Friday, January 6, 2012

Cinta Titanic vs Cinta kami..

Cuti tahun baru yang lepas aku menonton cerita Titanic lagi di TV untuk kali yang entah ke berapa. Jadinya memang dah hafal jalan cerita dan babak-babaknya. Tapi seronok juga untuk menontonnya lagi. Bukan main romantik lagi Jack dan Rose yang U jump I jump tu. Kisah cinta yang sanggup berkorban apa saja. Segalanya dilakukan atas nama cinta.

Waktu Jack digari di bahagian deck paling bawah, air dah mula naik, Rose sanggup lagi redah air yang semakin naik  tinggi untuk selamatkan Jack. Waktu tu en.asben pun enterframe. Kalau U kat tempat Jack waktu tu ma, memang I minta maaf banyak-banyaklah sebab tak dapat nak pergi selamatkan. Sebabnya I tak pandai berenang. Jadinya memang sia-sia saja kalau  I nak tolong U sebab nanti I tak dapat nak selamatkan U pun sebab nanti I yang lemas dulu. Jadinya memang I naik atas balik...

Waktu Rose lompat dari perahu keselamatan ke kapal Titanic semula sebab tak sanggup nak tinggalkan Jack, aku pulak enterframe. Kalau I dah naik perahu tu minta maaf banyaklah ye yang. I tak berani nak lompat balik. Jadinya memang I tak dapatlah nak lompat macam Rose tu. Memang I dapat lambai-lambai saja kat U. Jadi memang I pergi naik  perahu tu dulu...

He..he.. kami bukan Jack dan Rose.. Tapi aku tahu cinta kami setanding mereka. Cinta itu pelik kan. Kata-kata yang manis ada kala boleh membuatkan hati kita terluka. Kata-kata yang pahit kadang kala boleh membuatkan kita ketawa. Ini kerana hanya kita dan pasangan yang boleh menilai  makna kata-kata itu.  Sama ada ianya benar atau sekadar bercanda.

17 comments:

TS said...

C.I.N.T.A
susah tuk ditafsir..

Rina Rahamat said...

haha..


sy dan suami pon suka saling mengutuk satu sama lain. tp itu x bermakna kami x cinta satu sama lain :)

Unknown said...

wahhh...

very touching...akak tak sempat tenguk citer tu..

mudah2an cinta hanis dan hsb sentiasa kekal hingga akhir hayat walaupun tidak dapat lakukan seperti Jack dan Rose.

ummiross said...

So sweet entry ni, ummi suka. Betul kata Hanis,hanya kita dan pasangan yg dapat menilai makna kata2,benar atau sekadar bercanda.

Unknown said...

hehehe kalau saya pon tak amek hati bila dia kata macam tu kot. sebab percaya ajal maut ditangan Allah :D

Anonymous said...

saya pun tgk ceta tu sekejap2 sambil jahit lencana sekolah anak hehe

wlupun dah lama & selalu tgk tapi tetap nak tgk jugak

saniah said...

sebab tu bila tgk movie kena fikir semula rasional nya jln cerita..:) tp yang syok love stories ni ia buat kita terbuai kejap kan..mm hanis bila nak keluar novel baru? ( enterframe sikit..haha )

-Sara- said...

hihikkk..sweet :)

Amie said...

cinta....tersurat dan tersirat! abstrak.

Suara Kalbu said...

Kak Hanis,

Masa bercinta, kata-kata selalunya menang indah didengar. Tidak peduli boleh dilaksanakan ataupun tidak. Leka diulit janji.

Tapi bila dah berumahtangga, kematangan buat kita boleh membezakan yang mana boleh dijadikan realiti dan yang mana hanya kekal jadi mimpi

whitecappuccino said...

indahnya cinta ..:)

Maya Mayana said...

hehe...tp tk kan la kot..org kata kalau boleh nk sehidup dan semati mcm dhia n zikir tu..hehe

Ce'gu JAERA said...

ahahahaha... sweetnya kak fea... romantik gitu..

PCL said...

bukan bole tunjuk bersayang2 selalu takut terlamapu sayang akan melayang jadinya...sesekali bercanda, yg pahit akan manis jua rasanya jika bijak mengadunnya semula..

Dinas Aldi said...

Setiap pasangan adalah berbeza & punya cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang, kan :)

kueh bakar said...

tadi baca paper, brg-brg titanic-'kapal yang mana mungkin tenggelam', akan dilelong setelah 100 tahun.ia tenggelam sejauh 4 kilometer didasar lautan..

ombak rindu ada juga tiru titanic..naik kapal, duk berdua depan kepala kapal.nasib baik tak depang tangan..cittpodaa!haha.

'Jadinya memang I naik atas balik...' saya pun macam ni juga.hahaha.

susumanis said...

cinta sejati ..hanya dia yang diingini di surga nanti :)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...