Semalam. Jam sudah pun 11.40 pagi. Ada tetamu yang datang. Temujanji katanya sudah diatur sebelum ini. Pegawai yang sepatutnya ditemui sudah keluar mesyuarat di luar. Pegawai lain terpaksa mengambil alih temujanji itu. Patutnya pukul 10 pagi kan temujanji itu. Tanya pegawai yang mengambil alih itu kepada tetamu. Eh, taklah pukul 11 pagi. Jawapannya yang bersahaja itu membuatkan aku terus melihat jam di tangan. Sudah 40 minit kelewatannya. Tapi tetamu itu menjawab tanpa rasa bersalah. Bagaikan 40 minit yang terlewat itu perkara biasa. Sedangkan pukul 10 atau pukul 11 pun temujanjinya, memang dia sudah lewat sebenarnya.
Semalam. Teman baikku telefon. Kenapa kau tak datang rumah aku hari tu. Tanyaku. Temanku memang tidak berjanji. Sekadar mengatakan akan datang mengikut kesempatannya. Jadinya aku memang tak kisah pun. Temanku yang ada kedai menjahit baju pun bercerita. Customer akulah. Anak dia nak masuk asrama. Jadinya aku pun tunggulah kat kedai sebab dia janji nak ambil baju anaknya yang sudah ditempah. Tak tunggu kesian pula. Kata nak datang tengah hari. Aku pun tunggulah dari tengah hari. Dah pukul 2 pun tak sampai-sampai juga. Aku nak balik rumah nanti menyusahkan aku pula kalau kena ke kedai semula bila dia datang. Sudahnya pukul 4 baru dia datang. Hilang mood aku. Nak pergi rumah kau pun dah segan sebab dah terlambat sangat.
Cerita-cerita macam ni memang dah jadi cerita biasa bagi kita. Sehinggakan tak ramai yang rasa bersalah bila melakukannya. Sedih kan. Bila temujanji sudah dibuat, patutnya perlulah ditepati. Datang perlulah lebih awal dari waktu yang dijanjikan. Bukannya lebih lewat. Bila sudah begitu, bukannya menyusahkan diri sendiri. Tapi menyusahkan orang lain juga yang punya agenda lain. Kalau tak mahu hormat masa sendiri, cubalah hormat masa orang lain. Harap-harap kita sama-sama dapat memperbaiki diri.
47 comments:
itu pasal la kita selalu dengar org sebut..'janji melayu'..
sikit org yang buat perangai macam nih...tapi abes semua org melayu dapat tempiasnya..
sbb tu sy x berani nk berjanji dgn org sekian-sekian masa..
betul tu... bab2 janji ni kena la sensitif sket... sebab org lain pun ada komitmen lain...
**selalu jugak merasa penangan org yg jenis "tak kisah pun lambat...". geram je rasa... nak sound, kang bermasa muka... herm...
betul tu hanis. KC pun ramai gak jmpa org2 yg tk menepati janji ni. Janji pkl 6 tapi dia kat rmh lagi. pastu bila jumpa kita buat muka selamba jer .. langsung tak rasa bersalah sedangkan kita ni punyalah buru-buru kejar masa. Apa daaa ..
Assalamualaikum Hanis
Firman Allah dalam al Quran:
‘Dan tunai olehmu akan janji sesungguhnya janji itu sesuatu tanggungjawab’. (Surah Al-Esw: 34)
manusia berpegang pada janji kan kak.. :)
pernah ada kawan nak datang rumah, masa tu dalam perjalanan menuju ke pusat bandar. terus patah balik tunggu kat rumah.. berjam tunggu, last tu takde juga.. dah tak jadi bagitaulah tak jadi kan.. huh
Saya memang tak suka kalau orang mungkir janji..Saya iallah cuba mengikut masa, betul kata akak, at least hormatlah masa orang lain kan..
sebab tue saya tak suka temujanji..saya suka temuduga je...saya akan cakap " en, saya nak temu duga dengan encik boleh tak"?.....
Alat komunikasi begitu canggih hari ini...gunakanlah disaat2 sebegini..BERITAHU..jika waktu yg dijanjikan tidak dapat ditepati...jgn sampai kerana kecuaian kita..org lain pula yg dapat susah...
dan yg paling terasa bila org x nak minta maaf utk kesilapannya..atleast sejuk ckit hati kita kan..
mmm..mmg hanis...x larat kadang org janji x tepat nih...kadang setengah org tu mmg habit dia org kot, janji kul 12, kul 12 baru keluar rumah..kl call on the way memanjang..sabar je la kan...satu petuaa kalaau duk tunggu org lama sgt..seru nama di suh cepat..insyaAllah x senang duduk la dia kelam kabut nak datang...hehehe..petua sendiri je ni..selalu buat..jadi la pulok..dari kita duk menahan marah baik kita seru nama dia...hehehe
memang selalu kan jadi cm ni akak.. saya xkisah sgt kalo org tu nak dtg lmbt tp cuba call ke dulu apa.. xde la kita ni tertunggu2
tulah btul kak..saya klu buat janji ngan org setakat ni jarang cancelkan..kecuali ada sebab yg besar dan harus inform dulu pada yg terbabit supaya tak nyusahkan org..
