Alhamdulillah.. Tahun baru bermula lagi. Meninggalkan tahun-tahun lama dalam kenangan. Kenangan penuh gemilang untuk diingati. Kenangan penuh tangisan untuk diamati. Semoga yang baik dapat diperbaiki dan dikekalkan. Semoga yang buruk dapat ditinggalkan dan dijadikan pengajaran dan sempadan yang berguna. Setiap perkara pastinya ada hikmahnya yang tersendiri untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik lagi, insyaAllah.
Di hujung tahun 2011, anakku Is dibenarkan keluar dari hospital selepas 5 hari di tahan di wad kerana demam denggi. Platletnya semakin naik. Kesihatannya semakin baik. Terima kasih Allah. Terima kasih juga atas doa dan keperihatinan teman-teman semua. Syukur Alhamdulillah. Harap-harap kami sekeluarga terus diberikan kesihatan yang baik di tahun ini dan dijauhi sebarang penyakit dan wabak.
Di awal tahun 2012, kami sekeluarga ada buat majlis doa selamat sikit. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Tidak ramai tetamu yang diundang. Sekadar ahli keluarga, sanak saudara, jiran-jiran dan beberapa sahabat yang rapat. Is keluar hospital sehari sebelum majlis. Tentulah agak kalut untuk kami memasak dan menguruskan majlis sendiri. Jika sebelum ini kami memang lebih senang untuk memasak sendiri. Namun untuk majlis kali ini, entah mengapa sejak mula aku memang teringin untuk menggunakan perkhidmatan katering. Jadinya sebelum Is dimasukkan ke hospital aku sudah menempah dan merancang segalanya.
Rupanya memang ada hikmah disebaliknya. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Hikmah Allah terlalu besar. Sememangnya perancangan yang diatur oleh Allah adalah yang terbaik buat kita kerana DIAlah yang maha mengetahui akan segala-galanya. Syukur Alhamdulillah, petunjuk dariNYA diberikan dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara.
Hari ini aku rasa sungguh bersemangat untuk memulakan tahun 2012. Segala-galanya mahu aku lalui dan lakukan dengan lebih baik lagi. Semoga segala azam dan perancangan berhasil. Semoga langkah yang diatur dengan niat yang baik ini mendapat keberkatan dariNYA. Salam ceria untuk semua.
27 comments:
semoga dipermudahkan segala urusan..amin...
selamat thn baru kak!!
Rutin sy setiap tahun, tak suka nak mengingat kenangan 2011. Baik kenangan manis atau pahit, semuanya sudah berlalu.
Alhamdulillah, setiap yg buruk pasti akan ada yang indah, kan?
alhamdulillah, dh sihat dah pon dia. Happy new year too akak! semoga tahun ni memberikan seribu makna dan kebaikan pada akak dan family. insya allah
Alhamdulillah kalau is dah sihat, dah boleh pergi sekolah la kan..harap semuanya dipermudahkan untuk akak sekeluarga..Selamat Tahun Baru.
semoga semuanya di permudahkan ya hanis...
semoga semuanya dipermudahkan oleh Nya. Happy new year sis..=)
selamat tahun baru sis.xbuat novel ag?
Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Amin. :)
Allah uji ketabahan dan keimanan kita kan sis....sedang diduga...kita buntu dan keliru...rasa terbeban dan penuh tekanan..namun segalanya hilang selepas ketabahan dan keimanan serta kesabaran kita akhirnya berjaya kita harungi..kerana Allah itu MAHA segalanya....
Alhamdullilah..Is telah sihat...
Ya, setiap yg terjadi mmg Allah dah rancang, dan itu lah yg terbaik buat hamba2 Nya..
Alhamdulillah Is dah sembuh. Selamat tahun baru, Hanis :)
alhamdulillah, smoga sumernyer selamat yer? :)
alhamdulillah :)
Alhamdulillah Is dah sembuh,tentu ia jadi penyuntik semangat baru untuk tahun baru.Ummi doakan semoga tahun baru ni Hanis dan keluarga dilindungi Allah, dilimpahkan rezeki dan keberkatan serta diberi kesihatan yang baik..Amin.
alhamdulilah is dh sihat..hpy new year kak :)
slmt thn baru...smga kita semua beroleh kehidupan yang lebih baik dr thn2 sdh..
niat utk jd lebih baik adalah sgt bagus.. ;)
banyak yg manis dan pahit yg kita lalui kan kak
semoga allah permudahkan segala urusan kita utk tahun baru ini .. insyaallahh kakkk aminnnnnn ;)
insya-Allah, mudah-mudahan beroleh kemenangan. selamat tahun baru k.hanis!
Alhamdulillah. Moga tahun 2012 ni lebih ceria dan membahagiakan buat hanis azla dan keluarga.
alhamdulillah dah semakinsembuh,
harap diberikan kesihatan yang baik :0
selamat tahun baru akak ! ;)
terlepas mengenai anak hanis tu..alhamdulillah dah baik..selamat tahun baru untuk hanis sekeluarga..semoga tertunai segala azam n perancangan hanis tu..
Alhamdulillah...semoga semua doa akak dimakbulkanNya..Amin...
alhamdulillah..walaupun cuma membaca tapi macam boleh rasa 'leganya'. amin.. selamat tahun baru ;)
alhamdulillah ..semoga yang terbaik untuk kita ya..susah senang semua ujian untuk kita sememangnya ada hikmah yang tersembunyi.
Ya Allah, hanis baru tahu, dh lama tak BW, alhamdulillah dah makin elok insyaAllah dengan izin-Nya... selamat tahun baru buat akak sekeluarga...
semoga tahun 2012 memberikan lebih banyak kenangan manis buat kak fea sekeluarga :)
Post a Comment