Hari ni cuacanya mendung. Sejak pagi hingga ke petang ini, redup saja awan di luar tu. Orang kata cuaca boleh mempengaruhi mood dan persekitaran. Iye ke? Tapi mood aku hari ni biasa-biasa saja. Tidak mendung. Ceria pun pada kadar yang sepatutnya.
Yang pastinya aku tiada idea untuk bercerita. Sejak tadi ada bermacam-macam perkara yang ingin aku kongsikan. Tapi, tidak seperti selalu, payah benar hendak mengatur ayat seperti biasa. Mungkin hari mendung telah mempengaruhi mood berceritaku.
Ideanya lambat hendak keluar dan akhirnya tepu dalam pemikiranku tanpa dapat diolah menjadi tulisan untuk dikongsikan seperti selalu. Hmm.. harap-harap janganlah berterusan begini. Bagaimana nak jadi blogger tegar kalau begitu. Ha.. ha.. okey, aku sedang merapu.
Aduh, ini percubaan kali ke empat untuk aku membuat entry. Serius, sebelum ni ada tiga cerita yang tergantung separuh jalan tanpa dapat aku sudahkan. Jadinya, untuk entry yang ni aku mahu post saja. Boleh ke macam tu. Boleh kot. Harap-harap entry ni menjadi pemangkin untuk ideaku keluar.
9 comments:
lemau aje kan
tapi saya suka
sejukkkk.... :)
lemau tu tak suka, tp sejuk tu suka.. he..he..
saya suka cuaca mendung, ceria pulak jadinya. kihkihkih macam ni pun ada :D
dinas aldi : baguslah dinas ni.. mendung diluar, ceria di dalam.. he..he..
diana : minum kopi panas sambil berkelah depan tv yer diana.. dgn cuaca yg sejuk, memang romantik jadinya..
kak liza ada buku nota kecil dlm handbag. bila keluar idea je terus tulis kata kunci. tak pun taip dlm hp je. lepas tu explore the whole story.
tak per..take ur time..nnt lama2 leh la menyusun kata2 lagi..hehe
Adzriel AB : Bagus juga tips k.liza tu. Tapi selalu dapat idea masa tgh sibuk. Jadinya mmg tak sempat nak terus menaip. Even nak buat notes pun tak sempat.. tapi boleh cuba juga buat keywords aje kan..
farah fauzi: Thanks sis.. harap2 gitulah..
ramai tol org ilang mood ye..eheheh
ha..ha.. mood ke lautlah rose..
Post a Comment