kita orang melayu suka berjanji.. "lepas zohor", "lepas asar", "tengahari" dsbnya..
aku lebih suka kalau sebutkan masa.. contohnya : jam 2:30 petang, jam 8 malam..
bukan kah lebih molek ? Takde lah ornag tertunggu2 daripada pagi sampai ke malam...
munna paling takut klu org menunggu kita...kalau boleh biarlah kita yg menunggu
rasa tak best kan kalo berjanji dgn org yg selalu tak tetap waktu..fieza kan kak kalo nak berjanji gi mana2 dgn org yg tak tepat waktu..bg je time setengah jam awal dri yg kita plan...sure tepat dia dtg setengah jam lps time kita bg tu..lalaa..
TAK SUKA ORG TAK TEPATI MASA...MERUGIKAN!
#ERKKS..SORY CAPS LOCK SB TGH BUAT KEJE :D
eh OTW nih !..emm, padahal baru nak bersiap2 ..
akak memang geramjer kalau orang lambat2ni.. dah terbiasa dari kecik bapak akak memang strict pasal masani...
adoi, jenuh dgn org yg tak menepati masa ni, kalau ada hal yg tak dapat dielakkan, call lah bgth akan lambat
kekadang ada org ni sengaja lambat, tak paham dgn perangai mcm ni
Awak punye entri mcm ayat2 dlm novel!
=p
Masa itu emas. Tapi manusia, selagi tak susah selagi tu tak nak menghargai apa-apa.
tak suka dgn org yg buat janji melayu ni...
Assalamualaikum
Semoga kita dijauhkan daripada sikap suka bertangguh ataupun melanggar janji.
Salam ukhuwwah.
Tak seronok kan bila orang menunggu kita. Biar kita terawal.
kalau boleh tak mau terkena gitu n tak mau buat gitu..jadi susah semua orangkan
kalau lambat, at least bagitau dulu, tak la menyusahkan kita terpaksa cancel benda lain semata2 nak tunggu dia
Hanis,situasi ni selalu berlaku kan,ada yang tak ambik berat pasal janji dan ketepatan waktu,sebab tu takde rasa bersalah walaupun menyusahkan orang lain.
janji perlu ditepati tapi ramai yg sukar untuk tepati janji itu...huhu.
oh, kepantangan saya org yg tak punctual ni kak...mmg saya sound direct je...
Sebab itu kalau susah nak tepati janji jgn suka berjanji kan... Lagi tak baik kerana tak tepati janji menjadi rangkaian org lain pula turut tak dapat tunaikan janji...
bila dah biasa sangat dibuat
sudah jadi perkara biasa buat dia!
setuju tu..kalau tak pasti baik jgn janji...yg penting laksanakan
setuju kak hanis..kesian org menunggu tula
Tak suka menunggu & buat orang tunggu..sekurang-kurangnya bagitau la supaya orang tak tertunggu-tunggu.
haku kesah kecuali la kalo mmg xleh nk elak dh. apakan dayo. hu3
aku pun pernah buat 'perjanjian syaitan' seperti ini.
semoga tidak lagi...
Sgt cliche org kata " on the way", padahal tengah pakai stokin kat rumah lagi! haha
yela, slalunya org2 kita lah yang selalu berjanji tapi tak menepati masa.. cuba lihat mcm org cina.. mereka kdg2 on time.. kita ja ni yang selalu berpegang dengan 'janji2 melayu ni..
Akak tak suka menunggu lama2, jadi takkan buat orang menunggu akak lama2 jugak. Waktu mesti ditepati kan, sakit jiwa kalau kena tunggu lama2 sangat. Sekurang2nya call atau text untuk bagitau apa masalah bila lambat atau tak dapat datang kan.
betul2, masa tu penting kan untuk di tepati, lebih2 lagi kalau dah janji. Dan kalau pun ada hal dan akan terlewat, inform lah dulu supaya orang yang menunggu tu tahu dan tidaklah ternanti2 kan hanis
kan zaman dah canggih manggih, agak2 akan terlewat inform la terlebih dahulu takdelah buat kita tertunggu2 kan huhu...
Memang adakan jenis yg macam ni. Bagi saya biar kita sampai awal dr waktu asalkan jangan lambat buat orang tertunggu tunggu je..
ya Allah... sama plak crita. akk pun dh 3 hari duk tunggu kdtgn ssorng. dh 3x dia sms nk jumpa... kita tunggu tp t.dtg2 pun. klau t.jadi apa la slhnya bgtau t.de la tnnti2
Bila kita berjanji mesti di tunaikan. Kalau bab kelewatan mungkin banyak alasan tetapi kita juga perlu fikirkan masalah org lain juga jgn nak fikir masalah kita je.
Susah mentaliti orang yg tak tepati janji ni.
Cuba kalau orang lain buat kat dia.. dah tentu-tentu dia marah. Tapi kalau dia buat orang , takpe
berjanji senang..nak kotakan janji tu yg payah skit..
Post a Comment