Tahun lepas, anak-anakku semua bersekolah di sessi yang sama. Pagi di sekolah rendah yang sama. Petang di sekolah Kafa yang sama. Jadinya, hal urusan persekolahan tidaklah menjadi hal yang mengusarkan hatiku. Aku tak risau sebab tahu mereka bertiga setempat. Pergi bersama. Balik juga bersama. Aku yakin mereka boleh jaga di antara satu sama lain.
Tapi tahun ini, anak-anakku bersekolah di sessi yang berlainan. Ada sessi pagi, ada sessi petang. Disekolah yang berlainan pula. Seorang di sekolah menengah, seorang di sekolah rendah dan seorang lagi di Kafa. Pergi sekolah berlainan waktu. Balik sekolah juga begitu. Rasa tak tentu arah hatiku di awal-awal persekolahan ini. Terasa bagaikan hatiku terbelah tiga bila melepaskan mereka ke sekolah. Juga waktu menunggu mereka pulang ke rumah. Bila semuanya sudah di depan mata, barulah aku rasa lega.
Itulah hati seorang ibu. Ayahnya juga begitu. Asyik telefon bertanyakan anak-anaknya. Dah selamat pergi? Dah selamat balik? Kerisauan kami tentunya sama. Zaman ini melepaskan anak-anak di luar pandangan mata kita terasa sungguh mencabar. Bukan kerana tidak percayakan mereka. Tapi kerana tidak percayakan faktor sekeliling. Macam-macam hal yang berlaku, membuatkan kerisauan jadi berganda. Aku rasa, ibu bapa lain juga merasakan perkara yang sama denganku.
Semoga anak-anak kita sentiasa berada di dalam lindungan Allah hendaknya.
My love Han, Is dan Az yang membuatkan hatiku terbelah tiga...
43 comments:
akak..same la ni...even syahmi baru nk masuk 5 thn izwa berbelah bagi nak daftarkan sekolah rendah dia kat mane..yg ade dekat office ni tapi rangking sekolah nyer agak kurang memberangsangkan...
yg ade bagus agak jauh izwa takut nk lepas kan..(padahal lagi 2 thn ni kak)
dah besar2 anak sis..
hope diorang berjaya di dunia dan akhirat~~
hati seorang ibu memang macam ni kan kak....
walaupon cuma melepaskan CikMat ke tadika..tapi Umie yang lebih syahdu!
mmg takut nak lepaskan anak sendiri zaman skrg ni kan hanis.
Yus yang waktu balik anak2 berbeza pun risau walau berada di sessi yang sama...huhu
kalaulah mereka tau hati mak nye dah terbelah2, mesti diorg akan belajar sungguh2...
saya pun sama kak, ni petang ni nak suruh zarif balik naik van aduh kalau tak nengok sendiri memang susah hati, macam-macam hal sekarang yang berlaku..
Tiadakah belahan untuk ayahnya? :)
ni baru sek pagi mlm ada, kalau da pi hostel lagu haruuu..masa mkn ingat dan sebut sebut je..kl g oberc lagi kalut..adoiii..baru rasa apap my mum rasa dulu..
comel2nya permata hati Hanis.Ummi faham sangat perasaan Hanis, ummi ni anak2 yang dah besar pun masih risau. Mari kita doakan agar anak2 kita sentiasa dilindungi Allah.
Betul tu risaukan keadaan sekeliling
bila di depan mata barulah hati menjagi tenteram kan?
alahai comel2 anak2 akak, oh tina tau nama hanis tu mesti singkatan dari nama dorang kan
tina pun sama kak, selalu risau tak bertempat, sampai tina fikir normal ke, rupanya mana2 mak pun sama je kan =)
lagi 2 tahun insya Allah saya pun mesti rasa mcm apa yang akk rasa..huhu
semoga anak-anak kita sentiasa di bawah lindunganNya.
terbelah 3 eh..kalau ada 5, terbelah 5 la kan hihihiih.. tu la, risau bila pikirkan anak2 diluar pengawasan kita. doa dan tawakal ajelah pengiring dorang sepnjang hari sampai la kita bertemu kembali dimalam hari :D
sib baik 3. klau adah 10 anak?
he..he..
btul, mn hati nk tnang bila ank tde dpn mata, kan? risau je sokmo.
kita tawakkal shj pd Allah. doa sungguh2. mudah2an hati kita pun lpang juga
tak risau sangat sebab 2 anak sekolah pagi /petang sama...pesan kat abang tengokkan adik...
