Malam isnin, Is berpesan padaku untuk mengejutkannya pukul 5 pagi. Aku macam, biar betul anak aku ni. Tapi bila alarm kat HP berbunyi pukul 5.45 pagi dan en.asben bangun untuk mandi, aku minta dia kejutkan Is sekali. (Selalunya pukul 6 baru kejutkan untuk mandi sebab Is sekolah pagi.) Bila aku bangun nak berwuduk aku nampak Is dah siap pakai uniform sekolah di biliknya. Duduk kat katil sambil baca buku. Ini baru awal tahun. Baru dua minggu persekolahan. Selalunya bila nak periksa pun susah nak pegang buku. Agaknya azam tahun barunya kot. Sejuknya perut aku melihat perubahan itu. Sempat juga aku cuit en.asben sekali untuk sama-sama rasa sejuk perut.
Petang selasa, Is berpesan lagi padaku. Tapi kali ini bukan seperti semalam. Ma, esok tak payah kejut abang pukul 5 pagilah ma. Mama kejut macam biasa. Sebab abang ngantuk kat sekolah bila bangun pagi sangat. He..he.. Aku pun cakaplah yang bukannya awal sangat pun waktu dia bangun pagi selasa tu. Cuma awal 15 minit saja daripada biasa. Walaupun pukul 5 dan bukan pukul 6. Iye ke ma. Takpelah, mama kejut macam biasa ajelah tau. Beria dia berpesan. Tentunya sebab dia takut ngantuk lagi bila di sekolah.
Aku pun cakaplah, hangat-hangat tahi ayamlah abang ni. Dia pun tanya kat aku apa maknanya. Aku beritahu maknanya mengambil contoh dia. Mula-mula saja bersemangat nak buat. Lepas tu dah taknak buat lagi. Dia pun mengangguk-angguk tanda faham sambil tersenggih. Oh itu ke maknanya... Agaknya baru hari tu dia faham makna peribahasa yang satu itu dengan tepat. Takpelah kalau dia tak mahu bangun awal pun. Semangat yang ada pun dah buatkan aku rasa cukup berbesar hati. Niat yang baik itukan sudah dikira. Begitu juga dengan niat mahu belajar itu. Walaupun tidak berterusan, Is tetap dapat satu ilmu tentang makna peribahasa itu. At least something than nothing kan bang.. Alhamdulillah.
32 comments:
bagusnya budak kecik pon ada azam tahun baru kan...setuju kak, at least dia ada semangat mcmni.
good good..pelajaran dalam pembelajaran.. :D
mcm sama dgn my son la hanis, tiz year dia jadi prefect so kena dtg awal lah..kalau tak van sek asik tunggu dia kt bawah..adoiii..now pukul 5 am jam loceng dia da bunyi..kita pulak yang kena bangun totop sbb tuannyer begitu lena walaupun jam tu bising sampai kat bilik we all..alahai....hehehe
Salam,
Seronok melayan anak2 peringkat umur macam ini . Bila anak2 dah dewasa dan berumahtangga,ibu bapa mula terasa sunyi ... macam LF ni, berdua je ... tapi ada hikmahnya Allah berikan ... more time for our ownselves sbg persediaan utk ..
ckp kt dia yg penting kosentrasi dlm kelas. x yah study hard smpi kena bgn awal. kalau ngntuk dlm kelas rugi sgt :).
bgn kul 5 dh sama cam waktu auntie bangun dah ni hihi..jom tolong auntie masak nk x?
takpe abg is... semangat tu yg penting. agaknya dia pun nak test kot kalau bangun awal pagi bagus ke tidak... tp rupanya mengantuk kat skolah... sian plak...
takper belajar pelan-pelan, hehe..
Si kecik kakcik yang debab itu pun, bangun nak awal. Tapi lepas pakai pakaian sekolah, dia bantai baring semula!
bagusla dah bersemangat macam tu, walaupun cuma satu hari tapi azam tu tercapai jugakkan.
Walaupun hangat2 tahi ayam, jelas sekali Is ada semangat dan azam baru dihatinya,semangat dan azam tu akan membantu pembelajarannya di sekolah walaupun Is tak lagi bangun awal pagi..budak2 pun tau nak berubah ke arah lebih baik kan Hanis..
ami pun cam tu gak kdg2. kengkdg tu bersemangat waja soh akak kejutkan dia awal semata2 nak buat bfast. sekali tu ajelah dia bgn awal, pastu, dah malas. alasan tetap sama, ngantuk
bersemangat betul..tp kanak2 kan sis...mengantuk lah pulak lepas tu..hehe...atleast dia nak bangun juga dan nak rasa suatu pengalaman bagaimana ibu2 yg ada anak bersekolah akan bangun setiap pagi seawal jam 5....
selalunyer bdk2 liat nak bgn awal pg sgt..ank2 sy pkl 6 baru kejut..bersemangat betul ank hanis ni..
comellah abang. baru 2 minggu sekolah, semangat betul.
wah bgsnya kecik dh ada zam...semngat itu yg ptg kan kak
semangat anak kecil ini yang perlu gilap kan lagi agar is terbiasa dengan gaya hidup yang berdisiplin macam tu..
semoga akak sukses mendidik anak2 sehingga berjaya yaa..
anak2 kakain pun bersemangat bangun pagi seawal 5:30 pagi...kalau tak sebelum ni asyik lewat jer nk bangun pagi gi sekolah kalau dikejutkan tak bangun..alahamdulillah tahun dah besar2 diarang ni boleh jer bangun sendiri...awal dah bersiap nak kesekolah..
kena berubah slow slow, baru body boleh adapt..maybe awalkan bangun 10 minit setiap hari..6am ke 5.50am..lepas tu 5.40am..hehehe
so sweet niat dia tu...
mungkin dia dengar belajar pagi
cepat masukkan.
tapi usaha yg bagus insyaAllah
bila cuti boleh sambung balik :)
bgs azam g2... walopn payah skit nk wat. ekekekekke
xpe kak hanis, slow2 die nk fhm tu..hehe
tidur awal boleh bangun awal juga..
Sukanya kalau anak kakak macam Is anak Hanis. Anak kakak kalau nak periksa adalah kalau tak jgn harap...
Mcm kesian je kat Is sbb bangun awal pagi sgt!
terbaeq :)
P&P berkesan!.. :)
Tu dia, sampai 5 pagi dia nak bangun? Awal sangat tu, kan dah mengantuk di sekolah, kesian dia, hehe.
Tumpang seronok baca kisah anak2 yang baru masuk sekolah dgn pelbagai ragam.
Budak2 biaso la kak,kdg2 papa mifz pn hgt2 tahi ayam gak,hehe
sambil2 dapat juga ilmu tu kan?bagusla dia.
wah smangat dgn azam baru he..he.. tak pe la wlau shari, ikut tahap kmampuan diri...tp ksian bdk2 skrg duk tkejar mcm2 tu yg cpat ltih n rs mngantuk tu
Post a Comment