatan utk diri sendiri jugak..
alhamdulillah...
mmg sungguh besarrrr ganjaran bersedekah ni kan kak...
saya pun selalu terfikir gitu, kita ni p fastfood sekali makan anak beranak 50-60 hinggit dah tentu ... ni nak kuar utk kebaikan pun berkira2 kan...
farah fauzi : yup.. betul sgt tu....
dilla ady : thanks dilla.. sama2lah kita mengikhlaskan diri dalam bersedekah..
azuan : yg susah itulah yg berat utk kita amalkan.. harap2 kita mampu melakukannya kan..
adiewiyah : thanks fie.. suka sgt dengan komen tu.. sedikit sebanyak menambahkan lagi niat untuk lebih ikhlas bersedekah..
sz m.s.s. : mmg besar ganjarannya kan.. klu untuk keperluan kita, mmg mcm air duit tu keluar.. tp untuk bersedekah, selalu tersekat2 duit tu nak keluar.. manjang berkira2 kan..
ya betul
teringat kisah sahabat yang sedekah 1 biji epal dapat kembali 10 biji epal..
itu tanda sedekah yang ikhlas
alhamdullillah..rezeki kak..
mak sy pon selalu nasihat, kalau kita makin banyak ikhlas memberi, insyaallah makin banyak lg yg Allah akan beri pd kita..
;)
salam,
mmg kadang2 bila nak bersedekah
mcm2 hasutan dtg utk buat
kita fikir mcm2 yg tak cukup pula nanti
jahat2..syaitan ni..
cerita yg besar pengajaranya..
wah! x sangka kan tiba2 rezeki kita ada yg lain lagi byk plak tu!! wah! kena ikut akak la lps ni sbb sy ni katogori kedekut jgk.. hehhee
sud@is : Alhamdulillah, itu yg dinamakan keberkatan rezeki agaknya kan..
hanys : betullah hanys, kdg tu kita bagi sikit sangat, tp sbb ikhlas kita dpt pulangan yg lbh lagi dari Allah..
ati masrif : hasutan2 yg buatkan kita terfikir2 dan akhirnya memberi pun kerana terpaksa kan..
nick irfan : takpe, kita sama2 berubah utk jd lebih baik lagi.. klu ikhlas, walau nilainya kecil, keberkatan yg kita terima insyaAllah berganda2 jadinya..
wahh bagusnyaa cerita ni....mmg sah2 nampak ganjarannyaa kan..
suka baca penulisan akak...kagum dgn insan yg ade kebolehan menulis spt ini...tak perlu gambar pun org tetap membaca,,,
Alhamdulillah, ganjaran yg tatk terduga..
Thanks yer atas pujian itu.. harap2 dpt buat yg lebih baik lagi..
Post a Comment