sama la fieza kak...tahun ni sesi sekolah lain2..sorang pagi sorang petang..mmg kelam kabut di buat nya di awal2 ni..belum biasa kan diri lg...
mcmane la nanti bila adam da sekolah :)
zaman makin mencabar, jenayah makin berleluasa, so memang wajar semakin hari parents semakin risau..
itulah namanya kerisauan hati seorang ibu kan.. dulu2 saya zaman sekolah, suka mengeluh dengan mak ayah sebab selalu nak mengongkong pergerakan saya pergi dan pulang ke sekolah...
kini barulah saya faham, mengaa dan kenapa... iya, ada erti kesemuanya.. terima kasi akak fea
memang camtulah kak... izan yg baru sekolah rendah ni pun dah rasa risau kalau dia sampai rumah lewat. padahal naik kereta dgn jiran sebelah aje. lepas ni kalau 4 bujang kecik semua dah sekolah.. pasti kerisauan berganda kan.
kita doakan semua anak2 kita sentiasa berada dlm lindungan Allah ye kak...
memang camtulah kak... izan yg baru sekolah rendah ni pun dah rasa risau kalau dia sampai rumah lewat. padahal naik kereta dgn jiran sebelah aje. lepas ni kalau 4 bujang kecik semua dah sekolah.. pasti kerisauan berganda kan.
kita doakan semua anak2 kita sentiasa berada dlm lindungan Allah ye kak...
hati seorang ibu kak...mmg macam tu...saat kita tinggalkan pada pengasuh dari kecik lagi hati dah rasa tak senang klu boleh nak ada depan mata je
Salam Hanis,
Masa akak menguruskan anak-anak dah berlalu.
Begitulah tugas kita sebagai ibu dan ayah semasa mereka kecil. Bila besar lain pulak caranya.
anak2 dah besar, mak masih cun. hehehe. bukan bodek, ikhlas.
apa saja untuk anak.mst rara pon cm tu nt kan.huaaaaa xsbr nya/
hati seorang ibu memang begitu....
hati seorg ibu mmg cmtu kn kak.. :)
samalah kita kak..cik somi akan call tanya anak camaner...ok tak masa htr td nagis ke x...byk gek soklan2nya hehehe
Rasanya semua ibu macam tue la kak , selagi x de depan mata selagi tue hati rasa tak keruan...
eB 24 7 g2... mohon anak2 kiter dilindungi hendaknyer. aminnnnnnnnn
mmg risaukan..sama la mcm kakain jugak...4 org anak semuanya lain2 sekolah dan ada sesi pagi dan petang...
kak, saya pun mcm tu...nak pulak abang sekarang dah naik van pegi balik sekolah...berulang kali saya pesan kalau ada org tak kenal ajak naik keta jgn ikut, jgn amek coklat org bagi, bla bla...punyalah risau kak..maklumla..dia baru darjah satu..kat ofis asyik fikirkan dia jer....
samalah sy kak..risau juga
keadaan sekarang yg membuat
kita semua lebih risau dan fobia
anak dara hanis tu senyum
sama dgn mamanya :)
agak nya ini lah perasaan mak ayah saya eh. Kena call diorang cakap saya baik-baik sahaja
Perasaan semua ibu-ibu pun sama sis...akk..yg satu nun di Perlis..yg kedua disekolah menengah...Yana disekolah rendah...selagi tak lihat wajah mereka pulang kerumah selagi tu hati tak senang....mereka amanah Allah kepada kita sis..dipersoalkan kemudian nnt bagaimana didikan kita terhadap meraka...
itu la feeling ibubapa mcm kite camnie lah... sy pun feeling mcm nie jugak bila piker bab anak2
Semoga anak2 Hanis dilindungi Allah selalu, amin.
semoga anak2 kita sntiasa dilindungi oleh Allah...
Anak akak sorang sek men...tapi yg dua lagi tu satu sekolah ngan akak...taklah risau sangat....
Anggaplah cabaran kecil sahaja. Lama-lama ianya akan menjadi mudah, insyaAllah.
naluri seorang ibu..begitulah, sentiasa risaukan tentang anak2 apatah lagi dgn keadaan sekarang..semoga anak2 kita sentiasa dilindungiNya.
indahnya menjadi seorang ibukan kak fea..
Muka anak2 akak muka2 anak yang baik.hehe. btw, lama tak bertegur :)
Hai Kak Azla.
Post a Comment